Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, January 21, 2021

Pertahankan UMNO, bukan pemimpin

mindarakyat.net
Chief Editor 


MEMPERTAHANKAN parti lebih penting berbanding mempertahankan seorang pemimpin.

Oleh itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewajarnya akur dengan gesaan ahli akar umbi agar berundur secara terhormat daripada menerajui parti Melayu itu.

Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, taat setia kepada pemimpin juga perlu diletakkan tepat pada masa berbanding kesetiaan membuta tuli yang boleh merosakkan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan orang Melayu.

Justeru, katanya, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya membiarkan masa menentukan masa depan parti.

“Saya melihat kepimpinan UMNO perlu mempertimbangkan gesaan (Ahmad Zahid berundur secara terhormat) kerana suara Pemuda UMNO dan beberapa bahagian di seluruh negara juga merupakan suara akar umbi yang perlu diberi perhatian segera.

“Saya melihat dan yakin bahawa sekiranya Presiden mengambil tindakan berundur secara terhormat, ia akan menguntungkan dan memberi kelebihan kepada UMNO untuk berpotensi menang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

“Malah Ahmad Zahid akan disanjung tinggi kerana berundur ketika UMNO berkuasa dalam kerajaan. Ahli-ahli UMNO perlu ingat bahawa pemimpin datang dan pergi tetapi parti akan terus kekal, maka mempertahankan parti itu lebih utama berbanding mempertahankan pemimpin,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfiq berkata, ahli-ahli UMNO memerlukan kepimpinan yang lebih segar dan baharu kerana rakyat khususnya orang Melayu inginkan seorang pemimpin yang kuat, mampu mengawal parti, mempunyai idea yang jelas untuk masa depan orang Melayu khususnya anak muda yang semakin jauh daripada UMNO.

“UMNO tidak muflis pemimpin pelapis, malah mereka ramai pemimpin pelapis dan muda yang mampu menerajui parti pada bila-bila masa, maka presiden perlu berlapang dada degan gesaan terbaharu oleh pemuda-pemuda bahagian, negeri dan kepimpinan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menggesa Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen, beliau berkata, tindakan itu dilihat tidak menjiwai kehendak semasa ahli UMNO dan rakyat yang sedang susah.

Malah ujarnya, tidak mustahil akan wujud penentangan secara senyap oleh ahli dan kepimpinan UMNO yang tidak mahu menonjol untuk menolak tindakan Ahmad.

“Keadaan ini amat berbahaya kepada parti. Saya percaya kebanyakan ahli UMNO menolak tindakan tersebut tetapi mereka tidak memperlihatkan penolakan tersebut kerana masih menghormati pemimpin parti. Maka janganlah UMNO mengambil pendekatan menentang arus perasaan ahli UMNO dan rakyat,” katanya.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

2 comments:

  1. BODOH punya penganalisis politik & blog Minda Rakyat SAMPAH yg dah jadi pro-BERSATU liberal ni!! Tanpa Pemimpin2 yg. disayangi- PARTI pun akan JAHANAM!!

    Tgk. si PARASIT2 Melayu LIBERAL dr parti DIKTATOR Bukan lagi Pribumi, BERSATU - sewenang2nya nak HARAMkan UMNO pula!!

    Makin GILA KUASA betul si PARASIT2 Melayu LIBERAL Bersatu ni!!

    Disyaki, si PARASIT2 Bersatu ni juga akan menjadikan mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 UMNO lain - sbg. "KAMBING2 KORBAN" (SCAPEGOAT) - dgn. memPERGUNAkan SISTEM PERUNDANGAN & KEHAKIMAN yg. telah diJAHANAMkan oleh rejim PH PARASIT & diSAMBUNG legasi amat JAHAT ni oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu DIKTATOR ni - dlm. kes2 1MDB/SRC PENIPU!

    Sbb. tu skrg. si PARIAH PENIPU gopal sri ram- geng tommy thomas PENIPU tu - bukan main lagi dah jadi PENYOKONG KUAT si rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal ni, serta juga MAHKAMAH RAYUAN dah diKUASAI Hakim2 bangsa INDIA (di mana YAM DS Najib sdg. kemukakan rayuan atas hukuman penjara 12 thn. oleh HAKIM SIVIL Mahkamah TINGGI yg . TAK berintegriti & prejudis)!!

    Di - http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/pengharaman-umno-akan-lebih.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk. juga PEGUAM LONGKANG dr. UMNO-PENJILAT Melayu2 BERSATU liberal ni - yg. juga nak MENIPU psl. UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3) - yg. TAK DAK lansung sebut ttg. PARLIMEN perlu diGANTUNG - bahkan PARLIMEN perlu berSIDANG utk. BERDEBAT berdasarkan Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Sistem Semak & Imbang walau di payungi Sistem Raja Berperlembagaan - ttg. PROKLAMASI DARURAT & ORDINAN2 DARURAT!!

      Lihat di -
      https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/777841/ordinan-darurat-azalina-tolak-gesaan-umno-agar-bersetuju-sidang

      Delete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-