Friday, April 17, 2020

Fobia Covid-19: Semua barangan “dimandikan” kecuali aiskrim

@news
-April 17, 2020


WASHINGTON: Bagi menghindar dijangkiti virus korona, pelbagai perkara dilakukan individu untuk tujuan itu.

Baru-baru ini seorang wanita memuat naik foto yang menunjukkan tab mandinya dipenuhi barangan makanan yang direndamnya menggunakan sabun mandi.

Wanita itu, Evie Lancaster memberitahu ibunya memandikan barangan beliannya dari Tesco sebagai langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan Covid-19.

Antaranya barangan yang direndam itu termasuk keju feta dan sayur brokoli, tomato, epal.

Hanya satu sahaja barangan yang “tidak diberi mandi” iaitu aiskrim.

Haagen-Dazs yang diletakkan di tepi tab seperti sedang “mengawasi” semua urusan mandian itu.

Status ini mendapat perhatian ramai pengguna media sosial kerana ia agak melucukan dan keterlaluan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-