Friday, May 29, 2020

Anwar dakwa ditawar jawatan PM, TPM


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau ditawarkan satu daripada dua kedudukan tertinggi negara jika dirinya menyertai kumpulan yang mengkhianati parti itu.

Sementara itu, MP Port Dickson itu juga menolak spekulasi beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

Pada siaran langsung di Facebook hari ini, Anwar berkata jaminan telah dibuat kepadanya sekiranya beliau ingin bergabung dengan pihak berkenaan.

"Dalam keadaan sekaranf kalau saya mahu, saya boleh pilih untuk menyertai (pihak berkenaan).

"Saya dapat jaminan kedudukan lebih baik. Kalau tak, perdana menteri, timbalan perdana menteri ada jaminan," katanya.

Bagaimanapun, jelas Anwar beliau perlu membuat pilihan "berdasarkan prinsip."

"Sudah umur begini dan pengalaman kecil ada, elok kita pilih jalan yang baik," katanya lagi.

Beliau tidak menjelaskan siapa yang memberikan jaminan tesebut kepadanya tetapi membuat kenyataan itu ketika mengulas mengenai tindakan PKR terhadap pihak yang berpaling tadah daripada parti atau tidak lagi yakin kepada prinsip perjuangannya.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-