Monday, May 11, 2020

COVID-19 tentu lebih dahsyat jika masih dalam cengkaman ultra kiasu

Siti Fatimah
Bantulah Muhyiddin, bukan bebankan dengan undi tidak percaya

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah membayangkan nasib rakyat akan menjadi lebih teruk sekiranya Pakatan Harapan masih memerintah Malaysia di kala negara sedang berperang dengan wabak COVID-19.

Justeru, beliau meminta seluruh rakyat membantu pemimpin nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelamat dan menguruskan negara dengan baik.

“Tidak dapat dibayangkan jika negara ini terus berada dalam cengkaman ultra kiasu PH yang rakus kuasa, dipengaruhi kapitalis luar. Sudah tentu COVID-19 menjadi lebih dahsyat dengan kaedah menolak PKP.

“Saya mohon rakyat Malaysia, bantulah Muhyiddin, bukan membebankan, dengan undi tidak percaya ketika kita sedang bertarung dengan ujian Allah ini. Percayalah, rakyat sudah bosan dengan sandiwara ultra kiasu.

“Jika ditakdirkan, Parlimen terpaksa dibubarkan kerana undi tidak percaya ini, saya yakin PH akan menerima tamparan hebat. Sebab itu jangan terikut-ikut dengan rentak bapak ultra kiasu. Mereka ibarat cacing kepanasan kerana hilang kuasa sekelip mata,” katanya.

Kemelut politik negara kembali meruncing apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof memaklumkan pihaknya menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Usul berkenaan dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Sebelum ini, Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan mereka tidak mengiktiraf kerajaan pimpinan Muhyiddin kerana mendakwa ia tidak mendapat mandat rakyat.

Kedua-duanya menyatakan prinsip mereka jelas dari hari pertama kerajaan PN ditubuhkan, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-