Monday, November 9, 2020

Mengapa barisan hadapan hanya RM50 juta, Jasa pula dapat lebih RM85 juta?

Oleh MOHD ALI HASHIM
malaysiadateline.com
November 9, 2020 6:28 pm



Hanya RM50 juta sahaja diperuntukkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi 100,000 barisan hadapan dan petugas kesihatan yang bertarung nyawa dalam belanjawan 2021.

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad berkata, jumlah itu jauh kurang berbanding peruntukan berjumlah RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Katanya, PN jelas tidak prihatin dengan elaun khas dalam bentuk ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada barisan hadapan.

Beliau berpendapat peningkatan mendadak yang begitu ketara kepada Jasa merupakan pembaziran dan tidak menguntungkan rakyat kecuali puak politikus PN khususnya Umno.

“Jasa telah pun dibubarkan oleh kerajaan PH kerana ia menjadi badan propaganda untuk parti dan pemimpin parti dan bukannya untuk kerajaan dan negara.

“Dengan adanya usaha menghidupkan semula Jasa, maka ia kini menjadi mata, telinga milik Bersatu serta alat propaganda parti dalam persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Sukar diyakini bagaimana pertambahan peruntukan dalam Belanjawan 2021 ini dapat membantu rakyat yang terkesan.

“Peruntukan yang banyak kepada Jasa juga tidak membantu rakyat setelah Perintah Kawalan Pergerakan pula dilanjutkan, ” tambah Dr Roslan lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-