Saturday, July 11, 2020

Annuar: Pembahagian kerusi PN, Umno-PPBM, dibincang ‘secara keluarga’

Faiz Zainudin
-July 11, 2020 7:18 PM

Setiausaha agung BN Annuar Musa berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi perlu dibuat secara tertutup bagi memastikan rakyat tidak terlalu ‘dihidangkan’ dengan cerita politik.

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan isu pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 “secara kekeluargaaan”, termasuk membabitkan kerusi yang diwakili oleh Umno dan PPBM.

Setiausaha agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa berkata, isu pembahagian kerusi juga akan diselesaikan secara dalaman.

“Kita akan terus membincangkan isu pembahagian kerusi macam adik-beradik,” katanya ketika menghadiri kempen Jom Beli-belah (Jom BB) seliaaan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Alor di sini, hari ini.

Annuar, yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi perlu dibuat secara tertutup bagi memastikan rakyat tidak terlalu “dihidangkan” dengan cerita politik.

Katanya, kerajaan PN ketika ini memberi keutamaan kepada usaha membantu rakyat, berbanding “bermain politik”.

“Fokus kita untuk bantu rakyat, kita kena bantu penjaja dan mereka yang memerlukan.

“Kerajaan tak boleh sentiasa main politik,” katanya mengulas isu pembahagian kerusi antara sekutu PN, khususnya membabitkan Umno dan PPBM, yang hangat diperdebatkan ketika ini.

Mengulas mengenai program Jom BB, Annuar berkata, ia bertujuan mengalakkan masyarakat kembali membeli di pusat tumpuan pelancong.

“Kita nak galakkan masyarakat supaya kembai semula ke pusat tumpuan pelancong dan beli belah,” katanya,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-