Showing posts with label Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Show all posts
Showing posts with label Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Show all posts

Tuesday, January 19, 2021

PKP kini di seluruh negara kecuali Sarawak

Oleh ZULKIFLI MANZOR
19 Januari 2021, 6:16 pm

Gambar hiasan


PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis selama 14 hari bermula Khamis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, ia bermakna seluruh negara kini berada dibawah pelaksanaan PKP kecuali Sarawak.

“Ia hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung trend peningkatan kes positif Covid-19 di negeri terbabit,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan sedang mempertimbangkan permintaan orang ramai supaya operasi premis menjual makanan dilanjutkan kepada pukul 10 malam.

Menurut beliau, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diminta untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung permintaan tersebut.

“Sebab kesannya jika operasi kedai makan dilanjutkan, operasi-operasi (aktiviti) lain juga akan minta mereka dibenarkan sehingga pukul 10 malam,” katanya.

Ketika ini operasi premis makanan termasuk gerai dan restoran hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 8 malam dibawah pelaksanaan PKP 2.0. 

– K! ONLINE

Tuesday, October 6, 2020

Parah jika PKP kedua

MyMetro
Oleh Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my

JIKA aktiviti pengeluaran ekonomi dikejutkan lagi PKP, wujud kebimbangan risiko ekonomi akan menjadi lebih parah.

PELAKSANAAN semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan langkah yang diharapkan berikutan ia akan menjejaskan ekonomi negara.

Pakar Ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, pelaksanaan PKP yang lalu menyebabkan kesan ekonomi yang besar kepada pekerja, perniagaan dan sektor ekonomi.

Katanya, pada pihak pekerja, ia menyaksikan jumlah kehilangan pekerjaan yang besar berbanding tahun sebelum ini.

"Daripada Januari hingga September 2020, sebanyak 79,984 orang kehilangan pekerjaan...jumlah dua kali ganda lebih besar berbanding 2019.

"Bagi kerajaan, sejarah tercipta akibat Covid-19 apabila tahun ini menyaksikan paling banyak pakej rangsangan ekonomi dilaksanakan bagi tempoh yang singkat.

"Pakej rangsangan Prihatin, Prihatin PKS+, Penjana dan Kita Prihatin yang semua berjumlah RM305 bilion adalah satu jumlah yang besar yang boleh memberi implikasi kepada kedudukan kewangan kerajaan," katanya kepada Bisnes Metro.

Mohd Yusof berkata, ekonomi juga sudah menunjukkan tanda positif ke arah pemulihan.

Beliau berkata, kadar pengangguran juga sudah berkurangan daripada 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.9 peratus Jun lalu dan turun lagi kepada 4.7 peratus pada Julai.

"Kadar penghunian hotel pula meningkat daripada 19 peratus pada Mei kepada 39 peratus September lalu.

"Begitu juga kekosongan pekerjaan di pasaran juga meningkat menyebabkan kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan berkurangan.

"Justeru, jika aktiviti pengeluaran ekonomi dikejutkan lagi PKP, wujud kebimbangan risiko ekonomi akan menjadi lebih parah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 8:11 AM

Sunday, July 26, 2020

PKP fasa satu jika kes Covid-19 cecah tiga angka, kata Ismail Sabri


Kerajaan tiada pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu bagi membendung penularan Covid-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 — Foto oleh Yusof Mat Isa

KOTA BHARU, 26 Julai — Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes Covid-19 kembali mencecah tiga angka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung penularan pandemik.

“Kalau sudah mencapai tiga angka kita tidak mempunyai pilihan lain dan akan memperkenalkan semula PKP dan kita akan melihat perkara ini.

“Saya memahami kalau PKP ini dikuatkuasakan semula, ia akan menyukarkan semua pihak termasuk kita yang mahu bekerja dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia bersempena Program Cakna Veteran ATM di Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengulas peningkatan kes Covid-19 di negara ini sejak kebelakangan ini.

Beliau juga berkata peningkatan semula kes jangkitan kepada dua angka berpunca daripada kealpaan masyarakat termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Esok akan ada satu mesyuarat membincangkan pelbagai perkara dan sekiranya kerajaan akan memutuskan pelbagai perkara, rakyat mestilah mematuhi SOP itu nanti,” katanya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam yang pulang bersempena Hari Raya Aidiladha supaya mematuhi SOP termasuk ketika menghadiri ibadah korban. 

 — Bernama

Friday, May 1, 2020

Balik kampung rentas negeri tak dibenarkan pada Aidilfiltri - PM


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan membuat perjalanan merentas negeri untuk balik kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri nanti.

Ini termasuklah semua perjalanan rentas negeri atas tujuan lain, kecuali untuk tujuan kerja dan pulang semula ke rumah bagi kes terkandas ekoran penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

“Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri, maaf, tidak dibenarkan,” katanya dalam perutusan khasnya hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang akan menyaksikan hampir semua sektor ekonomi akan mula dibuka Isnin ini.

Larangan itu dibuat meskipun hampir semua sektor perniagaan dan sebahagian sektor sukan akan dibenarkan beroperasi semula bermula 4 Mei ini.

Selain itu, aktiviti solat Jumaat dan segala aktiviti keagamaan berjemaah juga adalah tidak dibenarkan.

“Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,” tambahnya.

Selain itu, majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai juga dilarang diadakan.

Ini termasuklah kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan.

Kerajaan turut memutuskan bahawa semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka buat masa ini.

Wednesday, April 29, 2020

PKP fasa 4: Pemulihan tuntut komitmen kerajaan, rakyat

Keluk pandemik berjaya diratakan, peningkatan kes pulih COVID-19
29/04/2020


KUALA LUMPUR, 6 Ramadan 1441H, Rabu – Sedar tak sedar, Malaysia sudah pun memasuki fasa keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan negara kini berada dalam fasa pemulihan COVID-19.

