Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, January 26, 2021

Melayu ‘dirasuk syaitan’ sampai leka jadi pengundi, kaum lain rampas kuasa politik, kata Hadi

FMT Reporters
-January 26, 2021 7:30 PM

Presiden PAS Abdul Hadi Awang kaum Melayu masih leka terhadap keperluan menegakkan kepimpinan politik Islam kerana dipengaruhi dakyah penjajah.

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi, sekali gus membuka laluan kepada bukan Melayu “merampas kuasa politik”.

Hadi berkata, kaum Melayu masih leka terhadap keperluan menegakkan kepimpinan politik Islam kerana dipengaruhi dakyah penjajah.

“Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu,” katanya.

Beliau berkata, fenomena itu berlaku “dalam keadaan bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik”.

Hadi tidak mengupas lanjut politik semasa negara namun mengimbau keagungan politik Islam yang memimpin dunia beberapa abad, termasuk memerintah negara besar dan majmuk.

Namun, kata Hadi, kejatuhan umat Islam menyusul adalah kerana “kelekaan mereka yang meninggalkan ajaran Islam, sehingga menyebabkan mereka menjadi lemah dan dijajah”.

Katanya, dalam kalangan umat Islam mengalami “penyakit jahil” terhadap agama sendiri akibat dipengaruhi dakyah penjajah, sehingga menyalahfaham ajaran agama sendiri.

“Mereka hilang jati diri keIslaman, walaupun masih cinta dan yakin kepada Islam,” kata beliau.

Hadi berkata, Barat sentiasa cuba mengekang usaha ulama menegakkan kembali khilafah atau politik.

“Mereka (penjajah) meletakkan Islam dalam bakul bersama jenama lain dan beranggapan bahawa politik itu semuanya kotor. Tindakan ini penting bagi menyenangkan mereka untuk berpolitik tanpa tentangan daripada umat Islam,” katanya.

Pada hari ini, Hadi berkata “pengaruh bisikan syaitan” masih membelenggu umat Islam, khususnya generasi muda yang sepatutnya mewarisi perjuangan menegakkan Islam.

“Kita menyaksikan kebencian terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia, termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang mereka.

2 comments:

  1. Habis, PRESIDEN PAS ni nak suruh Parti PRIBUMI, UMNO - bersatu dgn. Parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU Diktator yg. PENIPU, TAMAK, BONGKAK, RAKUS, FASIS, RASIS - apahal?!!

    Apakah YAB DS Tuan Hj. Hadi nak UMNO juga jadi KULI2 BUTA, BISU & PEKAK mcm. PAS - demi kuasa POLITIK PENIPU rejim PN yg. diKUASAI oleh DIKTATOR2 Muhyiddin/BERSATU liberal?!

    Lihat bagaimana RAKYAT kita diLAYAN oleh rejim DIKTATOR Bersatu LIBERAL ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/22/beberapa-orang-wanita-di-angkut-naik-lori-pdrm-kerana-memakai-mask-di-dagu/

    ReplyDelete
  2. Demi ISLAM/UMATnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya demi KEBENARAN & KEADILAN tulen berASASkan ISLAM sbg. AGAMA NEGARA - maka, DYMM SPB YDPA sbg. KETUA AGAMA ISLAM PERSEKUTUAN, RAJA2 Islam/Melayu sbg KETUA2 AGAMA ISLAM NEGERI & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita - maka DYMM SPB YDPA mesti berTANGGUNJAWAB utk. MENAMATkan DARURAT politik DIKTATOR Muhyiddin-parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU liberal, yg. telah MENIPU, MEMPERGUNA & MEMERANGKAP Islam/Umatnya, terutamanya DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2 kita - dgn. sewenangnya mengGANTUNG Undg2 Perlembagaan, Parlimen & melancarkan PKP yg. TAK berkesudahan, yg. MENYUSAHkan RAKYAT, yg. MAJORITI patuh SOP - sdgkan PENYEBAR2 UTAMA dr. INDUSTRI Pengilangan, Perladangan & Pembinaan, lansung TAK diHUKUM si MAJIKAN2 TAMAK depa, yg. TAK menyaring PEKERJA2 ASING @ PATI2 depa yg. berJUTA2!!

    Dan DYMM SPB YDPA - juga berTANGGUNGJAWAB melantik PM Baru yg. akan memPERTAHANkan ISLAM/UMATnya - setakat ini, dr. Parti PRIBUMI & KEMERDEKAAN keramat kita, UMNO - adalah yg TERBAIK kerana sering memPERJUANGkan ISLAM/UMATnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita, dr. dulu hingga sekarang, terutamanya di bawah BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN terCINTA kita, Almarhum PM YAM Tun Abd. Razak & mantan PM, YAM DS Najib terCINTA kita!!

    Lihat di -
    https://malaysiadateline.com/jangan-tiba-tiba-main-umum-perlu-sediakan-payung-sebelum-hujan/

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-