Saturday, December 5, 2020

Selepas 3 pimpinan PH, pengerusi Umno Perak menghadap Sultan Nazrin

Shaq Ismail
-December 5, 2020 12:30 PM
Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pagi ini selepas 3 pemimpin PH negeri diterima menghadap.

IPOH: Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selepas tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri selesai menghadap jam 11.35 pagi tadi.

Ketiga-tiga pemimpin PH negeri yang menghadap Sultan Perak jam 11 pagi tadi adalah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Ketiga-tiga kenderaan yang membawa mereka kemudian dilihat keluar, sementara kenderaan membawa Saarani dilihat memasuki Istana Kinta jam 11.40 pagi dan keluar dari pekarangan istana kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan kepada pemberita yang menghampiri kenderaannya.

Sebelum ini difahamkan hanya pemimpin PH negeri dijadualkan menghadap selepas permohonan mereka diperkenankan.

Semalam, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumummenghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum situasi terkini kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak berikutan keputusan usul undi percaya terhadap beliau yang diputuskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Turut menghadap Sultan Nazrin semalam ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-