Tuesday, October 6, 2020

COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar

Hilmi Malik

Oktober 6, 2020 17:49 MYT

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 691 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sebanyak 691 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara dalam tempoh 24 jam, demikian diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
Menurut beliau, sebilangan besar daripada jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan hari ini merupakan penularan di Kedah sebanyak 397.

Kluster Tembok, Penjara Alor Setar mencatat angka 394 kes.
Angka kedua tertinggi dicatatkan pula, jelas Dr Noor Hisham, ialah dari Sabah iaitu sebanyak 219.

BACA: Pengesanan kes secara bersasar: Ini sebab kenapa anda jangan panik
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)

Pada Isnin, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan Malaysia mencatatkan 432 kes positif COVID-19.
Daripada jumlah itu, 429 kes adalah penularan dalam negara yang melibatkan 409 warga tempatan dan 20 rakyat asing.

BERITA LANJUT MENYUSUL
Astro Awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-