Showing posts with label kilang haram. Show all posts
Showing posts with label kilang haram. Show all posts

Saturday, September 12, 2020

Isu kilang haram, pekebun durian Raub, ada pihak ‘tunduk’ kepada Cina?

ismaweb.net

Parti Melayu membisu tak jaga bangsa sendiri, terlalu harap Cina sokong mereka?

BANGI, 24 Muharram 1442H, Sabtu – Kerajaan negeri Selangor seolah-olah terlalu ‘lembik’ apabila hanya memberi amaran, namun tidak mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang beroperasi secara haram sehingga menyebabkan pencemaran sungai di negeri itu.

Pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Ab Kadir berkata, bukan sahaja Selangor, bahkan Pahang dalam isu peneroka tanah kebun haram di Raub juga dilihat masih membuka peluang untuk berunding.

“Kita lihat semua angkara yang melanggar peraturan dan undang undang yang dibuat oleh orang Cina membabitkan isu-isu yang besar, mereka tunduk kepada Cina.

“Tetapi bila bangsa Melayu yang langgar terus kerajaan kena tindakan maksimum mungkin tanpa belas kasihan.

“Isu rumah jelas kita lihat kerajaan hantar jentolak untuk merobohkannya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau kesal apabila anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan gah dan berani merobohkan rumah tanpa rasa sedikit pun kezaliman, sebaliknya tidak berani membuka pintu kilang haram.

Bidasnya, penguat kuasa MPS membuka keburukan sendiri apabila mendedahkan bahawa pintu pagar kilang haram Cina tidak dibuka ketika mereka datang.

“MPS mengharapkan dapat simpati masyarakat kononnya mereka datang menjalankan tugas, tetapi kedegilan pemilik kilang haram membuatkan mereka tidak dapat menjalankan tugas.

“…tanpa menyedari pendedahan itu menzahirkan keburukan MPS bahawa mereka tunduk dengan Cina.

“Kenapa mereka berani pula merobohkan rumah rumah orang Melayu?,” soalnya.


Pada masa sama, Ustaz Sharipudin menempelak tindakan sebahagian besar parti-parti Melayu yang terus membisu tanpa sebarang kenyataan atau desakan berhubung perkara itu.

“Isu rumah di Selangor dikatakan PAS membantu pemilik rumah dengan mengambil tindakan undang-undang yang mungkin masih ada ruang pemilik rumah mendapat sedikit pembelaan.

“Tetapi ianya tidaklah sama sebagaimana MCA dan DAP mempertahankan bangsa Cina walaupun jelas ianya melanggar undang undang dan peraturan yang ada,” katanya.

Katanya lagi, penonjolan MCA dan DAP jelas menjaga bangsa mereka berbanding parti-parti Melayu senyap dan sepi, bahkan sedikit pun tidak menentang tindakan yang dibuat oleh bangsa Cina membuka kebun-kebun di tanah haram.

“Persoalannya kenapa terjadi sedemikian. Adakah parti Melayu terlalu mengharapkan bangsa Cina menyokong mereka untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau taikun Cina telah menguasai kerajaan dan parti Melayu.

“PAS tidak berani untuk menyatakan penentangan mereka secara jelas. Kepimpinan tertinggi seolah-olah hanya memberi laluan kepada beberapa orang pemimpin menyatakan pendirian,” dakwanya.

Terdahulu, kerajaan negeri Selangor memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang yang beroperasi tanpa kebenaran untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jika masih ada mereka yang ingkar berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk merobohkan struktur bangunan yang memberi impak kepada pencemaran alam sekitar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Thursday, September 10, 2020

27 NGO Selangor Desak Amiruddin Letak Jawatan

byAssistant Editor
-September 10, 2020


KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negeri Selangor sekata mendesak supaya Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari meletak jawatan.

Dalam satu kenyataan bersama, gabungan NGO berkenaan turut mendesak supaya kilang-kilang yang beroperasi secara haram di negeri itu dirobohkan dengan kadar segera.

Antara NGO yang terlibat dalam kenyataan tersebut Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Negeri Selangor, Geng Ustaz, Syabab Care, Al-Azhar Care, Pertubuhan Belia Prihatin dan lain-lain.

Menurut kenyataan itu, pencemaran air yang berlaku di Sungai Selangor berpunca daripada pengoperasian kilang haram berkenaan sehingga memberi kesan kepada 1.2 juta rakyat di negeri itu.

“Tadbir urus pihak kerajaan Negeri dan PBT yang dilihat tidak telus serta bertanggungjawab sehingga kilang-kilang haram dapat beroperasi menghasilkan keuntungan jutaan ringgit.

