Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Wednesday, January 27, 2021

Bung pula kecam desakan peletakan jawatan Zahid

freemalaysiatoday.com
Durie Rainer Fong
-January 27, 2021 8:55 AM

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata mereka yang menantikan jawatan Ahmad Zahid Hamidi itu perlu menunggu pilihan raya parti.

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengecam mereka yang menggesa peletakan jawatan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai ahli yang tidak menghormati perlembagaan parti.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata ahli parti tidak berhak memberitahu presiden yang dilantik secara perlembagaan untuk meletak jawatan.

“Saya menyokong perlembagaan dan peraturan di dalamnya,” katanya. “Tidak masuk akal untuk meminta beliau undur.”

Katanya, mana-mana ahli yang menantikan jawatan Zahid itu perlu menunggu pilihan raya parti untuk merebutnya.

Rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan Zahid dilihat semakin memuncak dalam kalangan pemimpin akar umbi, dengan seorang ketua bahagian parti itu mendakwa kelemahan beliau (Zahid) sebagai presiden yang menyebabkan “kekecohan” dalam parti.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan semalam mengeluarkan kenyataan yang menyeru kepada kesatuan parti.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tidak mencerminkan nilai dan budaya Umno, malah bertentangan dari segi adab dan susila dan berkata ahli mesti tidak terkurang hormat kepada institusi presiden.

Mohamad berkata, tindakan mendesak Ahmad Zahid mengundurkan diri secara terbuka dan lantang tidak mencerminkan nilai dan budaya Umno, malah bertentangan dari segi adab dan susila ahli parti sebagai orang Islam dan bangsa Melayu.

“Mana-mana ahli dan pemimpin parti boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana Umno sememangnya parti yang menjunjung nilai demokrasi, tetapi janganlah sampai membawa kepada sengketa yang akhirnya memecahbelahkan parti,” katanya.

“Sedikit bibit perpecahan yang timbul dalam kalangan ahli parti akan memberi peluang kepada lawan untuk meretakkan Umno.”

Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain juga menyokong Zahid, dengan berkata kualiti dirinya sebagai “pemimpin transformasi” yang membolehkan beliau memperkasakan sayap pemuda dan wanita parti itu.

Beliau turut memuji Zahid kerana bersetuju membenarkan Umno Sabah membuat rancangannya sendiri.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-