Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Wednesday, January 27, 2021

Hasutan Anwar ancam ketenteraman, keselamatan negara

Cubaan menimbulkan huru-hara dengan mencabar dan mempersoal Proklamasi Darurat dan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong
January 27, 2021


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan cubaan menimbulkan huru-hara dengan menggesa pelbagai pihak mencabar atau mempersoalkan pengisytiharan Darurat.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, sedangkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sendiri tahu bahawa tindakan Agong adalah tepat sebagaimana Rang Undang-undang (RUU) pernah dibentangnya di Parlimen pada 9 Mei 1994.

“Anwar sendiri bentang RUU itu mewajibkan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima dan bertindak mengikut nasihat bila-bila sahaja Yang di-Pertuan Agong dinasihati oleh Jemaah Menteri.

“Apa lagi bila Perkara 150 (8) (a) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa hal puas hati Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

“Ramai kawan-kawan saya di dalam bidang perundangan, termasuk sarjana-sarjana di bidang undang-undang dan mantan-mantan hakim ternama negara, juga menyatakan bahawa tindakan mencabar atau mempersoalkan Pengisytiharan Darurat merupakan satu kesalahan,” ujarnya.

Beliau melahirkan rasa terkejut membaca kenyataan media di dalam laman Facebook Anwar pada 14 Januari yang menggesa semua Ahli Parlimen mengutuskan warkah kepada Agong untuk membatalkan pengisytiharan itu.

Katanya, walaupun Anwar sendiri memadamkan kenyataan media beliau ini daripada laman Facebook beliau kemudiannya setelah ia tersebar rata ke seluruh pelosok negara, tetapi seumpama pengakuan bahawa beliau telah melakukan kesalahan.

Ini kerana persoalnya, jika Anwar tidak merasakan bahawa kenyataan media beliau yang menggesa pengutusan warkah kepada Agong untuk membatalkan pengisytiharan Darurat tidak salah, maka tiada sebab beliau memadamkannya.

Menurutnya, susulan daripada kenyataan media tersebut dapat kita lihat suara-suara semakin lantang bergema bagi menentang pengisytiharan dan bagi mendesak Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Proklamasi Darurat.

“Pihak polis dan pendakwaraya perlu memandang serius dengan menyiasat dan mengemukakan kertas pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan 13 laporan polis di seluruh negara ke atas beliau kerana menghasut serta mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

“Disebabkan besarnya impak tindakan begini ke atas ketenteraman negara, maka memang sepatutnyalah laporan polis begini dibuat dan tindakan segera diambil bagi memastikan kedaulatan undang-undang dan kemuliaan institusi Yang di-Pertuan Agong tidak tergugat,” ujarnya. 

   27/1/2021

2 comments:

  1. Kamarul ni pun dah jadi PROF. LONGKANG - oi, nak memBELA akan ISLAM/UMATnya - BUKAN dgn. menjadi KULI BUTA, BISU & PEKAK pd. KEZALIMAN & KERAKUSAN si MUSUH2 Islam/Umatnya spt. si PENIPU Melayu2 LIBERAL Bersatu ni, yg. dah berjaya MEMERANGKAP bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu - apabila membuka KEAHLIAN pd. BUKAN BUMIPUTERA, sdgkan nama parti 'PRIBUMI'!!

    Sbb. tu, disyaki Melayu2 LIBERAL Bersatu ni - sdg. BEKERJASAMA dgn. DAP PARASIT - utk. MENGHAPUSkan satu demi satu parti PRIBUMI @ ISLAM, spt. UMNO & PAS!

    Ya, PAS mmg. telah diPERANGKAP habis2an oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu ni!!

    Lihat di - http://www.ibnuhasyim.com/2021/01/bicara-negarawan-bersama-presiden-pas.html

    ReplyDelete
  2. Dan parti BERSATU Nazi, yg. BUKAN lagi Pribumi - memPERGUNAkan IDENTITI Pribumi & Islam/Umatnya, termsk. KESULTANAN Islam/Melayu KERAMAT kita - utk. mengHAPUSkan KEADILAN & KEBENARAN yg. diTUNTUT di dlm. ISLAM, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita!!

    Maka, Identiti PRIBUMI mesti diBUANG dr. parti BERSATU Nazi ni - agar identiti PRIBUMI kita TAK dijadikan KAMBING KORBAN utk. MUSUH2 ISLAM/UMATnya dlm. parti NAZI BERSATU ni - dgn. memBURUK2kan IDENTITI Pribumi kita dgn. pemerintahan DIKTATOR KUKU BESI parti NAZI Bersatu LIBERAL Penyangak ni!!

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-