Saturday, November 7, 2020

Covid-19 kekal 4 angka, 1,168 kes hari ini

Faiz Zainudin
-November 7, 2020 6:20 PM


PUTRAJAYA: Jangkitan Covid-19 kekal 4 angka dengan mencatatkan 1,168 kes dan 3 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua jangkitan hari ini melibatkan penularan tempatan dan tiada kes import.

Sebanyak 1029 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Katanya, Sabah mencatatkan 616 kes daripada keseluruhan jangkitan hari ini diikuti Selangor 247 kes.

“Sebanyak 229 kes (19.6%) dilaporkan berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

“Ini melibatkan kluster PTS Tawau 121 kes, kluster Penjara Sandakan (91), kluster Penjara Kepayan (8), kluster Tembok (6), dan kluster Penjara Seberang Perai (3),” katanya pada sidang media hari ini.

Hisham berkata, negeri lain mencatatkan jangkitan baru ialah:-
1. Labuan 104 kes,
2. Negeri Sembilan (68),
3. Perak (37),
4. Kuala Lumpur (28),
5. Sarawak (25),
6. Pulau Pinang (18),
7. Kedah (15),
8. Johor (5),
9. Terengganu (3) 
10. Melaka (2).

Empat negeri tidak mempunyai kes baharu iaitu Kelantan, Pahang, Perlis dan Putrajaya.

Katanya, 5 negeri yang masih bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) menyumbang 995 kes atau 85.2% daripada keseluruhan kes hari ini.

Sebanyak 3 kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan 282 kes.

Sehingga kini, seramai 11,666 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 87 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-