Showing posts with label Menteri Besar Perak. Show all posts
Showing posts with label Menteri Besar Perak. Show all posts

Sunday, April 10, 2022

Isu tanah lapangan terbang yang dijual: Tiada keperluan Umno buat report polis, SPRM – Saarani

perakinsights.com
April 10, 2022 10:35 am
“Saya tak akan menari ikut gendang orang,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak supaya beliau dan UMNO membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang antarabangsa seluas 188 hektar di Seri Iskandar.

Saarani menegaskan tiada keperluan bagi beliau atau UMNO membuat laporan kerana satu laporan sudah memadai untuk pihak berkuasa memulakan siasatan, khususnya berkenaan isu tersebut.

“Untuk membolehkan mana-mana agensi melakukan siasatan, memadai satu laporan (polis atau SPRM).

“Saya lihat sudah ramai yang membuat laporan , sudah tentu pihak polis dan SPRM akan membuat siasatan berdasarkan laporan itu.

“Jika pihak yang bertanggungjawab ingin buat apa-apa siasatan maka kerajaan negeri dan agensinya tidak akan sekali-kali melindunginya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Belia Perak Bertadarus dan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) negeri Perak, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Shahril Mohamed dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Mazlan Mohamad.

Dalam pada itu, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak menjelaskan, terpulang kepada mana-mana pihak untuk membuat sebarang tanggapan terhadap pendiriannya tidak membuat laporan berhubung isu berkenaan.

Ia berikutan timbul beberapa spekulasi bahawa pentadbiran kerajaan negeri terlibat dengan isu tersebut.

“Sekarang ini peringkat semua orang nak mengambil bahagian dan mendapat perhatian.

“Yang penting kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan, kita percaya dan yakin mereka akan buat siasatan secara telus,” katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya keputusan membatalkan Kebenaran Merancang (KM) kepada Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai isu itu.

Semalam, bekas Exco ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How berkata Saarani dan UMNO negeri wajar membuat laporan mengenai isu penjualan tanah lapangan terbang antarabangsa itu.

Howard juga mahu isu berkenaan diselesaikan secara tuntas, demi keadilan untuk rakyat Perak.

Selain itu, empat bekas exco kerajaan negeri tampil membuat laporan di pejabat SPRM Perak supaya satu siasatan lengkap dilakukan terhadap pihak yang terbabit di dalam penyalahgunaan kuasa berhubung isu tersebut.

Thursday, April 7, 2022

PH Perak gesa MB dedah butiran jualan tanah lapangan terbang

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-April 7, 2022 1:49 PM

Lapangan terbang baharu di Seri Iskandar dicadang menggantikan lapangan terbang di Ipoh. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan Perak menggesa Menteri Besar Saarani Mohamad mendedahkan kepada umum bila tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Seri Iskandar yang diperuntukkan untuk membangunkan lapangan terbang dijual.

Dalam kenyataan, Majlis Pimpinan PH Perak berkata Saarani bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat negeri itu apakah tanah dimaksudkan diperuntukkan untuk projek lapangan terbang baharu dan pentadbiran menteri besar mana tanah itu diambil oleh PKNP serta zaman pemerintahan siapa jualan itu disempurnakan.

“Menteri besar hari ini selaku pengerusi PKNP bertanggungjawab penuh untuk menjelaskan ketelusan transaksi penjualan tersebut jika benar berlaku penjualan,” kata PH Perak.

Mereka turut menuntut menteri besar Perak mendedahkan minit mesyuarat keputusan hasrat menjual, perjanjian jual-beli dan syarat serta nilai jualan dan pihak konsultan yang dilantik untuk rundingan jualan.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Pengerusi PH Perak Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, dan Pengerusi Interim PKR Perak Lee Boon Chye.

Dalam pada itu, susulan dakwaan menyatakan tanah itu dijual semasa pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020 ketika Ahmad Faizal Azumu menteri besar, laporan polis dibuat oleh Pemuda PH pada 4 April lalu bagi memastikan siasatan terhadap penjualan tanah itu dilakukan segera.

Menyusul laporan polis itu, Adun Manjoi Asmuni Awi yang juga bekas exco kerajaan negeri membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes berkenaan.

“Kami menuntut pihak berwajib polis dan SPRM mengambil tindakan pantas memulakan siasatan bebas dan berkecuali terhadap aduan dibuat PH,” katanya.

Isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar dibangkitkan dalam sidang DUN Perak baru-baru ini oleh Adun Aulong yang juga Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Beliau mendedahkan, tanah untuk cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri, manakala Saarani pula menyatakan kerajaan Perak akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu jika terdapat laporan dibuat.

