Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, January 19, 2021

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

Oleh MALAYSIA DATELINE
January 19, 2021


Serangan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan besar kemungkinan ada penaja di belakang serangan ini.

Penaja ini adalah pihak yang mahukan Umno berpecah dan seterusnya mendapat manafaat dari perpecahan itu.

Aktivis politik, Jamzuri Ardani berpendapat, ada penaja di belakang serangan ini.

“Gerakan singkir Zahid di kalangan ahli-ahli Umno semakin aktif.

“Siapa yang taja?” tanya Jamzuri dalam posting di facebook beliau yang dipercayai menimbulkan persoalan baru dalam parti tertua di negara ini itu.

Yang pasti, sejak dipecat dari jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah pemimpin Umno yang paling galak menyerang Zahid.

Turut bersama menyerang Zahid adalah Setiausaha Akhbar beliau, Tun Faisal Ismail Aziz yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya.

Baru-baru ini tersebar sebuah tulisan yang menyenaraikan “30 dalil mengapa Zahid perlu letak jawatan sebagai Presiden Umno”.

Alasan pertama yang diberikan adalah Zahid berhadapan dengan 87 kes mahkamah.

Beliau juga didakwa sebagai ‘liabliti’ kepada Umno.

Dalil yang ketiga adalah didakwa 60% ahli Umno tidak menyokong Zahid dalam pemilihan Umno dan 27 lagi alasan yang diberikan kenapa Zahid perlu meletakkan jawatan.

1 comment:

  1. Rupa2nya, selama ni, kita telah TERTIPU oleh Annuar Musa- si KULI PENJILAT TEGAR HANYIR Melayu2 Liberal BERSATU DIKTATOR!!

    Lihat Annuar amat JAHAT ni - terus cuba MEMECAHBELAHkan UMNO dr. dalam - dgn. mengHASUT kononnya UMNO nak bekerjasama dgn. DAP - kerana annuar ni punya nak memPERTAHANkan DARURAT POLITIK jijik rejim DIKTATOR Muhyiddin- BERSATU liberal/PN & ORDINAN HARAM DARURAT ni - yg. secara HARAM telah mengGANTUNG sewenang2nya, akan Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi berparlimen sbg. Sistem SEMAK& IMBANG, & Parlimen, serta MENIPU DYMM DPB YDPA kita - yg. mana ini, mmg. MELANGGAR Undg2 Perlembagaan 150 (3)!

    Lihat di -
    http://blogspot.com/2021/01/sua-umno-minta-persetujuan-mp-gesa.html?m=1

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-