“Sedangkan rakyat terus tertekan dengan keperluan hidup,” ujar kenyataan itu seperti dipetik daripada Facebook Sekretariat NGO Bertindak Prihatin Rakyat Selangor yang disiarkan semalam.

Terdahulu, dilaporkan bahawa terdapat 308 kilang daripada 6,000 yang berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) disahkan beroperasi secara haram.

Malahan, pengoperasian kilang haram ini menjadi punca pencemaran bau di Sungai Gong hingga menyebabkan bekalan air Selangor terputus sehingga memberi kesan kepada aktiviti harian rakyat negeri itu.

 – HARAKAHDAILY

Kilang Haram Boleh Beroperasi Kerana 'Dasar' Kerajaan Negeri, Rumah Haram Diroboh...

byAssistant Editor
-September 10, 2020


KUALA LUMPUR: Aktiviti perniagaan kilang tanpa kebenaran berterusan sehingga hari ini adalah kerana ada yang mengambil kesempatan terhadap dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sejak 2012 kerajaan Selangor mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memberi peluang kepada pemilik kilang haram beroperasi namun pada masa sama mengarahkan mereka memohon lesen.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad, berkata dasar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri adalah memberi peluang kepada pengusaha kilang tanpa lesen ini untuk beroperasi bagi memastikan kelangsungan ekonomi.

"Tempoh dasar 2012 itu kemudian dilanjutkan pada Ogos tahun lalu sehingga 31 Disember tahun ini di mana kita (MPS) akan memberi peluang kepada mereka memohon lesen perniagaan sah.

"Bagaimanapun mana-mana pengusaha kilang lain yang tiada dalam data atau baru didirikan selepas September tahun lalu akan diambil tindakan termasuk dirobohkan," katanya selepas meninjau operasi kilang tanpa lesen di Rawang hari ini.
Lihat juga : Luluh Hati 19 Pemilik Rumah Lihat Kediaman Dirobohkan

Beliau berkata, dalam hal ini tidak timbul sebarang isu kononnya pihak MPS tidak mengambil tindakan atau berkompromi dengan mana-mana pengusaha kilang tanpa lesen.

"Langkah yang kami MPS lakukan adalah ingin membantu mereka mendapatkan lesen perniagaan secara sah dan bukan terlalu ingin mengambil tindakan namun apabila berlakunya kesalahan atau kes serius maka kami tidak akan berdiam diri.

"Jadi selepas ini mana-mana kilang yang tiada lesen kita akan arahkan tutup dan hentikan operasi manakala yang melakukan pencemaran akan dirujuk Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya. 

Wednesday, September 9, 2020

‘Bila peniaga kecil, cepat pula dirobohkan’

https://ismaweb.net
fazleensafina

Tidak kira siapa kerajaan dan negeri, seperti ada tangan-tangan di belakang


BANGI, 21 Muharram 1442H, Rabu – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kesal seolah-olah tiada tindakan tegas diambil terhadap kilang yang disyaki punca pencemaran Sungai Gong di Rawang baru-baru ini, berikutan telah beroperasi secara haram sejak enam tahun lalu.

Naib Presidennya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, kilang terbabit yang enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan ketika pemantauan dipercayai beroperasi sejak 2014 dan termasuk dalam senarai pemutihan kilang haram.

“Sebaliknya buat peniaga-peniaga kecil, cepat pula dirobohkannya.

“Tidak kira siapa juga kerajaan dan di negeri mana sekali pun, kelihatan biasa ada tangan-tangan di belakang,” katanya menerusi status di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mendakwa, pengusaha kilang penyelenggaraan jentera yang disyaki menyebabkan pencemaran Sungai Gong tidak memberikan kerjasama sewaktu pemantauan dijalankan penguat kuasa.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, kilang itu sudah dikompaun pada Mac kerana beroperasi tanpa lesen dan sehingga kini belum melakukan sebarang permohonan,

Katanya, premis terbabit dipercayai sudah beroperasi sejak 2014 lalu dan termasuk dalam senarai pemutihan kilang haram.

“Berdasarkan data oleh MPS, pengurusan kilang berkenaan tidak pernah membuat apa-apa permohonan lesen sejak 2014.

“Pihak MPS juga sudah dua kali menyarankan kepada kilang terbabit untuk membuat permohonan lesen selepas dikesan beroperasi sejak enam tahun lalu.

“Selain beroperasi tanpa kebenaran, kilang yang dipercayai sering menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan lain ini turut membina struktur bangunan dalam kawasan premis mereka tanpa kebenaran bertulis dari MPS,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

MB: S'gor beri peluang pemilik kilang haram hingga hujung tahun

Bernama
Diterbitkan Hari ini 4:25 pm

Kerajaan Negeri Selangor memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang yang beroperasi tanpa kebenaran untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata jika masih ada mereka yang ingkar berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk merobohkan struktur bangunan yang memberi impak kepada pencemaran alam sekitar.