Sunday, February 7, 2021

Isu rizab Melayu dipindah milik: ‘Alasan MB tak bertanggungjawab’

ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe

Sokong tindakan SPRM buka kertas siasatan berhubung dakwaan Putra


BANGI, 25 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Alasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang enggan mengulas dakwaan Tanah Rizab Melayu di negeri itu dipindah milik kepada bukan Melayu, dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

Ini kerana, isu tanah adalah di bawah portfolionya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

Sehubungan itu, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Perak mendesak kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap dakwaan milikan tanah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan BERJASA Perak, Ustaz Shaharuzzaman Bistamam turut menuntut Saarani serta Pejabat Tanah dan Galian negeri tampil menjelaskan mengenai dakwaan itu.

“Alasan YAB Menteri Besar untuk fokus dan menyelesaikan isu COVID-19 terlebih dahulu, amat tidak bertanggungjawab dan sangat dikesali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Perak mendedahkan kawasan seluas 649.19 hektar tanah berstatus Tanah Rizab Melayu di Mukim Sitiawan, Manjung diberikan hak milikan kepada bukan Melayu.

Pengerusi Penyelarasnya, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu dikesan melalui pencarian rasmi yang dibuat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak.

Daripada keluasan itu, beliau berkata, sebanyak 317 lot telah dipecahkan dan diberi milikan bagi tujuan pertanian untuk tanaman getah serta kelapa sawit.

“Kita juga menyokong tindakan SPRM yang dimaklumkan telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan ini.

Susulan pendedahan itu, Saarani dilaporkan menolak untuk mengulas mengenai dakwaan berkenaan, kerana mahu memberi tumpuan berkaitan COVID-19 dan meminta PTG negeri menjawab.

“Tak apa, yang itu PTG akan jawab,” kata Saarani dipetik laporan media sebelum ini.

Pada masa sama, Ustaz Shaharuzzaman turut menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu.

“Semoga ianya mampu untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan demi menjaga kemaslahatan watan yang berdaulat ini,” katanya.

SPRM Perak memaklumkan, mereka sudah menerima laporan tersebut daripada polis, dan kini sedang mengarahkan pasukan siasatannya meneliti serta menyiasat kes itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Thursday, December 10, 2020

MB baru janji ubati ‘luka’ PN di Perak

Khamis, 10 Dis 2020 05:02 PM MYT

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad beri komitmen perbaiki kelemahan tiga parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu. 
Foto oleh Farhan Najib

KUALA KANGSAR, 10 Dis — Menteri Besar Perak yang baharu Datuk Saarani Mohamad beri komitmen perbaiki sebarang kelemahan dalam hubungan dengan ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak di bawah pentadbirannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak itu berkata sebarang ‘luka’ yang ada, turut akan cuba diubati.

“Apabila ketiga-tiga pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan untuk mengadakan kerajaan bersama semalam, bermakna kita telah bersiap sedia untuk menyatukan hati-hati pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan berkata demikian dalam sidang media sulungnya selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, di sini.

Jumaat lepas, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang gagal memperoleh keyakinan majoriti Adun sebagai Menteri Besar dalam usul dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru), bertindak meletak jawatan pada hari berikutnya.

Sejak itu Istana Kinta di Ipoh dikunjungi hampir setiap hari oleh pemimpin parti politik bagi menyatakan pandangan masing-masing kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sehinggalah pemimpin tertinggi Umno, PAS dan Bersatu setuju mengekalkan status quo kerajaan PN di Perak dan menamakan Saarani sebagai Menteri Besar baharu, semalam.

Saarani dalam pada itu berkata beliau menjunjung titah Sultan Nazrin ketika istiadat mengangkat sumpahnya sebagai Menteri Besar, yang antara lain menyeru supaya kemelut politik tidak dipanjangkan lagi sehingga menjadikan pandemik Covid-19 memberi kesan lebih buruk kepada rakyat.

“Saya junjung kasih dan akan jalankan tugas untuk pastikan supaya seluruh barisan kepimpinan benar-benar dapat melaksanakan titah Tuanku,” katanya.

 — Bernama

‘Kancil tersepit kerana gajah tak henti-henti beradu’

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 12:26 pm
Dikemaskini Hari ini 1:16 pm

Bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid-19, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin .

“Rakyat ‘jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.’

“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud,” titah baginda sempena istiadat pelantikan Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, hari ini.
Pada 4 Disember lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu tumban apabila dia gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali. Dengan itu Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

Sebaliknya, selepas hampir seminggu berlalu, Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru.

Pada titahnya, hari ini, Sultan Nazri turut menyebut bahawa apa yang berlaku sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Bersatu telah mengangkat sumpah jawatan menteri besar sebanyak dua kali, pertama pada tahun 2018 selepas PRU14 sebagai ketua kerajaan Pakatan Harapan. Dia sekali lagi pada Mac tahun ini mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua kerajaan Perikatan Nasional pula.
Titah baginda, sifat sebenar seseorang itu akan terserlah ketika beliau mendapat jawatan, kuasa, kekayaan dan harta, sehingga lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak.

"Perubahan sifat dan pertukaran watak lebih cepat berlaku apabila seseorang insan mula dikelilingi oleh orang-orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat, lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin.

