Penyokong Najib sudah dilihat berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi.
Malaysiakini membawakan laporan langsung prosiding ini.
Banyak bas dari Pekan, Pahang
8.48 pagi: Cuaca baik. Penyokong Najib membanjiri Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan terhadap bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu.
Ada daripada mereka yang hadir sejak semalam lagi.
Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Norazihan, 58, berkata dia dan suaminya telah menaiki bas pada jam 11 malam daripada Pekan, Pahang.
Pagi ini, katanya, mereka telah menunggu di mahkamah sejak pukul 6 pagi.
Katanya, sebanyak enam buah bas bertolak daripada Pekan malam tadi.
Laungan “Bossku” kedengaran dilaungkan di mahkamah.
Rata-rata mereka memakai pelitup muka tetapi kurang menjaga penjarakan sosial.
[Laporan penuh menyusul]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.