malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 12:55 pmUmno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan secara rasmi Muafakat Nasional dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Perkara itu diumumkan oleh setiausaha agung kedua-dua parti - Annuar Musa (Umno) dan Takiyuddin Hassan - dalam kenyataan media bersama sebentar tadi.
Kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRUI5 yang akan datang,” kata mereka.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan itu, Annuar dan Takiyuddin bagaimanapun tidak memperincikan maklumat lanjut berkaitan langkah itu.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak jelas berkaitan status Bersatu dalam gabungan itu dan sama ada penyertaannya telah dimuktamadkan.
Ogos lalu, Bersatu bersetuju menyertai MN setelah diundang oleh gabungan itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Umno, PAS dan Bersatu berkaitan perkembangan terbaru ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.