- @politik
-June 25, 2020
KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional PAS-UMNO bukan semata-mata untuk memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu, tetapi akan menjadi kuasa politik yang digeruni dan disegani.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, visi alternatif Muafakat Nasional juga akan mengketengahkan isu pengangguran, ekonomi, pendidikan dan pelbagai aspek lagi.
“Contoh bukan hanya isu Melayu yang kita kena ada pandangan. Kita kena ada juga pendirian mengenai TAR College yang mana Pakatan Harapan (PH) dan Dap menidakkan bantuan dan kebajikan TAR College itu semata-mata ia ada kena mengena dengan MCA,” katanya.
Beliau mengupas perkara tersebut pada Bicara Harakah 3.0 membincangkan tajuk “100 Hari Perikatan Nasional” yang bersiaran langsung atas talian di Facebook HarakahTV, malam tadi.
Menurutnya, Muafakat Nasional juga perlu menangani pelbagai segmen masyarakat di mana antara cabaran utama adalah golongan muda terutama melibatkan isu berkaitan ekonomi dan pendapatan.
Beliau optimis, sekiranya isu berkaitan dapat diselesaikan menerusi dasar yang bersifat ‘luar kotak’ semasa, maka gabungan parti tersebut telah mencapai 70 peratus sasaran untuk menjadi kuasa politik.
Antaranya ujar beliau, merubah intervensi ekonomi untuk menginsentifkan syarikat-syarikat supaya julat gaji antara pihak atasan, pertengahan dan bawahan tidak berjurang terlalu tinggi.
Jelasnya, Muafakat Nasional perlu berani mengemukakan solusi-solusi yang lebih radikal dan tidak konservatif dalam tindakan serta dasar bagi mengurus masyarakat majmuk dan segmen berbeza.
Begitu juga hurainya, negara dan dunia dalam menghadapi Covid-19 sebenarnya berhadapan satu peperangan di mana menuntut langkah berani terutama kesediaan mengatasi masalah pengangguran.
Cadang beliau, kerajaan sendiri perlu menyediakan pekerjaan menerusi skim yang unik dan istimewa dan bukan lagi melakukan pelaburan tertentu atau penawaran kerja oleh pihak swasta.
Antaranya jelas beliau, skim jaminan kerja dalam sektor yang tidak ditawar atau dilabur oleh pihak swasta serta tidak melibatkan teknologi terlalu tinggi seperti perkhidmatan asuhan kanak-kanak dan keselamatan makanan.
“Kerja-kerja yang meningkatkan kualiti hidup kemasyarakatan. Mungkin bukan kerja glamour, tetapi yang penting ada gaji dan ada pendapatan. Benda ini akan memerlukan suntikan dana yang besar, memerlukan hutang kerajaan yang lebih tinggi,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
by MT Webmaster (Bernama) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda ...
-
Ramai bloggers pro UMNO tulis posting yang bertajuk 'Jualan Harakah merosot', Wak tak fikir demikian, sebenarnya jualan Harakah sema...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
freemalaysiatoday.com Bernama -11 Sep 2024, 08:07 PM Polis dilaporkan menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok mengenai isu pensij...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.