sarawakvoice.com
- @news
-January 30, 2021
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno /Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengelat dan berpegang teguh kepada keluhuran demokrasi.
“Sebab itu kerajaan BN dulu tidak sekat pendaftaran PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). UMNO/BN parti ‘gentleman’.
“Yang tak demokrasi dan tak ‘gentleman’ adalah mereka yang cuba membatalkan pendaftaran Umno.
“Kita bersama-sama tetap mempertahankan parti keramat bangsa ini demi agama dan negara tercinta,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebooknya.
Merujuk kepada keratan akhbar yang bertajuk “RoS tolak pendaftaran parti Pejuang’, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN membidas parti tersebut yang pada awalnya marah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) kerana belum meluluskan pendaftaran parti mereka.
“Kemudian boleh kata pula terlalu banyak parti politik di Malaysia tak bagus untuk demokrasi.
“Realitinya, parti-parti baharu dari serpihan Umno ditubuhkan oleh orang yang sama dan kuncu-kuncu dari DNA UMNO.
“Semuanya untuk mencapai kepentingan peribadi,” selarnya lagi.
Tambahnya, ini berbeza dengan Umno yang tetap kekal dulu, kini dan selamanya parti keramat bangsa dan agama.
“Bersama parti komponen BN kita membentuk gagasan Malaysia sejahtera,” katanya.
Sebagai rekod, Pejuang atau nama penuhnya Parti Pejuang Tanah Air ditubuhkan pada Ogos tahun lalu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan pengasas PPBM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
(Khasiat Buah Belimbing Manis serta Bahaya Belimbing Manis) – Belimbing Manis (Averrhoa Carambola L.) atau dalam bahasa Inggris disebut s...
-
Sebener nye Wak bukan nye tak suke Pakatan Rakyat berdemo ni. Kan kite pun nak juge tunjukan perasaan tidak puas hati tentang perkare2 y...
-
Carta kedudukan penyokong PAS yang sebenar Orang melayu yang masih setia menyokong UMNO jangan panik melihat PR memenangi hampir kesemua PRK...
-
Bagan Pinang adalah kubu kuat BN/UMNO. Penduduk kaum melayu/Islam tetap berpegang kuat untuk mempertahankan kuasa politik melayu/Islam. P...
-
Wak tak heran kalu Datuk Zahid ni mahu bertindak sebegitu keras terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memang nye sudah menjadi resam dunie, a...
-
FMT Reporters October 1 6, 2017 Pegawai Jakim itu menghantar mesej 'perjuangan' di samping diangkat sebagai pejuang kebenaran oleh ...
-
Senior Editor “Pakar sejarah negara, mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata, apabila bercakap soal Pendidikan Cina. Kata Khoo, British ha...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.