Saturday, September 12, 2020

Isu kilang haram, pekebun durian Raub, ada pihak ‘tunduk’ kepada Cina?

ismaweb.net

Parti Melayu membisu tak jaga bangsa sendiri, terlalu harap Cina sokong mereka?

BANGI, 24 Muharram 1442H, Sabtu – Kerajaan negeri Selangor seolah-olah terlalu ‘lembik’ apabila hanya memberi amaran, namun tidak mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang beroperasi secara haram sehingga menyebabkan pencemaran sungai di negeri itu.

Pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Ab Kadir berkata, bukan sahaja Selangor, bahkan Pahang dalam isu peneroka tanah kebun haram di Raub juga dilihat masih membuka peluang untuk berunding.

“Kita lihat semua angkara yang melanggar peraturan dan undang undang yang dibuat oleh orang Cina membabitkan isu-isu yang besar, mereka tunduk kepada Cina.

“Tetapi bila bangsa Melayu yang langgar terus kerajaan kena tindakan maksimum mungkin tanpa belas kasihan.

“Isu rumah jelas kita lihat kerajaan hantar jentolak untuk merobohkannya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau kesal apabila anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan gah dan berani merobohkan rumah tanpa rasa sedikit pun kezaliman, sebaliknya tidak berani membuka pintu kilang haram.

Bidasnya, penguat kuasa MPS membuka keburukan sendiri apabila mendedahkan bahawa pintu pagar kilang haram Cina tidak dibuka ketika mereka datang.

“MPS mengharapkan dapat simpati masyarakat kononnya mereka datang menjalankan tugas, tetapi kedegilan pemilik kilang haram membuatkan mereka tidak dapat menjalankan tugas.

“…tanpa menyedari pendedahan itu menzahirkan keburukan MPS bahawa mereka tunduk dengan Cina.

“Kenapa mereka berani pula merobohkan rumah rumah orang Melayu?,” soalnya.


Pada masa sama, Ustaz Sharipudin menempelak tindakan sebahagian besar parti-parti Melayu yang terus membisu tanpa sebarang kenyataan atau desakan berhubung perkara itu.

“Isu rumah di Selangor dikatakan PAS membantu pemilik rumah dengan mengambil tindakan undang-undang yang mungkin masih ada ruang pemilik rumah mendapat sedikit pembelaan.

“Tetapi ianya tidaklah sama sebagaimana MCA dan DAP mempertahankan bangsa Cina walaupun jelas ianya melanggar undang undang dan peraturan yang ada,” katanya.

Katanya lagi, penonjolan MCA dan DAP jelas menjaga bangsa mereka berbanding parti-parti Melayu senyap dan sepi, bahkan sedikit pun tidak menentang tindakan yang dibuat oleh bangsa Cina membuka kebun-kebun di tanah haram.

“Persoalannya kenapa terjadi sedemikian. Adakah parti Melayu terlalu mengharapkan bangsa Cina menyokong mereka untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau taikun Cina telah menguasai kerajaan dan parti Melayu.

“PAS tidak berani untuk menyatakan penentangan mereka secara jelas. Kepimpinan tertinggi seolah-olah hanya memberi laluan kepada beberapa orang pemimpin menyatakan pendirian,” dakwanya.

Terdahulu, kerajaan negeri Selangor memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang yang beroperasi tanpa kebenaran untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jika masih ada mereka yang ingkar berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk merobohkan struktur bangunan yang memberi impak kepada pencemaran alam sekitar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-