NOVEMBER 17, 2020
GERIK – UMNO Perak bersedia sekiranya diadakan Pilihanraya Kecil (PRK) di Parlimen Gerik susulan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman akibat serangan jantung semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata malah parti itu sentiasa bersedia menghadapi sebarang pilihanraya sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan yang menetapkan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujud kekosongan sesuatu Parlimen.
“Saya tiada pilihan malah saya sudah memanggil Setiausaha Bahagian Gerik, Ahmad Shukri Ismail dan saya dilaporkan kita memang bersiap sedia dari dahulu.
“Dimaklumkan kepada saya pada mesyuarat di bahagian pada perjumpaan terakhir baru-baru ini semua sudah bersiap-sedia menghadapi pilihanraya.
“Malah sekiranya Allahyarham masih ada, kita sudah merancang untuk mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan kepada Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi.
“Sampai ke tahap itu UMNO Gerik bersiap-siaga dalam menghadapai Pilihanraya Umum (PRU). Jadi saya raya tiada masalah sekiranya diumumkan PRK,” katanya ketika ditemui pada pengkebumian Allahyarham di sini, hari ini.
Untuk rekod, Pada PRU-14 lalu, Allahyarham memperoleh 13,243 undi menewaskan pencabarnya, Mohd Dahalan Ismail dari PAS dan Ibrahim Mohd Hanafiah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Dalam pada itu Saarani berkata beliau reda dengan pemergian dua pemimpin yang juga wakil rakyat UMNO pada tahun ini, selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada Julai lalu.
Katanya ia adalah ketentuan Allah SWT yang harus diredai selain menyifatkannya sebagai satu cabaran yang mempunyai hikmah disebaliknya.
Pada masa sama, beliau berkata pemergian Hasbullah pasti dirinduinya kerana mengenali Allahyarham sejak muda dan aktif bersama-sama dalam Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sekitar tahun 1980’an.
Ujarnya lagi hubungan beliau bersama arwah dalam politik turut akrab sehingga Hasbullah dilantik timbalannya dalam Badan Perhubungan UMNO Perak.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali yang ditemui turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang rajin bekerja dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
“Arwah seorang yang kuat bekerja. Cuma beliau terlampau menjaga orang, sehingga kurang menjaga kesihatan diri sendiri,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Hariz Mohd Diterbitkan: Oct 9, 2024 12:24 PM SPRM sedang mempertimbangkan untuk memanggil bekas Menteri Pendidikan Mahdzir ...
-
harakahdaily.net October 7, 2024 Ahmad Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini memohon maaf kepad...
-
malaysiakini.com Mohamad Izwan Zainal Diterbitkan: Oct 7, 2024 Dengan keadaan dan cabaran semasa Malaysia hari ini. Kelompok Bumiputera jela...
-
freemalaysiatoday.com Mikha Chan 07 Oct 2024, 11:32 PM Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan lepas Zahid Hamidi daripada tuduhan ...
-
kosmo Online Oleh MOHD YUNUS YAKKUB 5 Oktober 2024, 8:43 am SEBANYAK 1,037 aduan melibatkan bekalan minyak masak peket diterima KPDN sepanja...
-
freemalaysiatoday.com Bernama 06 Oct 2024 Mohd Na’im Mokhtar sokong ketegasan siasat larian didakwa disertai pelancong asing berpakaian kura...
-
mediaislam.net MI October 10, 2024 Di setiap negara, kewujudan jurang ekonomi antara rakyat adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan....
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 10, 2024 Pembangkang mempersoal sambutan meriah dan “luar biasa” terhadap rombongan pelatih tentera Chin...
-
bharian.com.my Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 7, 2024 @ 9:55am bhnews@bh.com.my Alas kaki yang dijual di Pasar Lebuh Cecil, Georgetown ad...
-
bharian.com.my Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my Oktober 11, 2024 Pesawah melakukan proses menuai padi di Kampung Lubuk Kawah....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.