Dengan keluk pandemik yang berjaya diratakan, serta peningkatan kes pulih COVID-19, keberkesanaan pelaksanaan tiga fasa PKP sebelum ini beransur-ansur dapat dilihat hasil tindakan proaktif dan agresif kerajaan membendung penularan pandemik itu.

Malah ia turut dapat dibuktikan dengan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengumumkan kes positif COVID-19 terendah direkodkan sejak PKP dilaksana pada 18 Mac, dengan 31 kes dilapor sehingga 12 tengah hari semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata sektor ekonomi digalakkan kembali berfungsi seperti biasa kerana negara kini memasuki fasa pemulihan, namun perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) KKM.

“Ternyata kejayaan dan pencapaian melandaikan lengkung dan mengawal penularan virus COVID-19 adalah kejayaan bersama, iaitu rakyat dan kerajaan,” kata beliau semalam.

Bagaimanapun telah berkali-kali diingatkan, perkembangan positif situasi ini sekarang bukan bermakna rakyat boleh menghela nafas lega dan terus berasa selesa dengan tidak mematuhi PKP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah mengingatkan, tiada gunanya PKP ditamatkan untuk tempoh seketika dan dikenakan semula selepas itu, jadi kerajaan mengajak rakyat bersabar dengan biar susah sekarang demi kesenangan pada masa akan datang.

Namun sebelum itu, rakyat terus dituntut memberikan komitmen jitu mematuhi PKP, kerana hukuman yang bakal menanti mereka yang ingkar, sudah pasti tidak mengira darjat.

Semalam sahaja, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Gerik, Perak kerana melanggar PKP dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.

Turut dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 semalam di Mahkamah Majistret Gerik kerana melanggar PKP dengan menghadiri jamuan yang sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria.

Dengan sedikit kelonggaran yang telah diberikan kerajaan yang menyaksikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan pulang, serta mereka yang terkandas di kampung halaman dibenarkan membuat pergerakan, rakyat pastinya mengharapkan agar lebih banyak kelonggaran akan diberikan selepas ini.

Memetik kata Dr Noor Hisham: “PKP tidak boleh menghapuskan COVID-19 sepenuhnya. Malahan masyarakat perlu bersedia menghadapi virus ini untuk tempoh yang lebih panjang.”

Perjuangan kita menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum berakhir. 

– Bernama

Saturday, April 25, 2020

Bantu kekal kecantikan Sungai Melaka, kata ketua menteri

Bernama
-April 25, 2020 8:13 AM

Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan PKP. (Gambar Bernama)

MELAKA: Ketua Menteri Sulaiman Md Ali menyeru semua pihak supaya mengekalkan kecantikan Sungai Melaka yang kelihatan bersih dengan airnya berwarna kehijauan, seperti tular dalam media sosial berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kini.

Beliau berkata, keadaan Sungai Melaka yang bersih itu menunjukkan pelaksanaan PKP mempunyai banyak hikmah untuk difikirkan dan diinsafi bahawa kerosakan serta kebinasaan yang berlaku adalah akibat kerakusan manusia.

Justeru, beliau menyeru supaya semua pihak supaya mencintai dan memelihara alam sekitar serta sungai untuk kepentingan generasi akan datang.

“Keadaan ini (Sungai Melaka bersih) berikutan pertamanya tiada aktiviti seperti sebelum penularan Covid-19 berlaku di persekitaran dan sepanjang Sungai Melaka akibat PKP; kedua di hulu Sungai Melaka juga segala aktiviti tidak rancak berlaku akibat itu.

“Ketiga segala aktiviti perjalanan bot persiaran tidak lagi beroperasi seperti biasa di sepanjang sungai itu dan keempat-empat bot persiaran menggunakan bahan bakar petrol dan sistem penyejukan enjin juga menjadi punca pencemaran kepada air sungai,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan PKP dan gambar ‘kehijauan’ sungai itu menimbulkan keterujaan dalam kalangan warganet.

Beliau berharap tahap kebersihan dan keindahan lokasi pelancongan menarik di Melaka ini dapat terus dikekalkan bukan sahaja sepanjang tempoh PKP, malah pada masa yang akan datang.

“Kita tahu sepanjang tempoh PKP ini, tiada kemasukan pelancong dari luar ke negeri Melaka, malah penduduk tempatan juga tidak boleh bebas bergerak.

“Sebab itu, saya sudah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka supaya menjadikan agenda meningkatkan tahap keindahan, kebersihan dan keceriaan kawasan pentadbiran masing-masing sebagai keutamaan,” katanya.

Beliau turut berharap negeri Melaka dan Bandaraya Melaka khususnya dapat muncul sebagai negeri atau bandar yang paling bersih di negara ini seperti yang pernah dicapai sebelum ini.

Friday, April 24, 2020

PKP latih diri bersederhana pada bulan Ramadan

Rakyat terus kekal di rumah bagi pastikan rantaian COVID-19 putus
ADMIN ISMAWEB
24/04/2020
 


KUALA LUMPUR, 1 Ramadan 1441H, Jumaat – Memasuki hari ke-38 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan hingga 12 Mei, umat Islam hari ini menjalani hari pertama ibadah puasa.

Meskipun suasana menyambut Ramadan agak berbeza tahun ini ekoran penularan wabak COVID-19 dengan kebanyakan negara di dunia turut melaksanakan PKP, namun ia tidak menghalang umat Islam untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu dalam suasana normal baharu.

