Friday, November 6, 2020

Anwar: Belanjawan tidak mampu pulihkan ekonomi, bela yang miskin

FMT Reporters
-November 6, 2020 8:25 PM
Anwar persoalkan kejujuran kerajaan memulihkan ekonomi

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyelar kerajaan kerana gagal membentangkan belanjawan yang mampu membela golongan miskin atau berupaya memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata usul menghulur bayaran sekali beri RM500 kepada golongan tertentu bukan ubat untuk penderitaan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Belanjawan 2021 juga ketandusan strategi untuk membela mereka yang kehilangan pekerjaan serta gagal menangani masalah pengangguran yang ketara, kata beliau yang juga bekas menteri kewangan.

“Bayaran sekali RM500 bukan jawapan… kami juga telah menuntut moratorium pembayaran balik pinjaman bank keseluruhan tetapi menteri kewangan lebih mengutamakan kepentingan bank dan bukannya peminjam mahu pun ekonomi negara,” kata Anwar.

Anwar berkata beberapa unjuran dalam Belanjawan 2021 membimbangkan, termasuk pendapatan kerajaan menerusi cukai pendapatan dan cukai korporat dijangka berkurangan hanya sebanyak RM4 bilion berbanding 2019.

“Amat sukar menerima unjuran sebegini sebab begitu banyak perniagaan kini hampir bankrap atau menanggung kerugiaan. Hanya segelintir syarikat seperti Top Glove yang meraih keuntungan,” kata beliau.

Anwar juga menuntut penjelasan kenapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia diperuntukan RM80 juta manakala golongan miskin dan orang kurang upaya diberikan jumlah jauh lebih kecil.

Beliau menegaskan keperluan Putrajay lebih telus dan memberikan butiran terperinci mengenai usul-usul belanjawan yang dibentangkan hari ini.

Pembangkang, katanya, akan membangkitkan isu-isu berkenaan apabila Belanjawan 2021 dibahaskan mulai Isnin depan.

1 comment:

  1. pandangan seorang rakyat antara dulu( menjadi mimpi ngeri) dan yang diharapkan(sekarang)
    sama2lah kita renongkan dijadi iktibar, lebih2 lagi mp2 parlimen:


    AnonymousAnonymous said...(Komen dalam blog ini)
    22 bulan bajet vs bajet 8 bulan

    Bajet 2020 bajet kerajaan Melayu Islam. Rakyat tahu dan merasai bagaimana pemerintahan PH selama 22 bulan.

    Sebab Itu sebab takde seorang pun yang berguling guling, terjerit jerit di jalan raya memberontak akan kejatuhan kerajaan PH.

    Hari ini, kepada MP Melayu/Islam mempunyai ruang seluas membuktikan kerajaan PH dahulu adalah kerajaan tunggangngan DAP.

    Kerajaan PH sebagai kerajaan yang rasis, membelakang kan Perlembagaan dan tidak peka kepada sosio budaya dan adat resam negara.


    Dulu, selama 22 bulan kerajaan PH mentadbir kerajaan macam macam rakyat dapat.

    1. Hantar Tun Daim ke China dengan segera untuk ubah isi kandungan ECRL dari taraf First Class jadi taraf 3rd Class yang walaupun harga diturunkan tetapi tidak setimpal dengan yang sebelumnya.

    2. Malah ada kroni sudah patut didakwa melakukan insiders trading sebab membeli awal saham berkaitan ECRL. Tun, Daim dan kroni dalam Council of Eminent Persons (CEP) berebut habuan.

    3. Rencana blueprint kilang kereta nasional ke-3 sama seperti Proton awal-awal dengan penguasaan syarikat kroni kerana Proton tidak lagi dikawal oleh kerajaan.

    4. Rencana kroni ambil alih PLUS dengan tawaran berbillion (kroni sama seperti Perwaja yang akhirnya dapat bailout daripada Kerajaan) tetapi tidak dipersetujui oleh Kementerian Kewangan (DAP) sebab mereka juga mahu kuasai pulangan.

    5. Kontrak Opcom - Hari ke 5 dilantik jadi PM Boboi dapat ratus juta kontrak Opcom

    6. Tender berbilion fiberoptic pada OPCOM dan stimulus package.

    7. Rancang airport baru

    8. Projek Bandar Malaysia diberi kepada pemaju kroni.

    9. Jarah wang Petronas 82 Biliion.

    10. Hutang baru 120 bilion dalam masa 22 bulan
    10 GST tukar kepada SST dengan negara menerima kurang pendapatan dan peniaga mudah untuk lari dari membayar cukai.

    11. Runding 101 projek direct-nego dan tukar penerima dan syarikat kepada kroni kerana mereka daripada zaman BN

    12. Harta Tabung Haji dilelong murah.

    13. Kedai Roti dibailout.

    14. Sebagai ganjaran bailout kedai roti the loft, Taikun Cina ini dapat projek Bandar Malaysia ratus juta. Hebattt..!!



    Untuk Rakyat:

    1. Jangan iri hati kepada org kaya.

    2. Jangan asyik minta bantuan kerajaan. Rakyat kena Ikat perut.

    3. Setiap hari zikir wajib 'salahkan Dato' Sri Najib dan UMNO'.

    4. 7 juta penerima BR1M ditukar kepada BSH dengan hanya 4 juta penerima dan pemberian dikurangkan.

    5. Pembuangan kerja 40,000 kakitangan awam dan kontrak

    6. MoF Lim Guan Eng umum beri duit percuma utk berbelanja RM30.00 sahaja

    7. Janji harga minyak turun RM1.50 dicapati. "Hari pertama ke Putra Jaya esok serta merta harga minyak turunnn.." Saya ulanggg...!

    samalah kita renong, kepada mp2 parlimen janganlah tipu rakyat lagi, tanya anuar apa dia buat selama 22 bulan semasa ph memerentah, entah2 bajet ph dia tak tahu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-