Thursday, February 25, 2021

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah November ini

hmetro.com
MyMetro

ROSMAH. 
FOTO BERNAMA

BERNAMA

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pengubahan wang haram RM7,097,750 dan pengelakan cukai, akan bermula selepas Mahkamah Tinggi di sini, mendengar pembelaannya dalam kes rasuah projek solar hibrid untuk sekolah pedalaman Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 17 hari mulai 15 November ini untuk mendengar kes berkenaan pada prosiding pengurusan kes hari ini.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn menetapkan perbicaraan pada 15 hingga 17 November, 29 dan 30 November, 1 dan 2 Disember, 13 dan 14 Disember dan disambung pada 2022 iaitu 10 hingga 13 Januari serta 24 hingga 27 Januari.

"Pengurusan kes ditetapkan pada 9 September tahun ini dan pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan," katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

"Pihak pendakwaan juga telah memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak akan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah lain," katanya melalui mesej hari ini.

Pada 18 Disember tahun lalu, Mohamed Zaini mencadangkan perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah dipindahkan ke hadapan hakim lain bagi membolehkan ia didengar lebih awal, atau hanya mengekalkan perbicaraan itu di hadapannya.

Sebelum ini, perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai itu yang pada awalnya ditetapkan bermula Mei tahun lalu ditangguhkan bagi memberi keutamaan kepada perbicaraan kes solar hibrid, yang sedang berjalan.

Pada 18 Februari lalu, Mohamed Zaini memerintahkan Rosmah, 69, membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah menetapkan sembilan hari, iaitu pada 9,10,15,16,17,22,23 Jun dan 12 hingga 15 Julai, untuk mendengar keterangan daripada Rosmah dan saksi pembelaan yang lain.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2021 @ 4:32 PM

2 comments:

  1. Lihat si mamat bekas Pegawai khas YAM DS Najib diBEBASkan sewenangnya utk. jadi SAKSI menentang YAM DS Rosmah - sdgkan mamat ni yg. PENJENAYAH sebenaq-disyaki EJEN DAPpengganas ni- yg. BUKAN main dah jadi JUTAWAN skrg.!!

    Di - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/533412/rizal-mansor-lepas-bebas

    ReplyDelete
  2. Seorg. lagi HAKIM Mahkamah Tinggi yg. TAK berintegriti dlm. kes2 1MDB PENIPU & kes projek Solar Sekolah di Sarawak - dgn. sewenangnya juga MENGABAIkan BUKTI2 SAHIH & DAKWAAN2 yg. dikemukakan oleh bekas PEGUAM NEGARA Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAB TS Apandi Ali, ttg. sekoq lagi PARIAH PENJENAYAH gopal sri ram yg. cuba MENIPU, MENGANIAYA, MEMERANGKAP & MENZALIMI berterusan akan YAM DS Najib terCINTA kita, waktu beliau masih PM, dgn. mendptkan WARAN PALSU dr. seorg. HAKIM yg. diRAHSIAkan IDENTITInya, yg. TAK pernah diTANGKAP & diHUKUM!!

    Dan HAKIM yg. TAK berINTEGRITI dlm. kes permohonan YAM DS Najib yg. diTOLAK utk. mengGUGURkan gopal PARIAH Penjenayah ni dr. terus mengetuai bah. PENDAKWAAN dlm. kes2 YAM DS Najib & YAM DS Rosmah - juga yg. skrg. menerima sbg. BUKTI akan AUDIO HARAM berkaitan perbualan PERIBADI YAM DS Najib & ISTERI - yg. diDEDAHkan secara HARAM di MEDIA2 oleh bekas KP SPRM PENIPU & PENYANGAK, latheefa koya - utk. memBURUKkan sifat2 PERIBADI YAM DS Rosmah & YAM DS Najib, yg. TAK dak kaitan apa2 pun dgn. kes2 YAM DS Najib & YAM DS Rosmah (bahkan NGO SAMPAH si pompuan koya ni dulu, Lawyers for Liberty adalah diTAJA oleh PENGGANAS2 ZIONIS CIA/MOSSAD)!! BUKTI2 yg. benaq2 SAHIH, HAKIM ni boleh pula ABAIkan!!

    Di -
    https://malaysiagazette.com/2021/02/18/audio-can-i-advise-you-something-diterima-sebagai-bukti-kes-rosmah/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-