Sunday, April 12, 2020

Peratusan Sembuh Pesakit Malaysia Paling Tinggi Di Dunia

Assistant Editor
April 12, 2020
Ini bermakna apa yang kerajaan Malaysia pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin lakukan selama ini berada di landasan yang betul dalam mengawal penularan wabak Covid 19 .

Malaysia duduk di tangga teratas di dunia daripada segi kadar peratus pesakit yg sembuh Covid-19 iaitu sbyk 32.7%, diikuti
Singapura 24.4%, Hong Kong 22.54% berbanding kadar purata dunia sbyk 21.01%.

Kadar pesakit Covid-19 yg meninggal dunia di Malaysia pula adalah yg paling rendah iaitu 1.63% berbanding Korea (1.84%), Jepun (2.38%), Sweden (5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%.

Ini membuktikan apa yg kerajaan Malaysia lakukan adalah betul dan berkesan dan sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah yang terbaik di dunia.

Malaysia mendapat markah 95 daripada 100, ranking pertama dalam kategori kesihatan menurut International Living Annual Global Retirement Index 2019.

Ternyata dalam usaha memerangi Covid19 pun Malaysia sekarang berada di tangga teratas.

Rakyat Malaysia pula biarpun dalam PKP, mendapat banyak imbuhan dan bantuan dari pakej rangsangan ekonomi kerajaan Perikatan Nasional.

Perkara yang sudah pasti tidak ada di negara-negara lain.

Bertuahlah jadi rakyat Malaysia.

Syabas Dato Sri Dr Adham, Menteri
Kesihatan dan barisan hadapan (doktor, jururawat, pembantu perawatan kesihatan, pemandu ambulans dan kakitangan perubatan yg lain termasuk cleaner, polis, tentera, KKM, agensi2 dan pihak berkuasa terlibat, sukarelawan, NGO dll yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm memerangi Covid-19) kamu semua adalah wira negara ini.

Teruskan perjuangan kamu demi negara.

Insyallah #KitaAkanMenang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-