Friday, September 11, 2020

PRN Sabah: PAS beri laluan demi muafakat dalam PN

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@bh.com.my



Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
- Foto NSTP/Fathil Asri

KUALA TERENGGANU: PAS memberi laluan kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi memastikan pertandingan dua penjuru demi kemenangan besar gabungan berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam PRN Sabah selepas usaha rundingan dimuktamadkan.

PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan dalam PN demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik pada masa depan selain mahu memberi fokus pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Keutamaan PAS adalah persiapan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka dalam masa terdekat selain komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan PN.

"Sokongan jentera dan ahli-ahli PAS dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, PAS berharap dapat bertanding di enam hingga 10 kerusi pada PRN Sabah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu sudah menyerahkan senarai calonnya kepada MN dan PN untuk keputusan akhir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-