"Beringatlah, semakin tinggi kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya pernah berpijak. Jangan sama sekali membenarkan diri leka, terawang-awang dalam awan biru khayalan hingga lupa rumput hijau yang ditinggalkan mungkin berubah perang, gersang kerana terlalu lama, tidak lagi disirami hujan," titahnya.

Sultan Nazrin bertitah, pelbagai pihak daripada kalangan pakar perundangan, pegawai kerajaan, orang perseorangan serta pemimpin PN dan PH mengadap baginda bagi menyampaikan cadangan, pendapat dan saranan masing-masing.
"Kesemua mereka mempunyai niat dan tujuan yang murni mahu membantu supaya kemelut yang berlaku dapat ditangani. Kepada kesemua mereka beta menzahirkan penghargaan tinggi," titahnya.

Baginda juga menghargai peranan petugas media yang berkampung di hadapan Istana Kinta, di bawah terik panas matahari dan dibasahi hujan, untuk melaksanakan tugas melaporkan dan menyiarkan berita secara bertanggungjawab kepada rakyat.

"Demikian juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu mengawal keadaan membolehkan pelbagai pihak melaksanakan tugas masing-masing secara tenteram dan teratur," titahnya.

Ini Latar Belakang MB Perak Yang Baharu, Datuk Saarani Mohamad

mykmu.net

December 9, 2020


IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.

Perkara tersebut dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, keputusan itu selepas Sultan Nazrin mempertimbang cadangan serta yakin Saarani memperoleh sebahagian besar ADUN.

Pada malam Isnin, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara bersetuju Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak diangkat sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Semua ADUN UMNO Perak juga secara konsensus menamakannya sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Berikut adalah latar belakang Saarani:

Anak kelahiran Lenggong, Perak ini dilahirkan pada 13 Mac 1961.

Beliau berumah tangga dengan Datin Aezer Zubir yang merupakan pesara guru dikurniakan 8 orang cahaya mata

PENDIDIKAN
Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik dan Matematik), Universiti Teknologi Malaysia
Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Pengurusan Sumber Manusia, Open University Malaysia (OUM)

PENGLIBATAN DALAM POLITIK
ADUN Kota Tampan (2004 hingga kini)
Pengerusi UMNO Perak
Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Slim

JAWATAN PERNAH DISANDANG
Ketua Pembangkang DUN Perak
Bekas EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Usahawan
EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Maklumat dan Pembangunan Modal Insan

Sunday, December 6, 2020

Adun DAP Perak tak dapat lupa ‘sejarah hitam’, gesa parti tolak calon MB Umno

FMT Reporters
-December 6, 2020 5:40 PM


PETALING JAYA: Seorang Adun DAP Perak hari ini bertindak berlawanan dengan Pengerusi negerinya, Nga Kor Ming yang menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

Adun Pokok Assam, Leow Thye Yih berkata, beliau menolak kerjasama dengan Umno dan tidak akan menyokong calon menteri besar daripada parti itu.

“Saya berharap dan menyeru rakan seperjuangan DAP, khasnya Adun DAP Perak menyokong pendirian saya dan seterusnya menolak mana-mana calon daripada Umno sebagai menteri besar Perak berikut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Leow berkata, beliau menyertai DAP kerana mendakwa Barisan Nasional yang diketuai Umno menumbangkan kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat pada 2009.

“Peristiwa tersebut merupakan sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan saya.

“Negara kita telah mencipta sejarah dalam pilihan raya umum ke-14 pada 2018, di mana atas sokongan padu rakyat, PH telah menumbangkan kerajaan BN dan buat kali pertamanya membentuk kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri.”

Bagaimanapun, beliau mendakwa Umno sekali lagi menjatuhkan kerajaan Perak dan beberapa kerajaan negeri ditadbir PH yang disifatkannya tindakan “jelas menderhaka” mandat rakyat.

“Kedua-dua peristiwa tersebut mengingatkan diri saya bahawa saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada Umno sebagai menteri besar Perak berikutnya.”

Selain Nga, pemimpin PH Perak yang lain, termasuk Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi dan Ketua PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak turut menyuarakan kesediaan mereka bekerjasama dengan Umno.

Terdahulu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyuarakan kemungkinan untuk menubuhkan gabungan dengan parti lain bagi membentuk kerajaan Perak yang baru. selepas sekutunya, PPBM serta PAS kecewa dengan tindakan Umno tidak menyokong Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden PPBM di DUN Jumaat lalu.

PAS komited pertahan kerajaan PN di Perak

N Faizal Ghazali
malaysiakini.com
Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS menegaskan betapa parti itu komited untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara prinsip PAS mahu mempertahankan PN walaupun secara moralnya parti itu berada di pihak yang menyokong bekas menteri besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, apabila usul percaya menteri besar dibawa oleh Umno, maka PAS mengundi yakin kepada Faizal.

