Tuesday, March 16, 2021

Ada Kluster Anwar Dalam UMNO?

by1Media.my
-March 16, 20210


(FMT) – Anwar Ibrahim mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, malah memuji Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemimpin berwibawa dan peduli, namun mereka harus menjawab tuduhan yang dihadapi di mahkamah.

Dalam siri temubual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata beberapa pertemuan tidak rasmi diadakan dengan pemimpin Umno, dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Anwar berkata hasilnya “positif” namun menegaskan sebarang kerjasama bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.

“Dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (Umno), dan mereka lebih faham kita,” katanya.

“Maka kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP, dan kini dengan Umno yang sehaluan ini, kalau mereka (Umno) terima landasan ini, ia landasan berteraskan idealisme.”

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pimpinan Umno dalam siri perbincangan awal itu.

Dalam temubual itu, Anwar diminta memberi pandangannya tentang dua pemimpin utama Umno, bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, yang ketika ini sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

“Najib semasa menjadi perdana menteri dianggap mempunyai kewibawaan melaksanakan beberapa program, tetapi dia harus berdepan dengan isu pertuduhan sekarang dan menjawab,” kata Anwar.

Manakala “Zahid nampak lebih kepedulian terhadap masyarakat, sangat kuat. Tetapi dalam setiap pertuduhan itu dia kena jawablah di mahkamah.”

2 comments:

  1. Tak tau APA masalah kamu dgn anwar.seburuk buruk dia Di Mata kamu,Ada juga sumbangan dia pada negara Dan antarabangsa.kamu apo yg telah kamu sumbang.dok ngapi2 Kan orang.dok hasut org..jangan jadi manusia yg hodoh..Islam takda ajar umatnya membenci antara satu Sama lain.sudah2lah bro.refleksi diri sebelum nak ngata kat orang.cermin diri.tanya diri.apa sumbangan kamu pd negara.sebelum nak ngutuk orang.

    ReplyDelete
  2. Setiap Hari dok sembang pasal politik.kamu tak letih ker.
    Cuba buat tulisan yg boleh memberi motivasi,dorongan, idea pada masyarakat.bukanlah tulisan2 yg boleh membangkitkan Rasa benci antara satu Sama lain.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-