Showing posts with label Mohamad Hassan. Show all posts
Showing posts with label Mohamad Hassan. Show all posts

Thursday, January 7, 2021

Pas bayang iktiraf Mohamad Hassan pimpin Umno bukan Zahid


January 7, 2021 9:23 am

Gambar yang disiarkan Takiyuddin dalam twitternya menjelang mesyuarat MT Umno malam tadi.

Menjelang mesyuaratnya malam tadi, Umno diberitahu oleh Pas, pemimpin sebenar mereka yang diiktiraf oleh parti itu adalah Datuk Seri Mohamad Hassan, timbalan presiden Umno.
Twitter Takiyuddin jam 8.54 malam tadi.

Perkara ini dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan melalui twitter beliau jam 8.54 malam tadi, menjelang Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya.

Beliau membayangkan pengiktarafan yang diberikan oleh Pas kepada Umno adalah melalui hubungan baik antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat itu.

“Dua insan ini sebenarnya yang meneroka jalan ke arah Penyatuan Ummah mewakili parti masing-masing awal tahun 2019.

“Kemuncaknya adalah HPU914 pada 14 September 2019,” kata beliau.

Berikutan itu, katanya, Muafakat Nasional (MN) dimeterai dan sebuah gagasan inklusif ummah bangsa dan negara dibentuk.

“…teruskan pimpinanmu ke medan jaya,” tulis orang kepercayaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Mesyuarat MT Umno malam tadi memutuskan untuk membawa usul mengadakan kerjasama dengan Pas walaupun Umno Terengganu dan Kelantan dilihat sangat tidak senang dengan Pas.

Usul mempertahankan hubungan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang akan dibawa ke mesyuarat agung Umno 31 Januari nanti, kata Ketua Penerangan Umno dalam kenyataannya selepas mesyuarat malam tadi.
Oleh MALAYSIA DATELINE

Friday, July 24, 2020

Umno boleh ubah keputusan pecat Muhyiddin pada 2016

Mohamad Hassan
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan berkata Umno boleh mengubah keputusan pemecatan Muhyiddin Yassin pada 2016 dan menerimanya semula ke dalam parti, jika beliau berhasrat kembali.

“Kalau ada hasrat kembali kepada parti, kita boleh mengubah semula keputusan memecat beliau.

"Kami mengalu-alukan jika ada hasrat Tan Sri (Muhyiddin) hendak kembali ke Umno, lebih baik begitu.

“Beliau akan jadi perdana menteri yang didukung parti yang besar dan mempunyai ramai ahli parlimen, jadi lebih mudah dan lebih senang.

“Untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) pun tiada masalahnya, misalnya dari segi pembahagian kerusi,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Malaysia Post.
Muhyiddin Yassin dalam acara Bersatu, parti serpihan Umno

Friday, December 21, 2018

Ahli Parlimen UMNO puas hati kepimpinan sekarang – Tok Mat

By Manzaidi Mohd Amin
- 21 Disember 2018

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (empat kanan) bersalaman dengan Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, turut hadir Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
foto FAREEZ FADZIL, 21 Disember 2018

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan sudah mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen UMNO untuk membincangkan kedudukan parti selepas ramai antara mereka mengambil keputusan lompat parti.

Katanya, dalam perjumpaan itu beliau dimaklumkan oleh ahli parlimen berkenaan bahawa mereka selesa dengan kepimpinan sekarang, iaitu selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan untuk berehat.

“Saya jumpa dengan semua MP-MP (Ahli Parlimen)… mereka puas hati dengan keadaan sekarang… oleh itu, tugas saya dan rakan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) sekarang ialah memastikan hasrat mereka yang hendak letak jawatan, tidak jadi.

“(Jaminan) ini yang kita buat, pastikan supaya mereka yakin dengan kepimpinan sekarang dan saya yakin dengan perkembangan terkini bahawa tekanan dan ura-ura (akan letak jawatan) berkurangan, tidak ada lagi yang akan letak jawatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas MT di PWTC hari ini.

