Saturday, November 7, 2020

Mahu kami sokong belanjawan? bincang dulu, kata Guan Eng

FMT Reporters
-November 7, 2020 4:29 PM
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng kecewa kerana tidak semua 6 cadangan dikemukakan dalam Belanjawan 2021 kepada kementerian kewangan minggu lalu diterima. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Lim Guan Eng mendesak kerajaan mengadakan lebih banyak perbincangan dengan pembangkang jika mahu “Belanjawan Perpaduan” diluluskan.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, belanjawan dibentangkan semalam tidak memenuhi 6 cadangan utama yang diusulkan Pakatan Harapan (PH) kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika rundingan minggu lalu, sebaliknya memberikan “unjuran tidak realistik, separuh langkah kewangan dan pemberian politik”.

“Jika kerajaan serius untuk meluluskan ‘Belanjawan Perpaduan’, perbincangan lebih lanjut perlu diadakan dengan pembangkang dan penyokong kerajaan mengenai cadangan alternatif dan pindaan Belanjawan 2021 dari sekarang hingga 25 November, apabila undi di peringkat dasar akan berlangsung di Parlimen,” katanya.

Terdahulu Lim berkata, tidak akan ada “Belanjawan Perpaduan” jika salah 1 daripada 6 langkah utama dicadangkan PH ditolak.

Walaupun beliau menyatakan beberapa langkah dalam belanjawan- seperti perolehan tambahan untuk memerangi Covid-19, peningkatan pelaburan dalam perkhidmatan jalur lebar dan internet ke sekolah, dan bantuan kewangan tambahan kepada PKS di Sabah – bertepatan dengan 6 cadangan PH, Lim berkata beberapa cadangan utama tidak dimasukkan, terutama lanjutan moratorium pinjaman bank, yang berakhir pada September.

Lim turut mengatakan DAP menentang “pemotongan mengejut dan kejam” dalam belanjawan Kementerian Kesihatan – merangkumi pengurangan sebanyak 74% untuk farmasi dan bekalan.

Beliau juga meminta kerajaan meningkatkan pembayaran tunai langsung kepada keluarga dan individu kategori B40 dan M40 serta lanjutan Program Subsidi Upah.

Selain itu Lim turut mendesak kerajaan segera menarik balik peruntukan RM85.5 juta diberikan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) jika benar-benar ikhlas dalam “Belanjawan Perpaduan”.

2 comments:

  1. Sudahlah LGE .....bajet hang dulu penuh penipuan.....macam2, negara nak muflis laa! Bagi RM30 !dll.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-