Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, January 15, 2021

3,211 kes baru Covid-19, 8 kematian

FMT Reporters
-January 15, 2021 6:36 PM


PETALING JAYA: Covid-19 mencatatkan 3,211 kes baru dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 3,206 kes adalah penularan tempatan manakala bakinya jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi dengan 889 kes diikuti Johor (535), Sabah (514), Kuala Lumpur (401) dan Pulau Pinang (194).

“Bagi kes penularan dalam negara, 2,045 kes adalah warganegara dan 1,161 kes bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan.

Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 151,066 kes.

Ketika ini, seramai 35,253 sedang dirawat, dengan 204 di unit rawatan rapi (ICU) dan 87 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, 1,939 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 115,227.

“Dimaklumkan terdapat pertambahan 8 kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 586.

“Lapan kematian membabitkan tujuh warganegara manakala satu lagi bukan warganegara,” kata Hisham.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-