Mohamad Hassan
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan berkata Umno boleh mengubah keputusan pemecatan Muhyiddin Yassin pada 2016 dan menerimanya semula ke dalam parti, jika beliau berhasrat kembali.“Kalau ada hasrat kembali kepada parti, kita boleh mengubah semula keputusan memecat beliau.
"Kami mengalu-alukan jika ada hasrat Tan Sri (Muhyiddin) hendak kembali ke Umno, lebih baik begitu.
“Beliau akan jadi perdana menteri yang didukung parti yang besar dan mempunyai ramai ahli parlimen, jadi lebih mudah dan lebih senang.
“Untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) pun tiada masalahnya, misalnya dari segi pembahagian kerusi,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Malaysia Post.
Muhyiddin Yassin dalam acara Bersatu, parti serpihan Umno
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.