Mengenai kelantangan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang menegur kepimpinan parti, Mohamad meraikan perbezaan pandangan.

“Kita tidak berbincang pasal KJ (Khairy). Kita hanya bincang mengenai strategi bagaimana UMNO hendak menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menjadi pembangkang yang efektif,” ujarnya.

Mengenai Ahmad Zahid, beliau secara ringkas menyatakan Presiden UMNO itu seorang yang berjiwa besar dan agak susah untuk parti mempunyai seorang pemimpin seperti itu. 

– MalaysiaGazette

Thursday, December 13, 2018

Mat Hassan: Kami rayu Dr M supaya tak bubarkan Umno

Lu Wei Hong
Diterbitkan 13 Dis 2018, 1:40 petang


Mohamad Hassan menjelaskan bahawa pertemuan beliau bersama empat pemimpin Umno lain dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bukan bagi membincangkan keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Sebaliknya, kata timbalan presiden Umno itu, mereka merayu kepada Mahathir supaya tidak membubarkan parti berkenaan, yang pernah dipimpinnya selama lebih dua dekad.

"Ia hanya kunjungan hormat," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

"Tun M (Mahathir) kata Umno akan dibubarkan. Kami merayu kepadanya supaya tidak berbuat demikian," katanya.

Mohamad menyifatkan perjumpaan itu diadakan dalam suasana yang mesra.

"Tun menerima kami. Saya pernah bekerja di bawahnya. Belanja kami sate dan macam-macam.

"Dunia ini bukan sahaja mengenai politik. Ia mengenai hubungan. Kami membuat kunjungan hormat dan pada masa sama kami kata, 'tolong jangan bubarkan Umno'. Dia janji tidak akan berbuat demikian," katanya.

Dalam hantaran di Facebook sebelum ini, wartawan veteran A Kadir Jasin mengesahkan gambar tular pertemuan perdana menteri dengan pemimpin Umno itu sebagai tulen dan berlangsung pada Oktober.

Selain Mohamad, turut hadir dalam pertemuan itu ialah bekas menteri wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah, bekas menteri undang-undang Shahidan Kassim dan bekas menteri pembangunan luar bandar Noh Omar.

Saturday, December 1, 2018

Tak mudah tumbangkan Tok Mat, kata penganalisis

Yasmin Ramlan 
Diterbitkan 1 Dis 2018, 8:30 pagi


PKR perlu meletakkan calon yang setanding atau lebih dikenali untuk bertanding di kerusi DUN Rantau sekiranya pilihan raya semula di kawasan itu diadakan.

Menurut penganalisis politik, ini kerana populariti penyandangnya Mohamad Hasan atau lebih mesra dengan gelaran Tok Mat sukar untuk ditandingi.

Malah jentera pilihan raya PH juga dilihat bakal berdepan cabaran besar untuk memenangi sokongan penduduk di Rantau yang berasa terhutang budi terhadap bekas menteri besar Negeri Sembilan itu.

Prof Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berpendapat selain faktor calon, prestasi Pakatan Harapan (PH) sejak mengambil alih kerajaan turut memainkan peranan penting bagi menentukan kemenangan gabungan berkenaan.

"Maka ini menjadi satu cabaran untuk PH untuk menumbangkan beliau (Tok Mat). Ia sesuatu yang mustahil walaupun (PH) menggerakkan jenteranya bersungguh-sungguh di peringkat bawah kecuali mereka dapat tampilkan pemimpin yang besar," katanya.

Dalam PKR, beliau menamakan bekas naib presiden parti itu Rafizi Ramli antara mereka yang dilihat mempunyai kewibawaan untuk mencabar populariti Mohamad.

"Contohnya macam Rafizi yang dilihat ada karismanya sendiri dan keberaniannya untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan terdahulu.

