Monday, March 29, 2021

Tak wajar Zahid cabar letak jawatan menteri, kata Annuar

malaysiakini.com
Diterbitkan 28 Mar 2021, 11:57 pm
Dikemaskini 12:04 am

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar mencabar sesiapa dalam Umno untuk meletakkan jawatan sebagai menteri, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Meskipun Zahid tidak menyebut sebarang nama, Annuar dalam satu wawancara yang disiarkan di Facebooknya berkata kenyataan itu jelas ditujukan kepadanya.

"Saya jujur, saya kata tidak wajar presiden mencabar sesiapa.

"Kalau kita galakkan budaya cabar-mencabar dalam parti, apa kata kalau orang lain pula cabar presiden?" soalnya.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, dia sebelum ini tidak bersetuju Zahid dicabar meletakkan jawatan sebagai presiden Umno setelah diheret ke mahkamah.

"Saya tampil, dalam masa seminggu lepas saya dipecat (sebagai setiausaha agung BN), saya buat pendirian tidak setuju menekan presiden untuk letak jawatan.

"Kita kena tanam hormat pada institusi presiden, bukan batang tubuh presiden. Institusi presiden kata perlembagaan mesti dipilih oleh ahli dan berkhidmat untuk tempoh tiga tahun.

"Yang bermasalah itu mungkin body presiden. Kalau kita suruh presiden berhenti sebelum tempoh habis, apa lagi tahun ini tahun terakhir, kita tidak menghormati institusi presiden," kata Annuar .

Beza setia kepada individu dan parti

Annuar berkata kritikan terhadap batang tubuh presiden itu tidak seharusnya dilihat sebagai usaha 'menikam' Umno.

"Tak setia pada parti berbeza, tak setia pada individu berbeza. Bukan bermakna setia pada parti mesti semua ikut individu. Tidak. Kalau begitu, demokrasi akan mati dalam parti kita.

"Kita dah kata akan kekal dalam kerajaan sehingga PRU, maka menteri-menteri kekallah di situ. Kenapa pula nak cabar menteri suruh berhenti?" katanya.

'Jarang di PAU bantai kawan sendiri'

Annuar dalam pada itu memuji ucapan penggulungan oleh timbalan presiden Umno, Mohamad Hassan, yang disifatkan berbeza dengan ucapan penggulungan presiden.

"Tapi Tok Mat mesej sampai.

"Apa lagi disebut Tok Mat? Kalau betul nak tetap tarikh (putus kerjasama dengan Bersatu), bagus. Tapi sampai tarikh (jangan pula) silat pulut.


"Saya tengok cara penggulungan begitu walaupun nampak bersahaja, pendek.

"Satu penggulungan lagi saya nampak, orang nampak macam angry man.

"Saya jarang nampak di PAU orang bantai kawan sendiri, dengan isteri jangan marah lebih, nanti rujuk balik," katanya.

Mempertahankan pendiriannya agar Umno bekerjasama dengan Bersatu, Annuar berkata ia merupakan pendapat peribadinya bahawa semua parti berasaskan Melayu harus bersatu.

Bagaimanapun katanya, dia akan menerima ketetapan yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno.

Terdahulu, Perhimpunan Agung Umno hari ini memberikan mandat kepada Zahid dan majlis tertinggi parti itu untuk menentukan tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Umno sebelum ini menyatakan parti itu akan kekal dalam kerajaan sehingga parlimen dibubarkan.

Mohamad dalam ucapan penggulungannya memberi bayangan parti itu akan menarik diri daripada PN pada Ogos iaitu pada tarikh pelaksanaan darurat dijangka tamat.

Kata Mohamad dalam isu kerjasama dengan PN dan Bersatu, Umno perlu dilihat serius dengan mengotakan setiap apa yang dilafazkan dan bukan hanya "bersilat pulut".

2 comments:

  1. NYAHkan mamat annuar musa PARASIT GILA KUASA dr. UMNO segera!!

    Mamat Menteri Pengkhianat, yg. rupanya si PENJILAT HANYIR tegar parti PENYAMAQ yg. bukan lagi Pribumi, yg. diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU liberal NAZI - punya MENIPU & mengHINA/menggertak parti keramat KEMERDEKAAN bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita, UMNO!!

    Di -
    https://ismaweb.net/2021/03/28/tiada-lagi-suara-perjuangan-agama-bangsa-di-pwtc/

    ReplyDelete
  2. Insya ALLAH!!

    KEMBALIkan pemerintahan KERAJAAN TERBAIK walau TAK sempurna, iaitu UMNO/BN (TAK ada rejim mana2 di DUNIA ni yg. sempurna, terutamanya rejim2 BARAT Perompak, Pembunuh Umat Islam, Penipu & Hipokrit yg. dah diKUASAI oleh puak2 PENGGANAS Zionis ISrael/Soros-Empayar Rothschild) - demi MELINDUNGI ISLAM, Bangsa BUMIPUTERA kita & Negara ISLAM/TANAH MELAYU pusaka Nenek Moyang BUMIPUTERA berzaman kita - dr. KEZALIMAN, PENINDASAN, PENGHINAAN, KERAKUSAN, KEBONGKAKAN KETAMAKAN, FASISMA, RASISMA, PENIPUAN & ROMPAKAN, serta SABOTAJ ke atas Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN Negara ISLAM kita yg. telah diBANGSATkan habis2an - oleh rejim Penjajah2 ZIONIS PH PARASIT/BERSATU liberal NAZI (terutamanya utk. MEMERANGKAP & MENGANIAYA akan YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu lain kita dr. UMNO, serta UMNO keseluruhannya, dlm. kes2 SABOTAJ/PERANGKAP/ROMPAKAN oleh rejim2 Pengganas Zionis DAPpengganas/DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/US/ISrael-Soros/Empayar Rothschild terhdp. DERMA POLITIK $2.6 BILLION dr. Almarhum Raja Abdullah pd. YAM DS Najib pd. 2011-2013, IMDB & SRC - utk. MENAKLUK Banjaran2 GUNUNG BERAPI PURBA kita yg. amat KAYA dgn. bahan2 NADIR BUMI yg. mengandungi bahan2 NUKLEAR Thorium/Uranium/Zircon, yg. mungkin $BERATUS TRILLION, utk. pembuatan SENJATA2 NUKLEAR/SUBMARIN2 NUKLEAR/KAPAL2 LAUT NUKLEAR/JET2 PEJUANG NUKLEAR/KAPAL-STESYEN2 ANGKASA NUKLEAR Barat/Zionis hingga akhir zaman)!!

    Di - https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/ph-gagal-dan-pn-pula-tidak-cekap-tiba.html

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-