Tuesday, March 2, 2021

Ku Li desak Umno putus hubungan dengan PPBM

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-March 2, 2021 8:03 PM

Tengku Razaleigh Hamzah berkata, MKT Umno mesti mengadakan mesyuarat tergempar memutuskan supaya semua ahlinya wajib menghentikan kerjasama dengan PPBM.

PETALING JAYA: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mendesak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengarahkan semua ahli parti memutuskan hubungan dengan PPBM.

Katanya, desakan itu selaras kehendak 147 Bahagian Umno menolak kerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Majlis Kerja Tertinggi mesti mengadakan mesyuarat tergempar memutuskan supaya semua ahli-ahlinya wajib menghentikan kerjasama dengan PPBM mengikut semangat dan kehendak perwakilan 147 Bahagian Umno dan wajib mengundi menolak pimpinan Muhyiddin selaku perdana menteri serta ketua kerajaan Perikatan Nasional.

“…dan meminta Ahli-Ahli Parlimen daripada semua parti komponen Barisan Nasional turut sama mengundi menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri kerajaan persekutuan sebelum Parlimen dipanggil bersidang Mac ini,” kata pengerusi jemaah penasihat Umno itu dalam kenyataan.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini antara individu yang mengumumkan penarikan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Umno sebelum ini memaklumkan akan menentukan nasib hubungannya dengan PPBM pada perhimpunan agung parti itu.

Perkembangan itu susulan kebanyakan Bahagian Umno dikatakan mendesak parti tidak lagi bekerjasama dengan parti serpihannya itu pada PRU15, berlatarkan pertikaian ke atas kerusi yang ingin ditandingi kedua-dua parti itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-