Monday, November 16, 2020

Jangkitan baru Covid-19 kekal 4 angka dengan 1,103 kes, Kuala Lumpur paling tinggi

Faiz Zainudin
freemalaysiatoday.com
-November 16, 2020 6:27 PM


PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 masih 4 angka, iaitu sebanyak 1,103 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, dengan Kuala Lumpur melaporkan jumlah tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kuala Lumpur melaporkan 392 kes, dengan 385 kes daripada Kluster Tapak Bina Damanlela.

Angka di ibu negara sebahagian daripada 544 yang dilaporkan di negeri dan wilayah di Lembah Klang.

Sementara itu, Sabah melaporkan 288 kes, dengan 55 kes daripada kluster-kluster.

“Penurunan kes positif Covid-19 di Sabah menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang dijalankan secara agresif sejak berlaku peningkatan kes di sana,” kata Hisham pada sidang media hari ini.

Selangor pula melaporkan 150 kes, dengan 99 kes daripada kluster-kluster.

Negeri lain yang melaporkan kes positif adalah:-
 Perak (116 kes)
 Negeri Sembilan (90 kes),
 Pulau Pinang (26 kes),
 Kedah (10 kes), 
Labuan dan Johor (8 kes),
 Kelantan (7 kes), 
Terengganu (4 kes), 
dan Sarawak dan Putrajaya (1 kes).

Ketika ini, sebanyak 12,601 mangsa sedang dirawat di hospital, dengan 102 kes positif di unit rawatan rapi (ICU) dan 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Empat kematian dilaporkan hari ini. Semua kematian dilaporkan di Sabah.

Sementara itu, 821 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-