"Tapi apa pun, tidaklah semudah itu untuk menumbangkan Tok Mat yang memang popular (di kalangan penduduk Negeri Sembilan)," kata Jeniri kepada Malaysiakini.

Pada 17 November, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengakui nama Rafizi antara yang disenaraikan sebagai calon bagi pilihan raya semula kerusi DUN Rantau.

Populariti Mohamad masih kuat

Jeniri berkata, meskipun prestasi dan populariti timbalan presiden Umno itu kini tidak sehebat ketika BN mentadbir negeri tetapi sumbangannya ketika menyandang jawatan menteri besar selama 15 tahun mengukuhkan sokongan pengundi di situ terhadapnya.

"Orang Melayu terutamanya tidak mudah lupa jasa dan sumbangan seorang pemimpin lebih-lebih lagi pemimpin yang dilihat berjasa besar dan punya populariti yang menyerlah di kalangan pengundi.

"Jadi sokongan itu kalau pun turun disebabkan perubahan di peringkat Persekutuan, penurunannya tidaklah sampai begitu mendadak dan akhirnya menyebabkan BN dan Umno tumbang," katanya.

Pendapat yang sama turut disuarakan Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya yang mengatakan Mohamad masih mempunyai pengaruh tersendiri di DUN Rantau.

Beliau malah turut meramalkan Mohamad bakal mempertahankan kerusi itu yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut kerana personalitinya yang disenangi ramai.

"Populariti Tok Mat akan mempengaruhi PRK ini kerana Tok Mat disegani, bersih dan dekat dengan masyarakat.

"Isu PRK ialah isu setempat dan pengundi lebih cenderung kepada faktor personaliti yang dilihat memihak kepada Tok Mat. Disebabkan politik personalitinya yang baik maka sentimen Melayu akan mempengaruhi undi," katanya.

Bagaimanapun seperti Jeniri beliau berpendapat PH masih mempunyai peluang sekiranya menampilkan calon berwibawa.

"(Populariti) Tok Mat hanya berlandaskan pencapaian lampau. Namun, jikalau calon PH yang diletakkan kurang dikenali dan sumbangan tiada, sukar bagi PH tembusi DUN Rantau," katanya.

Awang berkata walau apa pun Umno perlu bekerja lebih kuat untuk mempertahan DUN berkenaan atau terpaksa menanggung malu sekiranya timbalan presidennya tersungkur pada PRK tersebut.

Streram boleh raih undi bukan Melayu

Bagaimanapun, Prof Dr Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia pula berbeza pendapat dengan Jeniri dan Awang apabila meramalkan keputusan DUN Rantau memihak kepada Streram.

Ini berdasarkan jumlah komposisi kaum bukan Melayu iaitu sebanyak 46 peratus berbanding Melayu sebanyak 54 peratus di kawasan itu.

Menurut Azizuddin keadaan ini akan menyebabkan perpecahan undi antara pengundi Melayu yang menyokong PH dan pembangkang.

Dari segi komposisi bukan Melayu, DUN berkenaan memiliki 19 peratus kaum Cina, 27 peratus kaum India dan lain-lain (1 peratus).

"Kalau Umno bertanding, PAS tak bertanding, PAS akan sokong Umno, maksudnya Umno akan dapat undi lebih.

"Cuma undi Melayu tetap akan ada yang beri sokongan kepada PH. Kalau PH letak Streram sebagai calon, peluang dia menang agak tinggi," katanya.

Selain itu beliau berkata Streram mempunyai kelebihan untuk merampas DUN berkenaan memandangkan PH kini memegang kuasa di Putrajaya.

Faktor itu juga akan mempengaruhi keputusan pengundi yang bimbang DUN itu akan diabaikan oleh kerajaan negeri sekiranya dimenangi pembangkang.

"Tok Mat memang orang kenal sebab bekas menteri besar. Tapi Streram ni mungkin ada sebahagian tak kenal dia, sebahagian mungkin kenal dia kerana telah berkhidmat lama di sana. Tapi antara dia dan Tok Mat, mestilah orang kenal Tok Mat lagi.

