- @politik
-June 10, 2020
JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor meminta Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Howard Lee dan ahli parti itu cermin diri sebelum mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersifat munafik dalam politik.
Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah menyokong gesaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa semua ahli dan parti politik, sama ada di blok kerajaan atau pembangkang supaya melakukan gencatan politik buat sementara waktu bagi memberi laluan pemulihan ekonomi berjalan lancar.
“Adakah gesaan itu merupakan suatu yang munafik dalam politik ketika negara dan rakyat sedang dihimpit kesukaran akibat penularan Covid-19?
“Dalam keadaan negara pada ketika ini sedang berperang melawan pandemik Covid-19, adakah Horward dan Dap lebih mengutamakan politik dari aspek keselamatan negara dan rakyat?,” katanya dalam satu kenyataan.
“Howard sedar atau tidak siapa sebenarnya yang munafik dalam politik? Bukankah Pakatan Harapan (PH) yang menumbangkan PH sendiri? Bukannya UMNO atau parti politik lain. Belum pernah berlaku dalam sejarah negara ini apabila sebuah kerajaan pada zaman moden ini ditumbangkan oleh pemimpin mereka sendiri, bukannya daripada parti lawan,” katanya.
Katanya lagi, Howard lupa bahawa tindakan kepemimpinan PH yang mementingkan diri sendiri merupakan satu pengkhianatan besar kepada amanah rakyat yang mengharapkan mereka dapat mentadbir negara dengan cemerlang selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
“Namun, itu tidak berlaku sama sekali, sebaliknya rakyat didendangkan dengan cerita perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin mereka hampir setiap hari sejak mereka menjadi kerajaan pada Mei 2018.
“Akhirnya, akibat perebutan kuasa dalam kalangan pimpinan PH sendiri, kerajaan PH tumbang selepas hanya 22 bulan mentadbir negara ini,” tegasnya.
“Itulah sikap munafik politik dalam kalangan pimpinan PH dan DAP sendiri yang mana mereka munafik dari segi perbuatan dan amalan mereka. Sedarlah Howard, selepas menang PRU-14, pimpinan PH dan Dap munafik dalam politik apabila khianat amanah yang diberikan rakyat kepada PH,” katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.