"Dari segi moralnya apabila kita menyokong dan tiba-tiba undi itu kalah, lepas itu (kalau) kita duduk dalam kerajaan yang tak terima usul itu ia akan menggambarkan kita tidak konsisten.

"Sebab itu bila usul itu dibawa kita sokong untuk kestabilan, walau bagaimanapun kita akan lihat di peringkat Umno terutama sekali dalam perundingan siapa akan menjadi menteri besar baru...

"Saya sebut secara prinsip sebab pendirian parti sudah dibuat sebelum undian (usul percaya), apabila mereka nak buat usul percaya kita buat mesyuarat dan ambil pendirian parti. Jadi kita istiqamah dengan pendirian parti.

"Bukan nak timbul polemik baru bagi kita secara moralnya bila kita rasa Faizal harus kekal, patutnya kita tidak berada bersama (kerajaan baru)," katanya kepada media di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendirian PAS susulan krisis yang berlaku di Perak selepas Ahmad Faizal gagal mendapat majoriti dalam usul undi percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri, Jumaat lalu.

Terdahulu, PAS melalui Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan, menegaskan parti itu tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan baru di negeri itu susulan apa yang berlaku.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, secara prinsip PAS tetap mempertahankan, membina dan mengukuhkan kerajaan PN.

"Jadi perundingan akan berjalan, saya fikir kaedah kita apa-apa isu kalau kita duduk, berbincang kita akan jumpa jalan penyelesaian," katanya yang juga menteri alam sekitar dan air.

Sementara itu ditanya mengenai pendirian yang diambil PAS untuk tidak terlibat dalam pembentukan kerajaan baru di Perak, Tuan Ibrahim berkata, dua aspek yang perlu dilihat iaitu sama ada menyokong tetapi tidak berada dalam pentadbiran atau bersama menyertai kerajaan.

"Jadi tidak bersama itu bukan bermakna tidak menyokong kerajaan tetapi kita tidak duduk di dalam (pentadbiran).

"Bagaimanapun ini akan dibincang, saya yakin Umno akan bincang dengan PAS untuk cari penyelesaian," katanya.

Saturday, December 5, 2020

Ahmad Faizal serah surat letak jawatan MB, seluruh exco

Ng Xiang Yi
malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 6:36 pm

Adun Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perak kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini.

Kata Ahmad Faizal ia diserahkan semasa dia mengadap Sultan Nazrin jam 3 petang tadi.

"[...] dan di kesempatan berkenaan saya telah menyerahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai menteri besar Perak dan seluruh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

"Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Paduka Seri Sultan," katanya.

Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu berkata demikian pada sidang media khas di Laman Seri Ridzuan di Ipoh hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

Friday, December 4, 2020

Saarani, Shahrul Zaman, Abdul Aziz disebut-sebut calon MB Perak?

MyMetro
Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my
SAARANI (dari kiri), Shahrul Zaman dan Dr Abdul Aziz antara nama disebut-sebut calon MB Perak baharu. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Tiga nama disebut-sebut untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad dan Adun Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya antara yang layak mengisi kekosongan jawatan tertinggi itu berdasarkan pengalaman mereka, menurut sumber.

Harian Metro turut difahamkan, antara nama yang disebut sekiranya kerajaan campuran terbentuk adalah Ketua Pembangkang yang juga Naib Pengerusi DAP Perak dan Adun Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari, namun tiada pengesahan mengenai perkara itu.

Sebelum ini, ketika pensejajaran semula kerajaan negeri itu Mac lalu, Umno negeri mempersembahkan nama Saarani kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna itu adalah ahli politik berpengalaman dan pernah berada dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah dua Menteri Besar iaitu Tan Sri Tajul Rosli Ghazali dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini.

Manakala Shahrul Zaman yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor juga adalah bekas Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia satu ketika dulu.

Dia dikatakan mampu menggalas tugas Menteri Besar berdasarkan pengalamannya di dalam politik serta parti.

Selain itu, Dr Abdul Aziz Bari juga antara yang tersenarai sebagai calon Menteri Besar sekiranya kerajaan campuran antara Umno dan DAP terbentuk di Perak.

Sementara itu, PAS berpendirian tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiga Adun PAS menyokong Ahmad Faizal selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.

"Selaras dengan keputusan ini, PAS Pusat membuat ketetapan tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri baharu.

"PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan Adun Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim.

Daripada 59 Adun, hanya 10 yang menyokong manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagi yang ditetapkan Speaker Dun Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Perak mempunyai 59 Adun yang terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, Bersatu (5), Pas (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5), Gerakan (1) dan Bebas (1).

Pada 12 Mei 2018, Ahmad Faizal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri.

Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, pada 10 Mac lalu beliau meletak jawatan apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan yang mengakibatkan kerajaan PH tergugur di Perak.

Beliau mendapat perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13 dan mengangkat sumpah jawatan pada 13 Mac 2020 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Ahmad Faizal tiba di Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak

Shaq Ismail
-December 4, 2020 6:06 PM
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang akan berundur tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak.