“Kami sudah beri tawaran untuk mereka (pemilik tanah dan kilang haram) pulihkan (jalankan proses pemutihan) sejak tahun 2008 lagi. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terakhir pada 2018 memutuskan agar tindakan itu dipanjangkan sehingga 2020. Lepas 2020 kami akan ambil tindakan perobohan dan sebagainya.

“Tetapi kalau keadaan mendesak dan saya rasa kami boleh laksanakan lebih pantas menjelang bulan November atau Disember ini, ataupun awal tahun depan kami sendiri akan laksanakan secara menyeluruh proses pemutihan tersebut,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan sempena Menjunjung Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Bagi Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Kuala Langat, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata beliau akan mempengerusikan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor sebagai usaha kerajaan negeri mengurangkan impak pencemaran terhadap sumber air di Selangor.



“Dalam bab ini saya sendiri akan ketuai jawatankuasa itu dalam masa terdekat dan kali ini kami akan gabungkan teknologi pemantauan sungai seiring dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebagai agensi pemantauan sumber air.

“Kami juga akan melaksanakan usaha membersihkan kawasan sungai, pengosongan rezab-rezab sungai yang dibangunkan oleh infrastruktur dan bangunan yang tidak mendapat kebenaran,” katanya.

Amirudin juga berkata pihaknya turut menjunjung kasih titah Sultan Sharafuddin semalam yang menitahkan pihaknya supaya mengambil beberapa tindakan berhubung isu berkenaan kerana baginda khuatir sekiranya masalah air berterusan, rakyat akan memberontak dan boleh mengakibatkan ketegangan seterusnya menjejaskan keharmonian sosial.

“Kami memang lakukan cuma kali ini atas titah baginda, semua pihak dan jabatan malah rakyat juga harus dilibatkan dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan sumber bekalan air kita,” katanya.

Terdahulu, Amirudin mengisytiharkan pemasyhuran naik taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada MPKL secara rasminya hari ini atas perkenan Sultan Sharafuddin dan turut menggunakan imej logo perbandaran yang baharu.

Katanya, pada bulan hadapan juga Majlis Pembandaran Subang Jaya juga akan dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya dan beliau berharap agar mutu kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan seiring dengan peningkatan kualiti kerja,” katanya.

- Bernama

Tuesday, September 8, 2020

Kilang Haram, Pemilik enggan buka pintu pagar, MPS kompaun RM1000, Kalau rumah rakyat?

mykmu.net
September 8, 2020

RAWANG – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mendakwa pengusaha kilang penyelenggaraan jentera yang disyaki menyebabkan pencemaran Sungai Gong di sini tidak memberikan kerjasama sewaktu pemantauan dijalankan penguat kuasa sebelum ini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan, Norhayati Ahmad berkata, penguat kuasa dari zon Rawang gagal memasuki premis berkenaan selepas pemiliknya enggan membuka pintu pagar automatik sewaktu rondaan dilakukan sebanyak tiga kali sejak Jun.
“Keadaan itu menyukarkan MPS menyemak dokumen berkaitan. Dalam laporan gerak kerja kita buat catitan tidak mendapat kerjasama yang baik dari pemilik.

“Kita tak boleh pecah masuk premis. Kalau kita hon, dia (pemilik) tak buka pintu pagar, kita tak boleh masuk,” katanya sewaktu mengetuai operasi pemeriksaan ke atas 15 kilang sekitar Sungai Gong hari ini.

Norhayati berkata, pemilik hanya membenarkan pemeriksaan dilakukan selepas timbulnya isu pencemaran baru-baru ini apabila MPS telah mengeluarkan kompaun di bawah Seksyen 3 kerana menjalankan perniagaan tanpa kelulusan.

“Selain kompaun RM1,000, MPS telah memberikan peringatan kepada pemilik untuk kemukakan surat kelulusan dan semua dokumen berkaitan selain mengarahkan operasinya dihentikan.

“Malah penguat kuasa turut melakukan rondaan setiap hari di kawasan berkenaan untuk memastikan kilang tersebut tidak beroperasi,” katanya.

Beliau berkata, kilang sama pernah diberikan notis pada 2014 di bawah Jabatan Bangunan MPS kerana mendirikan struktur tanpa kebenaran.

Sinar Harian difahamkan perobohan tidak dilakukan ketika itu kerana tertakluk kepada dasar kerajaan negeri di bawah program pemutihan kilang haram sewaktu pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bermula 2012 yang tempohnya berakhir Disember ini.

Tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan sedia ada akan diteruskan selepas berakhir tempoh program berkenaan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-