Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, January 19, 2021

PKP kini di seluruh negara kecuali Sarawak

Oleh ZULKIFLI MANZOR
19 Januari 2021, 6:16 pm

Gambar hiasan


PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis selama 14 hari bermula Khamis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, ia bermakna seluruh negara kini berada dibawah pelaksanaan PKP kecuali Sarawak.

“Ia hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung trend peningkatan kes positif Covid-19 di negeri terbabit,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan sedang mempertimbangkan permintaan orang ramai supaya operasi premis menjual makanan dilanjutkan kepada pukul 10 malam.

Menurut beliau, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diminta untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung permintaan tersebut.

“Sebab kesannya jika operasi kedai makan dilanjutkan, operasi-operasi (aktiviti) lain juga akan minta mereka dibenarkan sehingga pukul 10 malam,” katanya.

Ketika ini operasi premis makanan termasuk gerai dan restoran hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 8 malam dibawah pelaksanaan PKP 2.0. 

K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-