Friday, April 17, 2020

315 kanak-kanak dijangkiti COVID-19

Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Luqman Arif Abdul Karim
bhnews@bh.com.my

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya hari ini.
 - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Seramai 315 individu atau kira-kira enam peratus yang dijangkiti wabak COVID-19 di Malaysia ketika ini adalah kanak-kanak berusia bawah 14 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 83 daripadanya adalah kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah, manakala jumlah sama direkodkan bagi pesakit berumur lima hingga sembilan tahun.

“Pesakit berumur antara 10 hingga 14 tahun pula adalah seramai 149 orang, menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak berusia bawah 14 tahun yang dijangkiti COVID-19 ialah 315 individu,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Menjelaskan punca jangkitan, Dr Noor Hisham berkata, golongan kanak-kanak lazimnya mendapat virus COVID-19 ketika bersama dengan ahli keluarga lain, iaitu ibu atau ayah mereka.

Sehubungan itu, katanya, keseluruhan ahli keluarga berkenaan akan ditempatkan secara bersama di wad untuk mendapatkan rawatan.

“Tetapi jika hanya kanak-kanak yang dijangkiti, ibu atau bapa yang negatif COVID-19 harus mengisi borang untuk menjaga anak mereka, selain memakai pakaian perlindungan diri (PPE),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-