"Cuma kalau sekarang ni BN kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, memang peluang untuk Tok Mat menang tu agak tinggi sebab projek-projek pembangunan dan macam-macam cadangan boleh dilontarkan untuk dilaksanakan di Rantau," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata sekiranya pengundi bukan Melayu mencatatkan jumlah keluar mengundi yang rendah, keadaan itu akan memberikan kelebihan buat Mohamad.

Mohamad menang kerusi DUN itu tanpa bertanding pada 28 April lalu selepas lawannya Dr S Streram dilarang memasuki pusat penamaan kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram, yang juga pakar bius di Pusat Perubatan Nilai, memfailkan petisyen bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana tidak sah.

Mohamad memenang kerusi itu sejak 2004 dan merupakan menteri besar popular di Negeri Sembilan sepanjang tiga penggal pentadbirannya.

Sebelum PRU14 pada 9 Mei lalu, pemimpin berusia 62 tahun itu mengekalkan kerusinya dengan meraih majoriti besar iaitu 79.3 peratus pada 2004, 63.3 peratus (2008) dan 63.8 peratus (2013).

Pada 16 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban memerintahkan kerusi DUN berkenaan dikosongkan dan kemenangan Mohamad pada PRU14 lalu tidak sah dan terbatal.

Friday, November 16, 2018

Mat Hassan hilang kerusi Rantau, mahkamah arahkan PRK

Hafiz Yatim
Diterbitkan 16 Nov 2018, 11:32 pagi



Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini memerintahkan bahawa kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan sebagai kosong dan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan pada pilihan raya umum ke-14 lalu adalah tidak sah.

Menurut hakim, Azimah Omar, tidak ada undang-undang bertulis atau keperluan yang menyatakan tag atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukakan borang pencalonan.

“Ini diakui peguam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agus Suyub dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden kedua dan ketiga dalam hujahan bertulis.

“Dengan itu, mahkamah membenarkan pempetisyen memfailkan petisyen seperti berikut, Mohamad tidak dipilih sebagai ADUN Rantau dan pemilihannya tidak sah atau batal.

“Mahkamah memerintahkan satu pilihan raya kecil untuk kawasan DUN Rantau diadakan serta-merta,” katanya.

Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa pegawai pengurus itu tidak mengikuti peraturan dalam tindakannya menghalang calon PKR, Dr S Streram masuk sedangkan Amino Agus tahu dia berada di luar pusat penamaan pada 28 April lalu.

"Ini adalah diskriminasi kepada pempetisyen (Dr Streram) dan gangguan kepada proses demokrasi.

"Tindakannya tidak beretika dan tiada integriti," kata Azimah. Beliau juga mengarahkan Amino Agus untuk membayar kos sebanyak RM30,000.

Streram pada 23 Mei lalu memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.

Susulan tindakan itu, Mohamad menang kerusi Rantau tanpa bertanding .

Sebanyak 19 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan selama 12 hari itu.

Pakar bius berusia 63 tahun itu diwakili empat peguam diketuai Hanif Kathri manakala Mohamad diwakili lima peguam diketuai Hafizam Harun.

Mohamad yang ditemui pemberita selepas penghakiman itu dibuat memberitahu bahawa dia akan berbincang dengan peguamnya sama ada untuk merayu keputusan tersebut.

"Saya hormati keputusan mahkamah.

"Saya ada 14 hari untuk buat rayuan selepas berunding dengan peguam saya," katanya.

Streram berkata beliau gembira dengan keputusan hari ini kerana mengembalikan semula haknya dan pengundi boleh memilih calon pilihan mereka untuk kerusi DUN N27 Rantau.

"Saya harap akan terpilih sekali lagi dalam pilihan raya itu nanti," katanya.

[Baca berita penuh]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-