- @politik
-August 24, 2020
KUALA LUMPUR: Tiga asas utama Muafakat Nasional (MN) terus kekal menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ialah keikhlasan, saling memelrukan dan sikap tolak ansur.
“MN adalah jenama baru dalam arena politik negara. Ia muncul pada saat orang Melayu rasa tertekan dengan pelbagai isu yang muncul akibat dari Pakatan Harapan (PH) mengambil alih teraju pemerintahan negara,” katanya.
‘Isu ICERD telah menjadi pemangkin kepada penyatuan orang Melayu khasnya di Malaysia, dan diikuti oleh Pilihan Raya Kecil yang membibitkan kerjasama antara dua parti utama orang Melayu Islam PAS dan Umno, kini ia semakin kukuh dengan penyertaan Berdatu sebagai sebahagian dari komponen MN,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ramai mendoakan agar MN ini kekal sebagai suatu muafakat politik yang berpanjangan, walaupun hakikatnya bukanlah sesuatu yang mudah bagi parti-parti politik kekal dalam satu gabungan dalam tempoh yang lama.
Katanya lagi, penyatuan orang Melayu Islam menjadi keutamaan agar kedudukannya sebagai kaum dan agama teras negara dapat dipelihara.
Beliau berkata, semua parti mesti dihormati dan dijaga kedudukannya dalam gabungan.
“Apabila satu parti merasa ia tidak lagi memerlukan rakan politik dalam membuat sesuatu keputusan, maka ia petanda awal berakhirnya muafakat,” katanya.
“Parti punyai pengikut yang pelbagai jenis, namun kepatuhan kepada keputusan pimpinan adalah asas utama. Dalam kerangka kerjasama, semua pihak perlukan toleransi yang sangat tinggi. Perlu buang ego, ketepikan sikap bossy, sombong dan takabur,” katanya.
“MN perlu buktikan melalui tindakan. Keputusan mesti melalui perundangan bersama, ada kalanya kita perlu korbankan kehendak pengikut di bawah, kerana kepentingan yang lebih besar dan lebih penting yang hanya difahami oleh pimpinan. Tidak semua perkara perlu dikongsi dengan semua pengikut dan orang ramai,” jelasnya.
“Jangan terpengaruh dengan mereka yang cakap kuat, kerana itu bukan bermakna ia betul, cakap perlahan bukan makna lemah. Banyak cakap belum tentu mampu membuat kerja. Terkadang banyak idea belum tentu sesuai untuk dilaksana. Belajarlah memahami sesuatu di sebalik sesuatu yang dilihat kerana hakikatnya Allah-lah yang menyatukan hati-hati manusia,” katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sekumpulan petugas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) melakukan kerja pelupusan al-Quran pada 2012, dengan membuang abu nask...
-
Faiz Zainudin - June 3, 2020 1:04 PM Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh. PETALING JAYA: PKR akan mewakili Pakatan Harapan di DUN Chin...
-
agendaily.com 31/08/2022 Antara skandal terbesar pernah direkodkan ialah melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disifatkan...
-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan derma RM2.6 bilion kepada ...
-
Oleh FAZLI RADZI November 22, 2020 7:43 pm Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan tidak akan mengambil bahagia...
-
malaysiakini.com Diterbitkan Hari ini 4:07 pm Dikemaskini Hari ini 4:51 pm Dikemas kini dengan komen beberapa lagi pemimpin kerajaan. Setia...
-
oleh Rizuan Shamsudin Konsep ‘The Great Malays’ atau Melayu Terulung kini seperti menjadi dasar perjuangan dua parti Melayu terbesar, Um...
-
freemalaysiatoday.com Howard Tsen -07 Mar 2025 Ahli Parlimen Seputeh itu juga mendedahkan pegawai SPRM melawat pusat khidmatnya ketika belia...
-
by - Cinca on - 9/24/2020 10:18:00 Pm Umno tidak akan menghalang ahli parlimennya daripada menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahi...
-
1MDB: Pegawai penyiasat akui ke Riyadh untuk salin dan tampal kenyataan putera Arab, makan dan balikhmetro.com.my Ahmad Johari Mohd Ali am@hmetro.com.my GAMBAR fail. FOTO NSTP Putrajaya: Pegawai penyiasat asal skandal kewangan 1Malaysia De...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.