IPOH: Kereta Toyota Camry yang membawa Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana Kinta pada 5.15 petang untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenaan situasi semasa kerajaan Perak.

Faizal hilang sokongan majoriti selepas usul percaya yang dikemukakan terhadapnya oleh ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim diundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi.

Dalam undian yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, hanya 10 ADUN menyokong kepimpinan Faizal, berbanding 48 yang membantah dan satu undi rosak.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid tiba di Istana Kinta kira-kira 4.40 petang.

Beliau kemudian dilihat keluar dari perkarangan istana pada 5.10 petang selepas kira-kira 30 minit.

Terdahulu kenderaan yang membawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Suaidi Abdul Rahim, dan Penasihat Undang-undang Negeri, Azmir Shah Zainal Abidin, paling awal tiba di istana, manakala kenderaan yang membawa Sultan Perak, tiba 3.45 petang.

Cubaan tukar kerajaan ini penderhakaan dan pengkhianatan, kata wakil PAS

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 12:46 pm

DUN PERAK | Seorang exco kanan menganggap usaha menukar pemimpin kerajaan yang berlaku dalam dewan undangan negeri hari ini adalah suatu "penderhakaan dan pengkhianatan".

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, berkata usul yang dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim memang tepat dan mesti disokong semua.

Kata Razman sebelum ini Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sanggup meninggalkan kerusi yang dipegangnya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama parti lain membentuk kerajaan yang stabil.

"Maka usul yg dibawa Pengkalan Baru (Abd Manaf) ini amat tepat sekali untuk kita di barisan ini (kerajaan) untuk memberi sokongan kepada Chenderiang," katanya semasa berucap sebelum pengundian terhadap usup percaya dijalankan pagi ini.

Razman yang juga pesuruhjaya PAS Perak dan Adun Gunung Semanggol menambah ketika kerajaan dan negara berdepan ancaman Covid-19, perlu ada kesungguhan untuk menangani pelbagai masalah yang timbul termasuk pengangguran.

"Saya dengan ini mengajak dan menyokong penuh usul dibawa Pengkalan Baru dan kita akan melihat seluruh masyarakat sekiranya usul untuk menjatuhkan dan menukar kerajaan dalam situasi negara dan rakyat dilanda pancemik ini, pada saya, ini adalah penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara bangsa dan agama kita," katanya.

Untuk rekod, daripada 59 kerudi DUN yang ada, PAS hanya memenangi tiga daripadanya pada 2018.

Sementara itu Abd Manaf pula dilihat menggunakan ruang dalam perbahasannya untuk menyindir segelintir Adun yang menganggap Umno sebagai "cina buta".

Mahu permimpin dipercayai semua

Menggunakan kiasan "gila talak" wakil Umno itu berkata sebenarnya ada perjanjian bertulis dibuat sebelum kerajaan Perikatan Nasional dibentuk di Perak beberapa bulan lalu.

Katanya kegagalan perjanjian itu ditunaikan menjadi antara sebab dia membawa usul percaya kepada Ahmad Faizal hari ini.

"Kemudian, mungkinlah ada juga - saya bagi contoh - orang yang dah kena cerai dia pula gila talak... mungkin dalam ni dia nak berkecuali.

"Manalah tahu Umno ni jadi cina buta. Jika bertukar kerajaan nanti dia boleh pergi sana balik.

"Chor! (Adik)... Kalau dah bercerai talak tiga pun tapi sebab Umno jadi cina buta nanti bolehlah pergi balik," katanya dengan disulami ketawa.

Tidak dapat dipastikan siapa yang dimaksudkan oleh Abd Manaf itu namun dipercayai merujuk kepada beberapa bekas Adun Umno yang melompat menyertai Bersatu selepas PRU ke-14 lalu.

Pada asalnya wakil Bersatu dalam DUN Perak hanya ada seorang iaitu Ahmad Faizal. Bagaimanapun jumlah Adun Bersatu bertambah sedikit dengan tindakan beberapa pemimpin Umno melompat parti.

Dua daripadanya ialah Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tulang Sekah) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik). Selain itu turut memberikan sokongan kepada PN ialah Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Titi Serong), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), dan A Sivasubramaniam (Buntong).

Kata Abd Manaf, usul yang dibawa hari ini bukan bermakna Umno gila kuasa atau bersekongkol dengan DAP sebaliknya hanya mahukan sebuah kerajaan yang dipimpin tokoh dapat dipercayai semua pihak.

"Kita buat ini hasrat dan tujuan kita sebagai seorang Adun perak ialah untuk (memberikan) yang terbaik kepada Perak," katanya.

Umno mahukan kerusi MB Perak, ganti PPBM

Minderjeet Kaur
freemalaysiatoday.com
-December 4, 2020 2:16 PM
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak yang baharu harus dipilih dari kalangan Adun Umno bagi menggantikan Ahmad Faizal Azumu, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, menyifatkan Umno sebagai pilihan logik untuk mengisi jawatan itu selepas Ahmad Faizal Azumu kalah dalam undian usul percaya di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tajuddin berkata Umno harus mengisi jawatan itu kerana ia mempunyai jumlah Adun paling ramai, berbanding semua parti lain.

