mhdaily.net
14/10/2020 3:00 PM
Tanggal 13 Oktober masih belum menjadi penamat kepada kemelut politik Malaysia. Kedua -dua belah pihak telah mengeluarkan dan menyiarkan secara umum kenyataan media bagi pihak masing-masing menjelaskan situasi sebenar mereka.
Terdapat pelbagai cerapan terhadap intipati yang telah dijelaskan dalam kedua-dua kenyataan media ini. Terdapat segelintir pihak menyatakan pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak mempersembahkan majoriti sokongan MP yang menyokongnya kepada YDPA.
Jelas dalam kenyataan media DSAI menyatakan beliau telah mempersembahkan SD sokongan MP kepadanya dan juga dokumen sahih ketua parti yang menyokongnya.
Suka diingatkan, sekiranya DSAI telah dianggap gagal, maka tiada keperluan untuk memanggil ketua parti untuk mengadap YDPA. Jelas dalam kenyataan media DSAI, beliau memberi ruang sepenuhnya kepada YDPA untuk membuat keputusan atas kebijaksanaan baginda.
Pada hemat saya, proses ini masih belum tamat sepenuhnya. DSAI sedang melalui satu proses amalan demokrasi berparlimen dibawah raja berperlembagaan dengan sangat tertib. Maka seharusnya, DSAI diberi ruang untuk melekangkapkan segala proses dengan tertib.
Mari kita imbas kembali apa yang telah berlalu ketika “Langkah Sheraton”. Langkah Sheraton berlaku pada 23 Februari namun Tan Sri Muhyiddin Yasin hanya diperkenan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac selepas beliau melalui satu proses amalan demokrasi berparlimen di bawah raja berperlembagaan.
Ketika itu satu proses telah berlaku pada peringkat awal dimana YDPA telah memanggil seorang demi seorang Ahli Parlimen untuk mengetahui sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.
Namun selepas itu YDPA telah memanggil hanya ketua-ketua parti politik untuk menghadap seri paduka baginda untuk sekali lagi membuat pengesahan sokongan mereka kepada calon perdana menteri. Setelah melalui proses yang lengkap ini barulah YDPA perkenan melantik Perdana Menteri.
Semalam Anwar hanya melalui satu proses demokrasi berparlimen dibawah raja berperlembagaan dengan menghadap Yang DiPertuan Agong. Maka seharusnya DSAI diberi ruang untuk melengkapkan segala proses ini dengan tertib dan berpaksikan sistem demokrasi berparlimen dibawah raja berperlembagaan.
Jika hari ini, terdapat sesetengah pihak mengatakan sosok tuboh bernama Anwar bin Ibrahim ini telah gagal dan kecundang dalam pertarungan politik, maka telahan anda ternyata meleset.
Hal ini kerana dalam sistem demokrasi berparlimen dibawah raja berperlembagaan, komponen utama dan asas untuk memilih sesebuah kerajaan adalah terletak kepada rakyat.
Rakyat berhak melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara melalui proses pilihanraya dimana rakyat diberi hak untuk memilih perwakilan mereka.
Paling utama yang perlu rakyat mencerap adalah, rakyat berhak membentuk kerajaan melalui majoriti perwakilan yang mereka pilih serta rakyat juga berhak untuk menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan melalui sistem pilihanraya.
Sekadar ingatan murni, jika anda kurang jelas tentang ini, sila rujuk buku teks sejarah tingkatan 5 bertajuk Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia.
Maka, sekali lagi saya ingin tegaskan, perjuangan dan hayat politik sosok tubuh Anwar bin Ibrahim ini masih lagi kekal kehadapan selagi mana beliau melalui proses demokrasi berpalimen di bawah raja berpelembagaan dengan cukup tertib.
Yakin dan percayalah, yang hak pasti akan membenamkan yang bathil.
Berita penuh : https://malaysiadateline.com/hayat-politik-anwar-belum-tamat-langkah-baru-bermula/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
By Janatul Firdaus Yaacob 25/01/2025 K UALA LUMPUR – Himpunan rakyat benci rasuah yang di Dataran Merdeka menuntut tiga tuntutan penting dar...
-
freemalaysiatoday.com Faiz Zainudin -27 Jan 2025, 11:21 AM Semalam, Anwar Ibrahim minta Pesawah tangguh perhimpunan ke tarikh lain susulan l...
-
freemalaysiatoday.com Minderjeet Kaur -29 Jan 2025, Menurut seorang ahli akademik, ‘u-turn’ kerajaan berkenaan dasar berkait tol musim pera...
-
bharian.com.my Januari 29, 2025 @ 12:49pm Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Gambar fail PETALING JAYA: Ahli M...
-
bharian.com.my Oleh Safeek Affendy Razali dan Fahmy Azril Rosli bhnews@bh.com.my - Januari 25, 2025 @ 2:58pm Peserta Himpunan Anti Rasuah ...
-
harakahdaily.com January 27, 2025 Sedangkan hak bukan-Muslim dihormati KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengecam ...
-
malaysiakini.com Shakira Buang Diterbitkan: Jan 24, 2025 4:49 PM Pemuda Amanah mengakui kekuatan PAS dan kesukaran bersaing dengan parti itu...
-
mediaprima.com.my Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@mediaprima.com.my 24.1.25 Jabatan Imigresen Malaysia (Jim) menyerbu 10 lokasi klinik doktor w...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 28, 2025 5:39 PM Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu secara sinis digesa menga...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 24, 2025 9:37 PM Laman web Dewan Filharmonik Petronas mengumumkan pembatalan acara pelawak Harith Iskande...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.