mykmu.net
December 19, 2020
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail percaya bahawa presiden parti itu, Anwar Ibrahim masih mampu mendapatkan jumlah yang diperlukan bagi membentuk kerajaan baru.
Dia berkata perkara itu boleh dilakukan sama ada melalui Akuan Berkanun (SD) atau melalui Dewan Rakyat.
Bercakap kepada Sinar Harian, Saifuddin berkata Anwar sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu kepada kepimpinan tertinggi PH.
“Saya tidak bersedia berkongsi jumlahnya (SD). Saya tahu siapa yang kita jumpa, berapa yang kita dapat dan sebagainya.
“Mengenali cara Anwar menjalankan tanggungjawab, beliau sentiasa memaklumkan progres terhadap usaha beliau kepada pimpinan utama PH,” katanya.
Sementara itu, Saifuddin memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat akan berlanjutan apabila dewan bersidang semula pada Mac.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Umno Ketereh, Annuar Musa mendakwa terdapat usaha berterusan dari dalam parti itu untuk menyokong Anwar.
Bekas perdana menteri Najib Razak juga melobi BN agar menyokong presiden PKR itu pada Okt lalu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini meminta pembangkang supaya tidak membazirkan tenaga dan membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan yang disifatkan mereka sebagai ‘oportunis’.
Ini selepas tiada ahli parlimen kerajaan yang mengundi untuk menolak Belanjawan 2021 baru-baru ini.
Mengulas perkara itu, Saifuddin berkata presiden PKR telah diberi mandat untuk mendapatkan jumlah sokongan bagi membentuk kerajaan dan tidak seharusnya dipersalahkan.
“Ini menepis dakwaan atau tohmahan yang timbul bahawa ini adalah keputusan dan agenda peribadi Anwar. Saya menafikan sekeras-kerasnya ini usaha peribadi Anwar.
“PH telah calonkan Anwar (sebagai ketua pembangkang) untuk ambil semula mandat (kerajaan). Bukan dosa untuk seorang yang telah dicalonkan berusaha,” katanya kepada Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 19, 2024 Ahli Parlimen PKR Hassan Karim menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 oleh Perda...
-
bharian.com.my Oktober 22, 2024 @ 8:34am MALAM sebelum Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan, beliau diliha...
-
kosmo online.com Oleh AZMI NORDIN 18 Oktober 2024, 12:48 pm Azam pada sidang akhbar di Menara Perkeso, Kuala Lumpur, hari ini. KUALA LUMPUR ...
-
harakahdaily.net October 17, 2024 Ahmad Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: Bajet 2025 dijangka akan menjadi bajet yang paling besar di dalam sejara...
-
kosmo.com.my Oleh KOSMO! 19 Oktober 2024 Anwar tiba di Jakarta petang tadi bagi menghadiri Upacara Pelantikan Presiden dan Wapres Republik I...
-
harakahdaily.net October 20, 2024 Tuan Guru Abdul Hadi Awang “BAGAIMANA dengan perkembangan Hamas sekarang Ayah Chik, mengapa Yahya Sinwar, ...
-
bharian.com.my Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my - Oktober 21, 2024 JOHOR BAHRU: Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan ta...
-
bharian.com.my Oleh Alzahrin Alias zahrin@mediaprima.com.my Oktober 21, 2024 @ 11:43am Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli - NSTP/ASWADI ALIAS. K...
-
bharian.com.my Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my - Oktober 19, 2024 @ 8:01am Anwar membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan R...
-
harakahdaily.net October 24, 2024 Mohd Misbahul Munir Masduki KUALA LUMPUR: Kebimbangan rakyat berkenaan isu beras tempatan yang didakwa hil...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.