mhdaily.net
16/09/2020 1:00 PM
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Katanya, PKR merupakan parti yang tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya berlandaskan perjuangan Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri.
Sebagai salah seorang bekas pemimpin PKR, setelah 20 tahun di dalamnya kini beliau yakin PKR tidak memiliki calon yang layak menjadi wakil rakyat.
“Hari ini, saya datang nak bagi tahu tuan-tuan dan puan-puan tolak PKR. PKR pun tidak ada calon, saya tidak kenal calon ini, saya yang bina PKR dengan Anwar.
“Dia (Anwar) duduk dalam penjara pun sebab masalah dia, saya yang bina parti saya yang pergi jalan raya, berkempen, dia duduk penjara (dan bila) dia keluar nak jadi presiden.
“Hari-hari cerita “bila aku nak jadi Perdana Menteri,” cukuplah 20 tahun nak cakap pasal satu orang, kita nak bincang pasal rakyat masalah ekonomi bina negara majukan negara.
“Sekarang tidak ada siapa nak jadi calon PKR sebab ini parti yang tidak mengangkat suara rakyat tidak membela rakyat tapi hanya menjaga kepentingan seorang yang rakus,” katanya ketika melawat Bilik Gerakan PBS, PDM Tamparuli, Jalan Perumahan Kionsom Baru, Tuaran.
Justeru beliau menyeru pengundi Tamparuli menolak calon PKR di DUN berkenaan iaitu, Alijus Sipil dan menyokong calon PBS, Datuk Jahid Jahim.- MalaysiaGazette
Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/09/15/pkr-hanya-jaga-kepentingan-anwar-yang-rakus-mahu-jadi-pm-azmin/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 23, 2025 3:49 PM Kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara meluas dianggap...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 23, 2025 11:19 AM Ahli Parlimen Kepala Batas berjaya mengumpul dana sebanyak RM830,034.75 untuk memenuhi ...
-
By Janatul Firdaus Yaacob 25/01/2025 K UALA LUMPUR – Himpunan rakyat benci rasuah yang di Dataran Merdeka menuntut tiga tuntutan penting dar...
-
suara.tv By Janatul Firdaus Yaacob 21/01/2025 KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyambut cabaran usul undi tidak percaya terhadap Perd...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 22, 2025 12:36 PM Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan bahawa dia tidak bermi...
-
mediaprima.com.my Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@mediaprima.com.my 24.1.25 Jabatan Imigresen Malaysia (Jim) menyerbu 10 lokasi klinik doktor w...
-
bharian.com.my Oleh Safeek Affendy Razali dan Fahmy Azril Rosli bhnews@bh.com.my - Januari 25, 2025 @ 2:58pm Peserta Himpunan Anti Rasuah ...
-
Kenapa MP-MP Umno membisu, takut kepada DAP? Pengambilalihan saham MAHB oleh entiti asing January 21, 2025 KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan...
-
harakahdaily January 23, 2025 Serahan memorandum bantahan pengambilalihan saham MAHB Syed Hassan (tengah) ketika ditemui media di pekarangan...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 24, 2025 9:37 PM Laman web Dewan Filharmonik Petronas mengumumkan pembatalan acara pelawak Harith Iskande...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.