Friday, April 17, 2020

Britain lanjut perintah berkurung

Boleh keluar beli keperluan asas, bersenam di tempat awam sekali sehari
17/04/2020


LONDON, 23 Syaaban 1441H, Jumaat – Britain melanjutkan perintah berkurung sekurang-kurangnya tiga minggu lagi dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin ‘kritikal’.

Wakil Perdana Menteri sementara Boris Johnson, Dominic Raab memerintahkan rakyat berada di rumah bagi mengelakkan COVID-19 merebak apabila sudah meragut lebih dari 138,000 nyawa di seluruh dunia.

“…kami kehilangan terlalu banyak orang tersayang, kami sudah banyak berkorban, kini kami melihat bukti usaha kami mula berbayar,” katanya kepada wartawan.

Dominic menjadi wakil Perdana Menteri sementara Boris pulih dari komplikasi COVID-19 yang hampir mengancam nyawanya.

Beliau mempengerusikan mesyuarat tergempar semalam untuk meninjau bukti saintifik mengenai kesan perintah berkurung sedia ada

“Berdasarkan nasihat ini … kerajaan memutuskan bahawa langkah-langkah saat ini harus tetap berlaku sekurang-kurangnya tiga minggu lagi.

“Melonggarkan salah satu langkah yang ada pada saat ini akan berisiko memusnahkan kesihatan rakyat dan ekonomi,” katanya.

Pengumuman itu bermakna rakyat Britain mesti duduk di rumah melainkan jika mereka membeli keperluan asas atau memenuhi keperluan perubatan.

Warganegara dibenarkan bersenam di tempat awam sekali sehari, dan boleh melakukan perjalanan ke tempat kerja sekiranya diminta berbuat demikian.

Britain arahkan perintah berkurung pada 23 Mac untuk jangka masa tiga minggu awal. Penasihat perubatan mengatakan bahawa mereka telah menurunkan kadar keseluruhan penularan virus bawah satu, yang bermaksud ia kini menyusut dalam kalangan rakyat.

Dominic menetapkan kelonggaran lima syarat yang mana mesti dipenuhi supaya perintah berkurung dapat ditarik, bagaimanapun beliau enggan membincangkan jangka masa yang ditetapkan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Matt Hancock memberi peringatan bahawa COVID-19 akan “berleluasa” jika sekatan ditarik terlalu awal.

 – Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-