“Kami memiliki bilangan Adun yang paling banyak…namun perkara ini (pelantikan MB) tetap di bawah budi bicara Sultan (Perak),“ beliau memberitahu FMT.

Faizal yang juga timbalan presiden PPBM akan meletak jawatan setelah 48 daripada 59 Adun tidak menyokong usul undi percaya terhadapnya. Beliau hanya memperolehi 10 undi manakala satu undi rosak.

Tajuddin berkata Faizal tewas kerana semakin “tidak popular” yang dipancarkan jelas menerusi hasil undian yang tidak memihaknya.

Menurut Tajuddin, prestasi Faizal sebagai MB “tidak menepati sasaran” dan menegaskan rakyat Perak berhak memperolehi seorang pemimpin baharu yang bekerja gigih untuk mereka.

Barisan Nasional mempunyai 25 ADUN di DUN, PPBM lima dan PAS tiga. Gerakan mempunyai satu ADUN manakala Bebas juga seorang.

Pakatan Harapan mempunyai 24 Adun, dengan 16 daripada mereka wakil DAP, Amanah lima dan PKR tiga.

‘I miss you, PH’

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 12:45 pm

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas gagal dalam undi percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan ahli-ahli dewan undangan negeri.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.

“I miss you guys sometimes actually, seriously,” katanya dalam ucapannya yang mungkin terakhir sebagai menteri besar.
Faizal dilantik menjadi menteri besar semasa PH mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Selepas penjajaran semula politik tanah air yang menyaksikan PH ditumbangkan, dia kekal menjadi menteri besar dengan sokongan BN dan PAS.

Faizal pagi tadi kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat Umno, menyebabkan Adun Chenderiang hilang majoriti sebagai menteri besar.

Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak. Satu undi rosak atau berkecuali.

Timbalan presiden Bersatu itu juga berharap usaha kerajaan PH sebelum ini diteruskan.

“Saya harap usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan PH utk menubuhkan seketriat wanita disambung oleh YB Kampung Gajah yang akan direalisasikan tahun depan.

“Kita sama sama bagi sokongan ini amat penting untuk golongan wanita,” katanya.

Faizal juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak lagi, termasuk exco dalam kabinetnya, tetapi tidak menyebut parti lain secara khusus.

Faizal juga berkata penggal pentadbiran kali ini adalah yang terbaik untuk “memperbetulkan apa yang tak betul dan memperbaiki apa yang tak baik”.

“Jadi saya kira di masa yang akan datang dengan kepimpinan kerajaan baru insya-Allah kita harap perkara yang tak baik itu diperbaiki dan tak baik itu diperbetulkan,” katanya

PKR nasihati MB Perak bermuhasabah diri

Author

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihatkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini supaya bermuhasabah diri.

“Saya juga ingin nasihatkan Peja (Ahmad Faizal) untuk bermuhasabah diri setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya sembilan bulan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Farhash, Adun Perak telah menunjukkan semangat kesepakatan dalam menjamin masa depan rakyat dengan menolak menteri besar Perikatan Nasional (PN) itu.
Malah, katanya, usul dari Pengkalan Baharu, Abd Manaf Hashim yang telah disegerakan membuktikan bahawa kerajaan PN tidak ada keabsahan.

“Ketika ini kita dilanda wabak Covid-19 maka jika pilihan raya negeri diadakan ia hanya akan memudaratkan rakyat. Namun apa yang jelas adalah Peja telah ditolak di dalam Dewan Undangan Negeri.

“PKR Perak menerima keputusan ini dengan baik dan kita akan memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri agar fokus kepda kebajikan rakyat tidak terabai,” katanya.

Dalam sesi pagi tadi, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. Satu undi rosak atau berkecuali.

Sebagai rekod, kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui Perak pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018 tumbang susulan Langkah Sheraton di peringkat pusat yang menyaksikan beberapa pemimpin kanan Bersatu dan PKR berpaling tadah.

Walau bagaimanapun, Ahmad Faizal yang turut berpaling tadah kekal sebagai menteri besar setelah partinya bergabung dengan Umno dan PAS menerusi PN.

Sementara itu, anggota parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah yang juga adalah bekas ahli bersatu secara sini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Muhyiddin nYassin yang juga adalah presiden Bersatu.

“Tahniah Presiden Bersatu. 3 MB dari Bersatu dilantik selepas PRU-14, baru tadi MB Perak dijatuhkan setelah Johor dan Kedah. Hebat!” katanya dalam ciapan di Twitter.