Seperti hari biasa dalam tempoh PKP, peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan masih sama dan arahan untuk rakyat terus kekal berada di rumah sering diingatkan bagi memastikan rantaian COVID-19 diputuskan sepenuhnya.

Selepas pengumuman puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, pastinya umat Islam sudah bersedia menjalani ibadah selama sebulan itu walaupun terdapat kekangan seperti tiada solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan solat tarawih di masjid dan surau bagi mematuhi PKP.

Justeru, umat Islam diseru menghidupkan ibadah dan tradisi Ramadan di rumah yang antara lain dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan menyediakan juadah berbuka dan sahur bersama, menunaikan solat berjemaah serta memantapkan ilmu agama.

Ketiadaan bazar dan bufet Ramadan yang lazimnya diadakan setiap tahun juga mungkin memberi hikmah kepada masyarakat supaya mengamalkan sikap berjimat cermat serta membantu mengatasi lambakan makanan.

Selain itu, harus diingat supaya mengawal nafsu daripada membuat pesanan makanan yang berlebihan melalui perkhidmatan e-panggilan yang masih dibenarkan beroperasi, maklum sajalah bulan puasa begini memang ada sahaja makanan yang diidamkan atau membuat kita terliur.

Dalam langkah memberi kemudahan kepada rakyat mendapatkan bekalan makanan, kerajaan membenarkan operasi pasar awam dilanjutkan dari pukul 6.00 pagi hingga 2.00 petang ketika bulan Ramadan, berbanding 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sebelum ini sepanjang PKP.

Kenderaan awam juga dibenarkan beroperasi sejam lebih awal dari pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam, berbanding pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam sebelum ini.

Sementara itu, bilangan kes positif COVID-19 sepanjang minggu ini terus kekal dua angka namun ia tidak seharusnya menjadi ‘lampu hijau’ untuk masyarakat mengingkari PKP kerana risiko jangkitan dan hukuman penjara menanti sesiapa sahaja yang berbuat demikian.

Seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya semalam, tempoh PKP yang sepatutnya berakhir 28 April ini disambung sehingga 12 Mei.

Bagaimanapun, beliau berkata jika kes COVID-19 terus mencatat penurunan ketara, kerajaan mungkin memberi kelonggaran secara berperingkat-peringkat.

Persoalan sama ada PKP akan terus dilaksanakan sehingga mungkin fasa kelima, keenam atau seterusnya bergantung kepada disiplin masyarakat dalam mematuhi arahan PKP.

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab untuk bersama-sama menghapuskan COVID-19.

 – Bernama

Thursday, April 23, 2020

Lanjut sehingga 19 Ramadan, PKP ‘dilonggarkan sedikit’ untuk dua perkara

Oleh MALAYSIA DATELINE 
         April 23, 2020 9:39 pm

Hanya diberi sedikit kelonggaran terhadap dua perkara apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu sehingga 12 Mei bersamaan 19 Ramadan.

Kelonggaran itu hanya membabitkan kebenaran pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) di kampus untuk pulang ke rumah dan kebenaran satu kali perjalanan kepada rakyat yang terkandas di kampung atau tempat lain sebelum PKP fasa pertama dikuatkuasakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hal tersebut dalam Perutusan Khas Ramadan secara langsung menerusi RTM, sebentar tadi.

PKP fasa tiga sepatutnya berakhir pada 28 April ini selepas kali pertama dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Menurut Muhyiddin, hampir 100,000 pelajar di kampus yang sebelum ini tidak dibenarkan pulang boleh kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sedikit masa lagi.

Proses membawa pelajar itu pulang, ujarnya, giat dirancang kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan ia membabitkan jumlah yang besar.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mesti merancang pergerakan pelajar terbabit dengan teliti untuk pastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

“Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19. Kepada anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh yang tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, butiran terperinci mengenai pergerakan pulang tersebut akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

“Jadi, kepada ibu bapa sabar dulu. Beri sedikit masa kepada kementerian yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini.

“Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat,” katanya.

Keduanya, beliau berkata, kerajaan menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan untuk mereka yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing.

Jelasnya, kebenaran tersebut hanya diberi kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP yang pertama.

Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan giat mengumpul data dan mengkaji kaedah terbaik untuk mengatur pergerakan yang dijangka tentunya membabitkan jumlah yang besar.

“Seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, mereka yang terbabit boleh mendaftar secara online di aplikasi disediakan PDRM, atau membuat temu janji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

“Adalah penting untuk polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian di lebuh raya.

“Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan,” pesannya.

Muhyiddin berkata, butiran terperinci mengenai hal tersebut akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

“Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, Sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar.

“Kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi Covid-19,” tambahnya lagi.

Tuesday, April 21, 2020

Pembuangan haiwan peliharaan naik 3 kali ganda ketika PKP

Bernama
- April 21, 2020 7:36 AM

 
Persatuan Haiwan Malaysia tidak menolak kemungkinan pemilik bimbang jangkitan penyakit dan tidak mampu meneruskan pemeliharaan haiwan peliharaan kerana kehilangan sumber pendapatan ketika PKP.

KUALA LUMPUR: Pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing meningkat 3 kali ganda di sekitar Kuala Lumpur ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), menurut Persatuan Haiwan Malaysia.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata perkara itu dikesan berdasarkan maklumat terdapat kucing dan anjing baru di sesebuah kawasan yang dijaga pemberi makan haiwan jalanan.

“Misalnya, sesuatu kawasan itu selalu ada 5 ekor anjing, tetapi kelmarin jumlah itu meningkat kepada 18 hingga 20 ekor, kira-kira 3 kali ganda. Kesemua anjing yang dibuang itu berada dalam keadaan sihat dan sangat bersih,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Ditanya mengenai kelakuan anjing baru itu, Arie berkata, ia amat jinak dan tidak agresif.

