Monday, August 24, 2020

Mufti Perak dalam keadaan stabil

Oleh Noor Hidayah Tanzizi
bhnews@bh.com.my



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

TANJUNG MALIM: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan sudah sedar namun masih dalam pemantauan pihak hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin, berkata Harussani mengalami serangan angin ahmar di bahagian kanan badan.

"Alhamdulillah, setakat ini Mufti Perak sedar cuma tidak boleh bercakap. Beliau diserang angin ahmar sebelah kanan kerana berlaku pendarahan di kepala.

"Beliau masih dalam pemantauan dan rawatan rapi daripada doktor di sebuah hospital swasta. Beliau memerlukan rehat dan kita tunggu perkembangan selanjutnya," katanya ketika ditemui selepas Ceramah Muafakat Nasional di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River, di sini, malam tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku di rumah ketika Harussani bangun untuk solat Subuh semalam dan berasa tidak selesa sebelum dikejarkan ke hospital.

"Keadaan beliau seperti sebelum ini, duduk di kerusi roda. Saya harap semua rakyat dapat mendoakan kesihatan mufti kita," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-