Langkah Sheraton juga menyaksikan dua menteri besar Bersatu terpaksa digugurkan. Di Kedah, wakil PAS Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai menteri besar PN manakala di Johor, Adun Umno Hasni Mohammad dipilih sebagai menteri besar baru.

mindarakyat.net

Ahmad Faizal gagal dapat sokongan undi percaya

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 11:13 am
MB Perak
Adun Chenderingan yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (PH) kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi. Ia diterima Mohamad Zahir selepas lebih 10 Adun berdiri untuk menyokongnya.

Dalam ucapan yang disampaikan sejurus selepas keputusan dibacakan, Ahmad Faizal berkata, dia menerima ketetapan yang dibuat Adun Perak.

Dia juga menjanjikan peralihan kuasa menteri besar akan dijalankan secara lancar.

"Saya berbangga berkhidmat kepada negeri dan menunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan menabur bakti kepada baginda," katanya.

Mohamad Zahir kemudian menangguhkan sidang DUN Perak sehingga ke jam 2 petang pada 9 Dis ini.

[Berita lanjut menyusul]

Tuesday, October 20, 2020

Umno Perak beri kata dua kepada PPBM

FMT Reporters
-October 20, 2020 9:15 AM
Umno mendakwa Ahmad Faizal Azumu bermain politik.

PETALING JAYA: Pemimpin Umno Perak memberi amaran kepada Menteri Besar Perak dan Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu supaya tidak menerima Adun parti itu yang berhasrat melompat ke PPBM, menurut orang dalam Umno.

“Kami tahu beberapa Adun yang bukan ketua bahagian cuba didekati untuk mereka melompat dan menjadi ketua di bahagian masing-masing.

“Kami sudah jelaskan melalui utusan, jika mana-mana orang Umno melompat ke parti lain atau diterima PPBM, kami semua akan menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional di Perak dengan segera,” katanya kepada FMT.

Sumber itu berkata, Adun Umno sudah diberikan amaran supaya tidak bertindak merosakkan parti.

“Jika mereka berbuat demikian, maka mereka tidak patut terkejut jika mereka digugurkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.”

Semalam, Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad meminta Faizal berhenti bermain politik dan memfokuskan kebajikan rakyat.

Beliau mendakwa Faizal merendah-rendahkan Umno dengan tindakan yang membelakangi semangat setiakawan dan prinsip hormat-menghormati yang dipersetujui ketika PPBM, Umno dan PAS membentuk kerajaan.

Saarani merujuk penjelasan Faizal mengenai pelantikan Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik beliau.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga veteran Umno, Nazri Aziz dilaporkan mengakui terdapat rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin parti itu di Perak, khasnya berhubung pelantikan ketua kampung.

Katanya, ketua kampung kini dilantik jawatankuasa 3 ahli yang terdiri daripada wakil Umno, PAS dan PPBM, sedangkan ia adalah tanggungjawab parti tunggal, iaitu parti yang memenangi sesebuah kerusi Dewan Undangan Negeri itu akan melantik ketua kampung di kawasan terbabit.

Wednesday, April 8, 2020

Ahmad Faizal umum portfolio tujuh Exco baharu

SAIFULLAH AHMAD

Senarai portfolio tujuh Exco kerajaan Perak yang baharu dilantik.
Gambar kanan: Ahmad Faizal Azumu

IPOH - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan portfolio tujuh Exco Kerajaan Perak yang baru dilantik.

Menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook livenya, Ahmad Faizal memaklumkan Pengerusi UMNO Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad akan memikul tanggungjawab sebagai Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Ketua Wanita UMNO Perak merangkap ADUN Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.

Bagi portfolio Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah, ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya akan memikul tanggungjawab yang sebelum ini dipegang ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika kerajaan Pakatan Harapan.

Sementara itu, ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula mengekalkan portfolio yang dipegang sebelum ini ketika menjadi Exco kerajaan negeri PH iaitu Pertanian, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

Seorang lagi wakil Bersatu iaitu ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi diberikan portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan.

Bagi ADUN Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula, beliau akan memegang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil.

Seorang lagi wakil rakyat Pas, iaitu ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dipertanggungjawabkan sebagai Exco Agama Islam dan Penerangan

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut mengumumkan portfolio yang dipegangnya iaitu Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Integrasi Nasional.

Beliau berkata, beberapa Exco kerajaan negeri yang dilantik akan turut memangku portfolio tiga lagi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang belum dilantik.

"Saya sendiri akan memangku portfolio Kesihatan manakala Mohd Akmad akan memangku portfolio Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Manakala Nolee Ashilin pula akan memangku portfolio Komunikasi dan Multimedia manakala Shahrul Zaman pula akan memangku portfolio Belia dan Sukan.

"Pasukan yang dibentuk ini akan bekerja kuat untuk menggalas cabaran-cabaran yang sedang kita hadapi. Tetapi pada masa sama, pasukan ini juga memerlukan kerjasama, sokongan dan doa seluruh rakyat negeri Perak yang dikasihi dalam mengharungi badai gelora ekonomi kesan daripada wabak Covid-19," katanya.