Katanya, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati kebanyakan haiwan itu dibuang di kawasan perindustrian sunyi dan bukannya kawasan perumahan.

“Pemilik haiwan memilih kawasan itu bagi mengaburi mata orang awam. Mereka langsung tidak mempedulikan keselamatan dan makan minum haiwan berkenaan.”

Arie berkata, persatuannya tidak menolak kemungkinan pemilik haiwan bertindak sedemikian kerana khuatir jangkitan penyakit dan tidak mampu meneruskan pemeliharaan haiwan peliharaan kerana kehilangan sumber pendapatan ketika PKP.

“Ke manakah kasih sayang sebelum ini telah pergi? Apakah nasib anjing dan kucing peliharaan yang selama ini menganggap pemilik sebagai keluarga sendiri dan tempat berteduh selepas dibuang?”

Beliau menggesa pihak berkuasa mewajibkan pemasangan mikrocip identiti di badan haiwan kerana ia akan membantu mengesan pemilik haiwan jika mereka membuangnya.

Sementara itu, peguam Nor Zabetha Muhammad Nor, berkata pemilik yang meninggalkan mana-mana haiwan sehingga menyebabkan ia terabai, sakit, lapar dan dahaga boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(p) yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun.”

Sunday, April 19, 2020

'Wakil rakyat dibenarkan hadiri program tapi kena ikut SOP'

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan Hari ini 3:44 pm


Wakil rakyat dibenarkan menjalani program di kawasan mereka semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, wakil rakyat antara individu atau kumpulan yang dibenarkan menjalani tugas ketika PKP seperti jabatan kerajaan yang lain.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, mereka harus melaksanakan program dalam skala kecil dengan jumlah kehadiran orang awam yang sedikit.

Wakil rakyat tugas jaga kebajikan rakyat di kawasan mereka tapi tertakluk pada SOP (untuk membendung Covid-19).

“Tidak (dibenarkan) pertemuan besar, jamuan besar juga tidak dibenarkan. Keluar pun tak perlu rombongan kereta besar.

“Cukup dua org sahaja ikut rombongan mereka bagi makanan atau bantuan lain atau sebagainya,” kata Ismail Sabri pada sidang media secara langsung di Putrajaya sebentar tadi.

Sementara itu, mengulas berkenaan isu melibatkan beberapa ahli politik mengingkari arahan PKP, beliau difahamkan pihak polis sudah mengambil keterangan dan akan membuat tindakan lanjut.

Hari ini dilaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria tampil membuat permohonan maaf susulan gambar menghadiri jamuan yang melibatkan beberapa kumpulan orang awam termasuk Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.

Razman bersama kumpulan tersebut dilihat sedang makan-makan ketika tempoh PKP dilaksanakan. Gambar tersebut turut menjadi tular sejak beberapa hari lalu.

[Berita penuh menyusul]

Exco Perak mohon maaf hadir jamuan ketika PKP

Razman Zakaria berkata setiap tindakan pihaknya melihat keperluan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 amat menitikberatkan tentang Prosedur Operasi Standard. 
– Gambar Twitter, 19 April, 2020.

PENGERUSI Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku melibatkan dirinya.

“Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol membuat permohonan maaf secara terbuka itu menerusi akaun Facebook beliau.

Semalam, tular di media sosial gambar-gambar Razman dan beberapa individu bersama-sama dengan seorang timbalan menteri hadir jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 sedang dilaksanakan.

Menurut Razman, setiap tindakan pihaknya termasuk ketika turun padang melihat keperluan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 amat menitikberatkan tentang Prosedur Operasi Standard dan jika ada yang dilihat bertentangan, perkara itu akan diatasi.

“Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu petugas barisan hadapan, melihat kekurangan peralatan yang dihadapi terutama kepada petugas kesihatan.

“Sebagai contoh jika kita tidak turun padang, mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalan raya amat mendesak,” jelas Razman.

“Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih rakyat Malaysia,” katanya.

– Bernama, 
   19 April, 2020.

Saturday, April 18, 2020

'Andai kata Mahathir tangani Covid-19'

S Arulchelvan
Diterbitkan Hari ini 8:09 pm

ULASAN | Ramai pihak memuji cara Malaysia mengendalikan Covid-19. Hari ini jumlah kes yang dilaporkan adalah yang terendah sejak PKP (Perintah Kawalan pergerakan) diperkenalkan.

Semalam jumlah kes yang dilaporkan di Malaysia adalah 69. Ia memang suatu berita yang mengembirakan tetapi kita tidak boleh terlalu ghairah dengan statistik ini dan kena terus waspada dan berdisiplin dalam menangani ancaman Virus Covid ini yang telah melumpuhkan ekonomi dunia dan telah menundukkan kuasa-kuasa dunia.

Ramai pihak memberikan pujian kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah atas cara beliau menangani masalah ini.

Global TV Network (CGTN) pula telah menobatkan beliau sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia dalam peperangan melawan Covid. Beliau juga dengan penuh rendah diri (humble) telah mengatakan pujian tersebut bukan untuk dirinya tetapi adalah kepada usaha kolektif negara dalam menangani wabak Covid-19.

Sekarang saya berfikirkan andaikata – retrospeksi bayangkan Tun Mahathir diberikan pujian seumpama itu. Kemungkinan besar beliau tanpa segan akan berkata, “Mereka semua sukakan saya, saya rasa macam seperti melambung di udara.”

Saya membuat ramalan sinis ini kerana dunia hari ini menyaksikan bagaimana ahli-ahli politik dan pemimpin yang angkuh menangani isu Covid dan bagaimana ia membawa padah kepada rakyat kerana keangkuhan dan ego mereka.

