Wednesday, October 28, 2020

Buang parti? Pemimpin lain juga sokong Anwar secara terangan, kata Najib

projekmm.com
Rabu, 28 Okt 2020 10:50 AM MYT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak memberi cadangan kepada parti itu untuk bekerjasama dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak membidas kenyataan seorang penganalisis politik yang berpandangan dirinya perlu dibuang daripada parti itu selepas memberi cadangan mewujudkan kerjasama dengan pemimpin pembangkang.

Jelas Najib, tiada asas untuk Umno mengambil tindakan terhadapnya memandangkan setiap ahli parti berhak memberi pandangan.

Najib yang juga bekas perdana menteri berkata, cadangan yang dibuat juga bukan dilakukan secara terbuka malah ia diutarakan dalam mesyuarat tertutup parti itu.

“Mencadangkannya sebagai satu daripada tiga cadangan untuk perbincangan dalaman pun kena buang parti?

“Hendak tanya penganalis seorang ini kalau yang puji dan sokong secara umum itu, bagaimana pula?” soal Najib di media sosial, semalam.

Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain pada semalam berkata, Umno seharusnya memecat Najib kerana secara jelas menyokong pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, tidak mustahil Najib juga telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.

Terdahulu, Najib memuat naik keratan akhbar menunjukkan kenyataan beberapa pemimpin Umno yang pernah menyatakan hasrat bekerjasama dengan pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-