Wednesday, April 21, 2021

Mesyuarat MT Pada Ahad Bincang Kedudukan Zahid Selepas Tular Klip Audio

BERITA
By MT Webmaster 
On Apr 21, 2021

(Agenda Daily) – Kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan menjadi intipati utama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) dan penularan klip audio pakatan sulit.

Sumber Agenda Daily mendedahkan banyak perkara akan dibangkitkan oleh Ahli MT khususnya penjelasan Zahid berhubung klip audio dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan dirinya selain desakan supaya pemilihan parti diadakan dengan segera.

Dijangkakan ia bukan satu mesyuarat yang mudah akan dipengerusikan Zahid selepas pendedahan klip audio dengan Anwar, semua mata pastinya tertumpu kepada sosok yang sudah dibuktikan mempunyai hubungan intim dengan Anwar dan ia terpulang kepada pengalaman Zahid untuk mendamaikan semula UMNO yang kini sudah pun berdepan perpecahan dalaman.

Mengenai pemilihan parti, sumber memberitahu kesesuaian untuk mengadakan pemilihan parti yang akan berakhir mandat pada Jun ini akan menjadi topik utama bagaimanapun mereka perlu menimbang sejauh mana kesannya terhadap parti.

“Kalau adakan pemilihan sekarang, kita tahu akibatnya. Ada Pro dan kontra. Semua itu akan diambil kira dan pertimbangan mana yang kurang mudarat kepada parti, itu yang kita akan pilih Ahad ini,” kata sumber.

Jelas sumber, Zahid mungkin cuba membangkitkan isu berhubung kedudukan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO untuk samaada kekal atau meletakan jawatan mereka walaupun semasa PAU lalu sudah diputuskan mereka hanya perlu berundur daripada Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaik Parlimen dibubarkan dan selagi perkara itu tidak berlaku mereka boleh kekal berada dalam kerajaan.

Zahid semasa tular perbualan dengan Anwar ada berbincang berhubung isu peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, kedua-dua mereka berbincang strategi untuk memaksa kumpulan tersebut meletakan jawatan mereka.

“Isu klip audio mengenai perbincangan antara Anwar dan Zahid berhubung kedudukan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO juga tidak boleh dianggap remeh, pastinya ahli MT dan akar umbi mahu tahu adakah benar Zahid ada niat untuk memaksa mereka meletak jawatan,” katanya lagi.

Menurut sumber lagi, pergolakan dalaman UMNO tidak semestinya berakhir dengan pengunduran Zahid sekiranya beliau tunduk dengan permintaan itu memandangkan terdapat juga kumpulan dalam UMNO yang mengintai peluang bagi merebut jawatan nombor satu tersebut.

Bagaimanapun, ahli MT dijangka membuat keputusan dengan mementingkan masa depan parti berbanding kepentingan sosok tubuh seorang individu yang dianggap liabiliti kepada parti.

“Persoalan sekarang, tuan tubuh badan (Ahmad Zahid) nak berehat kah?

“Persoalan kedua, kalau kita ubah sekalipun, Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) diangkat, bagaimana dengan Datuk Seri Ismail Sabri? Bagaimana dengan Hihammuddin?

“Yang lain-lain lagi nak bertanding presiden tu. Mereka puas hatikah kalau Tok Mat diangkat sebagai calon Perdana Menteri? Cuma ia kurang mudarat kepada parti jika bukan Zahid yang terajui parti,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-