Golongan pemimpin ini lebih mengutamakan bagaimana menyelamatkan ekonomi daripada menyelamatkan nyawa rakyat.

Sebelum ini Boris Johnson, perdana menteri UK menghujahkan bahawa cara terbaik menangani virus ini adalah membiarkan virus ini merebak kepada golongan majoriti rakyat manakala kerajaan melindungi satu kumpulan minoriti yang sudah berusia dan mungkin menghadapi masalah kesihatan.
Idea yang mungkin akan menyebabkan ribuan orang mati itu diambil kerana dirasakan adalah lebih baik daripada menyelamatkan ekonomi. Namun akhirnya, beliau sendiri terpaksa dimasukkan dalam ICU kerana virus ini.

Namun keangguhan perdana menteri UK ini sudah pasti tidak dapat menyiangi keangkuhan Presiden Amerika Syarikat – Donald Trump.

Trump dikatakan begitu seronok untuk memberikan update harian masalah Covid-19 padahal ramai orang amat gusar setiap kali beliau membuka mulut.

Jumlah kes di Amerika Syarikat (US) terkini telah mencecah 685,005 pada hari Jumaat dengan jumlah kematian sebanyak 35,481. Angka ini jauh melebihi 2,977 orang yang mati semasa serangan pengganas 911.

Satu kajian yang dibuat oleh AFP melaporkan hampir dua pertiga rakyat US mengatakan Trump terlalu lambat mengambil langkah menangani ancaman pandemik koronavirus.

Ini memang betul di mana apabila ancaman virus itu diutarakan kepada Trump, beliau dengan angkuh mengatakan ia bukan satu ancaman besar dan ia hanya seperti selsema.

Beliau juga pada awalnya begitu ghairah untuk membuka ekonomi US menjelang hari Easter. Namun hari ini, walaupun memang ada kelemahan besar pada kuasa dunia tersebut, tetapi Trump terus dengan angkuh menuduh orang lain seperti media, negara China, Pertubuhan Kesihatan dunia (WHO) dan parti demokratik.

Di Brazil pula, presidennya Jair Bolsonaro yang juga dikenali sebagai Trump Brazil terkenal dengan slogan, “Let’s Make Brazil Great Again” merupakan satu lagi pemimpin dunia yang angkuh yang sudi mengorbonkan rakyatnya sendiri demi untuk membuka ekonomi.

Beliau hari ini telah memecat menteri kesihatan beliau yang popular kerana berpendirian menteri itu sebagai seorang doktor tidak tahu kepentingan membuka balik ekonomi negara.
Beliau turut berkata virus ini hanya "selesema kecil" dan mengkritik gabenor negeri-negeri kerana mengarahkan sekatan pergerakan yang didukung oleh menteri kesihatan, Luiz Henrique Mandetta yang juga merupakan seorang pakar perubatan.

Wabak ini hari ini sudahpun meragut nyawa hampir 2,000 rakyat negara Brazil.

Kepercayaan kerajaan pada Noor Hisham

Sekarang kita balik kepada Malaysia. Satu sebab mengapa krisis ini kemungkinan ditangani dengan lebih baik adalah kemungkinan besar Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah diberikan kepercayaan oleh kerajaan untuk mengendalikan dan menyelaraskan krisis ini.

Jika kita melihat cara beliau membentang laporan harian dan menjawab soalan dari pihak akhbar, kita dapat merasakan ada satu sifat profesionalisme yang dipaparkan.

Kita juga tidak melihat unsur-unsur politiking, membodek mahupun mengampu parti pemerintah.

Selain itu, beliau juga langsung tidak menunjukkan bias perkauman dan melihat semua pesakit sebagai pesakit.
Sebagai seorang pakar perubatan, beliau memang memahami tugasnya dengan lebih baik. Kita juga boleh membezakan cara beliau menangani isu ini berbanding dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba iaitu seorang ahli Umno.

Jika benar kerajaan PN termasuk Perdana Menteri memberikan mandat kepada Dr Noor Hisham Abdullah tangan bebas untuk menangani krisis ini, maka ia adalah keputusan bijak dan pendirian yang baik.

Sekarang bayangkan retrospeksi, Tun Mahathir pula menerajui negara. Maka saya boleh bayangan keghairahan beliau untuk bercakap kepada media.

Orang lain mungkin tidak berani bercakap kerana takut berpendirian berbeza dengan PM yang serba tahu semua.

Mungkinkah keangkuhan Mahathir akan membawa padah?
Kita tahu bahawa semasa krisis matawang dan kemelesetan ekonomi, Mahathir dipuji sebagai menyelamatkan negara. Namun hakikat sebenarnya adalah beliau berjaya menyelamatkan kroni beliau termasuknya anaknya.

Pada masa itu, rakyat biasa, pekerja dibuang kerja sewenang-wenangnya di mana kerajaan langsung tidak memainkan peranan proaktif untuk menjaga kaum pekerja.

Cadangan kami pada masa itu untuk menangguhkan bayaran hutang bank juga langsung tidak diendahkan.

Minta rakyat ubah cara hidup

Sudah tentu, jika Tun Mahathir mengemudi negara, beliau sudah pasti akan meminta para pekerja membuat pengorbanan.

Baru-baru ini dalam satu temubual, Dr Mahathir berkata rakyat perlu menerima hakikat bahawa pendapatan mereka akan berkurangan selain risiko kehilangan pekerjaan selepas pendapatan syarikat mengalami kemerosotan.

Beliau juga meminta rakyat untuk mengubah gaya hidup dan bersedia untuk hidup dengan pendapatan yang lebih rendah.

