Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, April 20, 2021

Menteri kata kenaikan harga makanan ternakan luar kawalan kerajaan

ismaweb.net
ainulillia

Malaysia tak hasilkan jagung yang cukup untuk dijadikan makanan haiwan


PUTRAJAYA, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, kenaikan harga komponen makanan ternakan disebabkan pasaran antarabangsa, yang di luar kawalan kerajaan.

Katanya, kenaikan harga makanan ternakan seperti jagung dan kacang soya semakin meningkat di pasaran dunia.

Ia menjadi penyebab penternak ayam berdepan kos tinggi untuk mendapatkan bekalan, katanya.

“Malaysia masih banyak mengimport jagung dan soya yang menjadi sebahagian daripada komponen makanan haiwan.

“Kita tidak menghasilkan cukup jagung untuk dijadikan makanan haiwan. Kalau ia diimport dari luar maka negara kita tidak dapat mengawal harga pada kadar yang berpatutan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kenaikan harga makanan haiwan ini sudah berlaku sejak empat hingga lima bulan lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga sudah mengambil langkah bagi menetapkan harga ayam standard pada RM7.90 sekilogram melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei ini.

Justeru, Ronald berkata, pemain industri perlu mematuhi harga kawalan ditetapkan dan pengawalan harga juga perlu dibuat dalam rantaian industri.

Beliau berkata, pihaknya bersama-sama KPDNHEP mengadakan perjumpaan dengan pemain industri untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah harga runcit ayam termasuk mencadangkan penambahan permit import (AP) ayam.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa kenaikan harga makanan ternakan yang terdiri daripada soya dan jagung, yang kebanyakannya diimport dari Argentina dan Brazil, dikesan menjadi antara punca kenaikan harga ayam di negara ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

1 comment:

  1. BANGANG punya Menteri bawah rejim
    DIKTATOR muhyiddin-si nama PALSU (sampai PENGEDAR DADAH Sabah diBEBASkan sbb. nama PALSU ni, GILA betul) & parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi yg. diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU Parasit NAZI!

    Takkanlah TAK dak makanan ALTERNATIF Timur yg. lebih MURAH utk. dijadikan makanan HAIWAN!! Tau nak berGANTUNG pd. EKSPOT, apahal?!!

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-