Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, April 22, 2021

2,875 kes Covid-19, 7 kematian

FMT Reporters
-April 22, 2021 5:22 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 2,875 kes baharu Covid-19, manakala 2,541 pesakit pulih dan tujuh kematian.

Ini menyaksikan 361,267 daripada keseluruhan 384,688 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 1,407 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 22,014 kes aktif dengan 115 daripada 248 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Kelantan melaporkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 662 kes.

“Daripada jumlah ini, 567 kes (85.6%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti Selangor (633), Sarawak (474), Kuala Lumpur (332), Johor (169), Sabah (160), Pulau Pinang (144), Kedah (91), Negeri Sembilan (55), Perak (49), Melaka (42), Terengganu (22), Putrajaya (10) dan Labuan (tiga).

Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan kes baharu.

Jumlah kes baharu itu membabitkan 29 kes import dan 2,846 kes penularan tempatan yang terdiri daripada 2,644 warganegara serta 202 warga asing.

Tiga kematian dilaporkan di Sabah, dua di Selangor dan masing-masing satu di Sarawak dan Kelantan.

Ia membabitkan enam warganegara serta seorang warga asing berusia 44 hingga 80 tahun yang semuanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan gout.

2 comments:

  1. Kluster PENDIDIKAN Covid-19 makin MENINGKAT di kalangan GURU2 & ANAK2 kita - tapi khairy PARASIT/BERSATU Nazi PEROMPAK - sibuk terLOLONG nak SEGERA & secara PERCUMA bagi VAKSIN kpd. hampir 10 JUTA Warga ASING/PATI2 dlm. FASA KETIGA bulan JUN - kerana begitu nak jaga KEDUTAAN2 ASING & MAJIKAN2 Industri KAYA-RAYA yg. TAMAK, tak nak keluaq SESEN pun!!

    Apa juga jadi pd. 150,000 KOMPUTER2 yg. nak diPINJAMkan (dahlah tu, BUKAN percuma) pd. ANAK2 Rakyat miskin kita? Sdgkan rejim BERSATU Parasit NAZI ni punya MEROMPAK sini sana bawah ORDINAN2 DARURAT penipu - dgn. menjual MURAH Aset2/Hartanah2 NEGARA termsk. ATM kita, ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya dr. KHAZANAH & BOUSTEAD (yg. TAK dak kaitan pun dgn. COVID-19) & dah membuat PINJAMAN KERAJAAN hampir $80 BILLION hanya dlm. masa 4 BULAN!!

    Mana juga AGONG?!

    Lihat si Menteri PARASIT ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/04/22/tengku-zafrul-gembira-apabila-rakyat-tidak-lagi-membicarakan-berkenaan-150000-komputer-riba-dijanjikan-kementerian-kewangan-dalam-bajet2021/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan lihat ni, sementara RAKYAT kita terutamanya yg. MISKIN/SEDERHANA diPERSALAHkan, utk. diHALALkan supaya dpt. diPENJARAkan BERTERUSAN dgn. PKP dan DENDA $10,000 - PEKERJA2 ASING @ PATI2 yg. MAJORITI dr. BERJUTA2 belum diSARING, oleh MAJIKAN2 INDUSTRI kaya raya TAMAK depa - terus diBIAQkan MELANGGAQ SOP, walaupun menjadi PENYEBAR2 UTAMA Covid-19!!

      Tgk. LIF penuh SESAK dgn. PEKERJA2 KILANG amat GILA ni!! Di - https://ohmedia.my/ohtidak/tersebar-gambar-pekerja-kilang-berhimpit-dalam-lif-langgar-sop/

      Delete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-