Mendengar kenyataan ini, saya amat bergembira bahawa Tun Mahahtir tidak menjadi PM semasa kita menangani krisis virus ini.

Kita memerlukan pendekatan saintifik, profesional, kabur perkauman dan prihatin kepada rakyat berpendapatan rendah.

Trump, Jair Bolsonaro dan Mahathir; selain keangkuhan, formula mereka adalah kepentingan pemodal mengatasi kepentingan rakyat biasa.

S ARULCHELVAN seorang pemimpin pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Exco Perak langgar PKP..?



Aktivis Ridzwan Abu Bakar hari ini membuat laporan polis secara terbuka terhadap sekumpulan orang ramai yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-3 ini.

Beliau membuat laporan polis di Facebooknya ekoran melihat gambar yang dikongsi di dalam hantaran di media sosial.

“Saya Ridzwan bin Abu Bakar, no I/c 76121002** telah melihat dalam hantaran FB beberapa gambar perkumpulan ramai yang tidak mematuhi standar yang ditetapkan sempena PKP fasa ketiga ini,” tulis beliau.

Antaranya satu kumpulan ramai di Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dihadiri lebih kurang 11 orang (berdasarkan gambar) yang bukan terdiri dari staff pejabat tersebut.

Satu kumpulan di rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang dihadiri seramai lebih 20 orang (berdasarkan gambar) di mana kumpulan ramai itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri.

Dan satu jamuan makan yang dihadiri oleh lebih daripada 30 orang (berdasarkan gambar) di bangunan sebelah rumah Adun Semanggol Razman Zakaria di Lenggong Perak.

“Jamuan ini turut dihadiri oleh YB Norazmi (Timbalan Menteri Kesihatan) dan YB Shaarani (Exco Perak) selain dari YB Razman selaku tuan rumah,” ujarnya.

Beliau berpandangan, jika sekadar bermain telefon bimbit di luar rumah, berkumpul di padang bola dan bersembang di atas wakaf boleh dianggap melanggar PKP, sepatutnya berkumpul seperti ini juga wajar diambil tindakan.

Polis terima laporan VIP ingkar PKP - Ismail Sabri

Oleh Rohaniza Idris dan Farah Marshita Abdul Patah
bhnews@bh.com.my

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan dakwaan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh beberapa orang kenamaan termasuk yang ada jawatan dalam kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau difahamkan sudah ada laporan polis di buat berkaitan kumpulan VIP yang didakwa melanggar perintah berkenaan.

Beliau berkata, tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang berkaitan dengan PKP yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Katanya, orang ramai perlu terus patuhi PKP ke arah sifar kes positif COVID-19 untuk menamatkan PKP.

“Saya difahamkan sudah ada laporan polis dibuat, jadi kita serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan seterusnya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Tuesday, April 14, 2020

PKP fasa kedua tamat hari ini, sambung fasa ketiga esok


Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 April lepas berakhir hari ini dan esok bakal menyaksikan arahan itu diteruskan dengan fasa ketiga sehingga 28 April.

Sepanjang PKP berkuat kuasa, sasaran utama masih kekal sama iaitu untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Memetik kata-kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan pelanjutan PKP untuk fasa ketiga pada Jumaat lepas, beliau mengajak rakyat agar terus bersama-sama memerangi penularan COVID-19 kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini, penularan wabak itu dapat dikawal dengan izin Allah SWT.

Beberapa sektor ekonomi terpilih turut akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan akan mengambil masa lima hari bagi memproses permohonan operasi syarikat sepanjang tempoh PKP dan sekiranya permohonan itu berjaya, surat kelulusan akan dikeluarkan oleh COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 2.0 melalui pautan laman sesawang https://application.miti.gov.my.

Walaupun PKP kini telah dilaksanakan hampir sebulan sejak ia dikuat kuasa pada 18 Mac lepas, dengan tahap pematuhan rakyat setakat ini adalah 97 peratus, namun setiap hari masih ada individu yang ditahan dan dikenakan kompaun kerana kesalahan berkaitan PKP.

Dalam sidang media harian berkaitan perkembangan PKP, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ketinggalan memaklumkan jumlah individu yang dikenakan tindakan kerana ingkar PKP, selain jumlah sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan oleh Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia, terus meningkat.

Laporan media semalam menyatakan sebanyak 1,471 individu ditahan, dengan 949 dikenakan kompaun, 503 individu direman dan 19 individu dijamin polis, manakala 51 individu dituduh di mahkamah.

Setakat ini, situasi COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad semalam adalah 168 orang, melebihi jumlah kes positif baharu.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah 2,276 kes atau 47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
-Bernama

Sunday, April 12, 2020

Covid-19: Hulu Langat, Klang catat kes baharu tertinggi

AGENDABERITA UTAMANASIONAL
by Khairul Azran HussinApril 
    12, 2020 12:00 am

Pembantu perubatan memeriksa suhu badan pesakit sebelum menerima rawatan di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2020.
 Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

SHAH ALAM: Hulu Langat dan Klang masing-masing merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 sehingga 7 malam tadi, kata Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Berdasarkan data BGNS, Petaling merekodkan tujuh kes baharu diikuti Gombak (tiga), Sepang dan Kuala Langat (masing-masing dua) serta Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam (masing-masing satu).

Bagi jumlah keseluruhan kes pula Hulu Langat merekodkan 382 kes, Petaling (338), Klang (163), Gombak (124), Sepang (56), Hulu Selangor (43), Kuala Selangor (29), Kuala Langat (26) dan Sabak Bernam (19),” katanya.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menuntut warga negeri ini patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Menerusi Twitter STFC, sebanyak enam daripada sembilan daerah di negeri ini masih dikategorikan zon merah.