Mengenai tiga lagi exco yang belum dilantik, Ahmad Faizal menjelaskan beberapa nama ADUN telah disembah cadangkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau berkata, bagaimanapun pelantikan baki exco kerajaan negeri itu akan dibuat sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.

Pada 31 Mac lalu, tujuh ADUN masing-masing terdiri daripada tiga wakil rakyat UMNO, dua daripada Bersatu dan dua daripada Pas mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta.

Pelantikan Exco kerajaan negeri yang baharu itu dibuat selepas tumbangnya PH apabila Ahmad Faizal mengumumkan mengumumkan membentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak melibatkan gabungan tiga parti pada 9 Mac lalu.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak pada 10 Mac, Ahmad Faizal kemudiannya dipilih semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13 tiga hari selepas itu mengetuai kerajaan negeri.
INFO

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional (memangku portfolio Kesihatan).

Datuk Saarani Mohamad
Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Razman Zakaria
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil.

Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan (memangku portfolio Komunikasi dan Multimedia).

Datuk Shahrul Zaman Yahya
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor (memangku portfolio Belia dan Sukan).

Datuk Abdul Yunus Jamahri
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

Mohd Akmal Kamaruddin
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan (memangku portfolio Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau).

Datuk Wan Norashikin Wan Noordin
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Saturday, March 14, 2020

Bertenang dan terima keputusan

MyMetro
Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.my

SAARANI Mohamad. FOTO arkib NSTP

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad meminta agar seluruh pimpinan dan ahli Umno bertenang dan menerima keputusan pelantikan Menteri Besar Perak Ke-13.

“Saya meminta seluruh pimpinan dan ahli Umno Perak bertenang dan menerima keputusan yang ditentukan Allah SWT.

"Sesungguhnya, perjuangan kita tidak terhenti di sini, sebaliknya mesti diteruskan dengan penuh ketabahan dan kebijaksanaan dalam menyusun langkah ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru agar pimpinan dan ahli Umno patuh kepada keputusan yang dibuat Badan Perhubungan Umno negeri dari semasa ke semasa.

Sebelum ini media melaporkan, Perikatan Nasional Perak terdiri daripada Umno, Pas dan Bersatu, mengemukakan nama dan mempersembahkan nama tiga calon Menteri Besar kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta semalam.

Calon berkenaan ialah Saarani, Pengerusi Bersatu Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin yang kemudian mengangkat sumpah jawatan di hadapan baginda di Istana Iskandariah hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 11:34 PM

Friday, March 13, 2020

Seru PN dan PH Bekerjasama Tanpa Mementingkan Politik Kepartian-MB Perak


KUALA KANGSAR- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyeru kerjasama dari semua pihak terutamanya daripada pihak Perikatan Nasional (PN) dan pihak Pakatan Harapan (PH) dapat memajukan negeri secara bersama tanpa mementingkan politik kepartian.

Bagiamanapun katanya, beliau berasa amat bersyukur ekoran peralihan ini berjalan dengan baik dan mengharapkan sokongan dan dokongan serta kerjasama dari semua pihak

“Alhamdulillahh buat masa ini, saya lihat peralihan ini berjalan dengan baik dan saya sebagai Menteri Besar mengharapkan sokongan dan dokongan serta kerjasama dari semua pihak daripada PN dan pihak PH yang kini berada di kerusi pembangkang untuk kita kerjasama memajukan negeri kita secara bersama tanpa kita terlalu mementingkan politik kepartian.

“Pada saya setakat berjalan dengan cukup baik, saya harap media juga dapat memimpin pemikiran rakyat agar rakyat mementingkan perkara yang lebih utama berbanding perkara berkaitan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjawab berkenaan langkah kerajaan negeri setelah membentuk satu kerajaan baru semasa satu sidang media di Hotel Casuarina@Kuala Kangsar, hari ini.

Sementara itu katanya, beliau telah menerima maklumbalas yang baik dari rakan-rakan pentadbiran kerajaan yang terdahulu malahan pihak kerajaan PN juga bersikap lebih berlapang dada menerima peralihan yang berlaku pada hari ini.

“Saya lihat rakan-rakan yang bersama saya dalam pentadbiran kerajaan yang terdahulu telah menerima peralihan ini dengan begitu baik, begitu juga saya berasa amat bersyukur kerana rakan-rakan di dalam pentadbiran sekarang ini bersikap lebih berlapang dada menerima perkara ini dengan tidak tergopoh-gapah.

“Saya terbaca satu laporan iaitu ucapan tahniah daripada Perti Amanah Negara kepada saya yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak. Saya berasa amat terharu dan ucapkan jutaan terima kasih kepada kekanda saya iaitu Datuk Asmuni Awi selaku Pengerusi Parti Amanah Negeri Perak dan semua rakan-rakan daripada PH dan PN.

“Tentunya kita akan berusaha untuk memastikan apa juga yang kita lakukan demi kepentingan rakyat dan bukan kepentingan mana-mana parti, mana-mana kumpulan ataupun puak,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-