Wednesday, January 20, 2021

UMNO perlu berubah, PAS mesti dominan jangan hanya jadi pak turut!

ismaweb.net
fazleensafina

Muafakat harus babitkan juga parti politik lain yang perjuangkan agenda perpaduan Melayu, Islam


BANGI, 7 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Kerjasama dua parti terbesar, UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah strategi paling ampuh bagi memastikan kepentingan Islam dan bangsa Melayu terus terpelihara.

Namun, matlamat utama persepakatan haruslah betul dan jelas demi kemaslahatan bangsa dan negara, bukan semata-mata untuk menjamin survival politik masing-masing.

Paling penting, UMNO perlu berubah dan PAS pula harus lebih dominan dan tidak hanya menjadi pak turut, demikian tegas pemerhati politik, Ir Ts Lukman Al Hakim Mohamad.


Beliau berkata, untuk UMNO kembali relevan, parti itu perlu buang para pimpinan yang mempunyai isu integriti dan menukar pimpinan yang telah berusia.

“Lantik pimpinan muda yang amanah dan berkemahiran tinggi dan UMNO mesti mengkaji semula kerjasama dengan MCA dan MIC serta jadikan Islam sebagai tonggak perjuangan

“Untuk PAS, aspirasi perjuangan menegakkan syiar dan syariat Islam yang dibawa perlu mendominasi agenda muafakat bersama UMNO.

“Ini amat penting bagi mengelakkan PAS diperkudakan bagi mencapai objektif politik UMNO,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Ir Lukman bagaimanapun menjangkakan UMNO amat sukar untuk berubah, namun jika berubah sekalipun katanya, mungkin akan memakan masa yang panjang.

“Jadi PAS haruslah berhati-hati dalam hal ini.

“Justeru, saya mencadangkan permuafakatan ini tidak dibataskan terhadap dua parti politik ini semata-mata, bahkan sepatutnya melibatkan parti politik lain yang memperjuangkan agenda perpaduan Melayu dan Islam,” katanya.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan, parti itu mahu UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional ‘bergabung’ semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ini disebabkan ketika ini tiada satu parti yang kuat dan stabil boleh memerintah dengan sendiri tanpa gabungan parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

2 comments:

  1. Artikel BANGANG!!

    Tgk. apa hak si PARASIT2 Melayu LIBERAL dr parti DIKTATOR Bukan lagi Pribumi, BERSATU - sewenang2nya nak HARAMkan UMNO pula?!

    Makin GILA KUASA betul si PARASIT2 Melayu LIBERAL Bersatu ni!!

    Disyaki, si PARASIT2 Bersatu ni juga akan menjadikan mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 UMNO lain - sbg. "KAMBING2 KORBAN" (SCAPEGOAT) - dgn. memPERGUNAkan SISTEM PERUNDANGAN & KEHAKIMAN yg. telah diJAHANAMkan oleh rejim PH PARASIT & diSAMBUNG legasi amat JAHAT ni oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu DIKTATOR ni - dlm. kes2 1MDB/SRC PENIPU!

    Sbb. tu skrg. si PARIAH PENIPU gopal sri ram- geng tommy thomas PENIPU tu - bukan main lagi dah jadi PENYOKONG KUAT si rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal ni, serta juga MAHKAMAH RAYUAN dah diKUASAI Hakim2 bangsa INDIA (di mana YAM DS Najib sdg. kemukakan rayuan atas hukuman penjara 12 thn. oleh HAKIM SIVIL Mahkamah TINGGI yg . TAK berintegriti & prejudis)!!

    Di - http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/pengharaman-umno-akan-lebih.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu, artikel LEMBU ni nak suruh PAS jadi dominan pd. UMNO - sdgkan PAS DAYUS ni BUKAN main sanggup jadi KULI HINA & JIJI LK pd Melayu2 LIBERAL Bersatu PARASIT!!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-