Enam kawasan dikategorikan zon merah adalah Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak, Sepang dan Hulu Selangor.

Friday, April 10, 2020

Jalan alternatif sempadan Perak, Selangor ditutup

Bernama
-April 10, 2020 10:17 PM

Beberapa gambar tular di laman sosial menunjukkan polis menutup jalan menggunakan kon yang mencetuskan kebimbangan ramai.

IPOH: Jalan alternatif yang menghubungkan Tanjung Malim, Perak dengan Hulu Bernam, Selangor di Jambatan Stesen Bas Tanjung Malim ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas sejak 3 April lepas.

Ketua Polis Daerah Muallim, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penutupan jalan di sempadan Perak dan Selangor itu bagi mengehadkan dan mengawal pergerakan orang ramai selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Ia adalah jalan alternatif, namun Jalan Persekutuan Taman Universiti/Hulu Bernam bagi laluan sempadan Perak dan Selangor masih dibuka,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau mengulas mengenai beberapa gambar yang tular di laman sosial menunjukkan anggota polis mengawal penutupan jalan menggunakan kon yang mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak turut menutup 4 laluan ke pekan Teluk Intan bermula 13 April ini bertujuan mengehadkan pergerakan orang ramai susulan pelaksanaan PKP.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata laluan terlibat adalah Jalan Pintas Lembaga Hasil Dalam Negeri Hilir Perak; Jalan Jawa; Jalan Sultan Abdullah ke Jalan Padang Tembak (susur kiri) menghala ke Bazar Nanas dan Jalan Maharajalela mulai lampu isyarat persimpangan Hotel Grand Court.

Katanya beberapa laluan alternatif boleh digunakan untuk pergi dan balik ke pekan Teluk Intan antaranya Jalan Changkat Jong menghala ke Jalan Sekolah/Jalan Bandar.

Wednesday, April 8, 2020

Kompaun RM1,000 pesalah PKP bermula hari ini

Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 4:07 pm

Kompaun sebanyak RM1,000 akan mula dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pesalah PKP diberi masa dua minggu untuk menjelaskan kompaun berkenaan, jika gagal akan dihadapkan ke mahkamah.

"Bagi Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), kita telah terima prosedur operasi standard (SOP) bagaimana nak laksanakan kompaun terhadap persalah PKP.

"Ia akan digunakan terhadap mereka yang ingkar (arahan) dalam tempoh PKP dilaksana.

"Kompaun sebanyak RM1000, tiada rayuan. Kalau tak bayar bererti boleh mohon untuk dibicarakan di mahkamah," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
Acryl Sani Abdullah Sani
Bayaran kompaun hendaklah dibuat di pejabat Kementerian Kesihatan (KKM).

Acryl Sani berkata, kompaun yang dikenakan terhadap pesalah dapat mengatasi masalah kesesakan di penjara.

Pada 5 April lalu Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menggesa para hakim untuk mengambil kira isu kesesakan penjara ketika menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang ingkar PKP.

Ia selepas Jabatan Penjara meminta mahkamah tidak memenjara pelaku kesalahan itu memandangkan kesesakan di penjara menyukarkan usaha melakukan penjarakan sosial.

Justeru, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah memaklumkan kepada semua pegawai kehakiman untuk menimbang kesan akibat kesesakan penjara seperti yang dinyatakan Tengku Maimun.

"Di samping mengambil kira peruntukan hukuman berdasarkan undang-undang sedia ada, masalah berkenaan risiko penularan wabak Covid-19 yang bakal dihadapi penjara di Malaysia boleh juga diambil pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan pelanggaran PKP," kata pejabat itu dalam kenyataan.
Dengan penguatkuasaan PKP, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah untuk urusan tidak penting.

Mereka yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun pesalah juga boleh dikenakan pendakwaan lain seperti menghalang pegawai awam menjalankan tugas, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Acryl Sani, berkata kadar kompaun sama tetap dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan PKP berulang.

Dalam itu beliau berkata, kadar jenayah dalam tempoh PKP bermula 18 Mac sehingga semalam telah berlaku penurunan sebanyak 67 peratus.

Jelasnya, daripada purata 350 kes jenayah indeks sehari kini menurun kepada 116 kes jenayah indeks sehari.

Sementara itu katanya, polis juga turut mempertingkatkan lagi rondaan kawasan perumahan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP.

"(Rondaan polis ) mendapati ada individu masih lagi joging, jadi kita tahan.

"Kita arahkan semua penduduk tak ada kaitan perkhidmatan penting perlu duduk diam-diam di rumah, tak perlu bergerak tanpa sebab," katanya.

Tuesday, April 7, 2020

Pemborong beras jangka jualan lebih 50%, rakyat makan banyak ketika PKP

Jason Santos
-April 7, 2020 10:10 PM

Pengurus cawangan Faiza Sdn Bhd (wilayah tengah), Jadwa Abu Bakar (kiri) memberi taklimat kepada Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan Che Abdullah Mat Nawi dan Setiausaha Bahagian Industri Padi Dan Beras, Azman Mahmood ketika lawatan ke kilang Faiza di Subang hari ini.

PETALING JAYA: Pemborong beras Faiza Sdn Bhd menjangka peningkatan jualan sebanyak 50% bulan ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurus cawangan Faiza (wilayah tengah) Jadwa Abu Bakar berkata syarikat itu tidak dapat memenuhi permintaan.

“Saya rasa orang ramai makan lebih banyak kerana jualan pad Mac 50% lebih tinggi daripada biasa dan saya menjangkakan kenaikan jualan yang sama pada bulan ini,” katanya.

“Kami biasanya menjual 8,000 tan sebulan di seluruh Malaysia, tetapi bulan lalu, jualan kami meningkat kepada 13,500 tan,” katanya kepada media ketika lawatan delegasi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ke kilangnya di Subang hari ini.

PKP menyaksikan sekatan pergerakan dalam aktiviti awam sejak 18 Mac dengan orang awam diminta duduk di rumah sehingga 14 April untuk mengekang penularan Covid-19.

Pembelian panik berikutan kebimbangan sekatan pergerakan itu yang mengehadkan pergerakan menyaksikan rak beras dan produk ruji lain di pasar raya kosong sepanjang bulan lalu.

Jadwa berkata: “Kami sebenarnya menerima 3 kali ganda jumlah pesanan biasa tetapi kilang-kilang dan penghantaran kami tidak dapat memenuhinya. Kami juga perlu menyewa lori tambahan untuk memastikan kami membuat penghantaran tepat pada masanya.”

Anak syarikat Bernas, pengimport beras tunggal negara, Faiza mengedarkan beras dan produk berasaskan beras kepada peruncit di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan Che Abdullah Mat Nawi memberi jaminan kepada rakyat bahawa negara mempunyai bekalan beras yang mencukupi.

Che Abdullah yang mengatakan Malaysia mengimport 30% keperluan berasnya, berkata kerajaan sentiasa mengawasi rantaian bekalan beras negara – yang diimport dan pengeluaran tempatan – bagi memastikan permintaan beras bulanan negara sebanyak 200,000 tan dipenuhi.

“Kami mempunyai 400,000 hingga 500,000 tan beras di pasaran pada bila-bila masa, dan petani dan kilang kita sentiasa berusaha untuk memastikan bekalan itu diisi semula,” katanya selepas melawat kilang terbabit.

“Rakyat tidak perlu risau.”

Monday, April 6, 2020

Ulama PAS kecam pengkritik kerajaan 'menyalak'


Ulama PAS yang terkenal, Mokhtar Senik, hari ini 'membelasah' Pakatan Harapan (PH) dan penyokong gabungan itu dalam isu kelulusan kilang arak beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sekarang.

Menggunakan gelaran seperti "menyalak" dan "khadam' Mokhtar berkata penyokong PH sepatutnya mencari isu lain untuk mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, PAS kini adalah sebahagian daripada kerajaan PN hasil kerjasama parti itu dengan Umno dan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin.

Kerjasama itu dikritik banyak pihak atas alasan bercanggah dengan demokrasi dan bukan mewakili kehendak rakyat yang memberikan mandat kepada PH dalam PRU ke-14 lalu.

"Khadam-khadam PH baru nak menyalak pasal isu arak sekali gus nak belasah PAS, tiba-tiba kerajaan PN tarik balik kebenaran operasi kilang arak sepanjang PKP ini.

"Kasihan juga, sebab mereka cari makan dengan menyalak.

"Cari isu lainlah pula. Yang penting terus menyalak. Tiada menyalak tiada masyuk (pendapatan). Jangan tak menyalak tau, nanti Tony marah," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Istilah menyalak biasanya dikaitkan dengan perilaku anjing.

Miti keluar surat serta-merta

Semalam, tular sepucuk surat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada sebuah syarikat arak untuk beroperasi ketika PKP.

Dalam surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini itu, kementerian berkenaan membenarkan Heineken Malaysia Bhd beroperasi dalam PKP, susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.

Syarikat pembekal bir itu kemudian mengesahkan ketulenan surat berkenaan melalui satu kenyataan sambil menambah bahawa operasi terhad mereka itu hanya dibenarkan dengan 10 peratus pekerja semasa PKP.

Hari ini tular pula sepucuk surat lain yang dialamatkan kepada syarikat Carlsberg Malaysia.

Susulan pendedahan itu pelbagai pihak tampil membantah kebenaran tersebut sejak semalam lagi. Pemimpin Pemuda PAS kemudian turut menyatakan bantahan mereka sebelum tokoh lebih kanan mengikuti langkah tersebut.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, hari ini berkata sebarang kelulusan terhadap operasi kilang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara, sebuah badan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Kata Ismail Sabri, mesyuarat khas kabinet hari ini menarik balik kelulusan tersebut. Menurut menteri kanan terbabit, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti ) akan mengeluarkan surat pembatalan berkenaan serta-merta.
Sementara itu ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menggunakan pendekatan lebih lembut apabila menganggap keputusan kerajaan PN menarik balik kelulusan itu adalah hasil kehendak rakyat.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tegas mendesak pihak kerajaan menarik balik kebenaran operasi kilang arak sepanjang PKP," katanya di media sosial.

Menurut Nik Mohamad Abduh PAS sentiasa mendukung aspirasi rakyat yang jelas mahukan keadilan untuk semua pihak dan kesejahteraan hidup buat seluruh rakyat yang ketika mereka 'ngeri' dengan pelbagai cerita buruk mengenai kesan arak dalam hidup rakyat.

"Jika kilang-kilang makanan dan minuman yang lebih bermanfaat diarah tutup untuk tempoh sementara, maka apakah keperluan mendesak untuk kilang arak yang keperluannya jauh ketinggalan di belakang?" katanya.
Sementara itu seorang pemimpin Pemuda PAS, Nurul Islam Mohamed Yusoff, turut mengulas mengenai keputusan kerajaan hari ini.

Menciap di Twitter, Nurul Islam menganggap kabinet mendengar "suara PAS" kerana menarik balik kelulusan yang diberikan tersebut.

"Alhamdulillah suara PAS didengari oleh kabinet. Kelulusan kilang Heineken ditarik balik pagi ini," katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-