Friday, April 16, 2021

(Video) 'Masa mangsa kena pukul, kami tak dapat buat apa sebab diorg ada senjata' - kata driver suspek, NGO Semboyan serbu rumah tauke judi

JUMAAT, APRIL 16, 2021
MIMIN

Kes dua pengawal peribadi dipukul majikannya yang juga tauke judi online turut mendapat perhatian Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) yang tampil mempertahankan nasib dua mangsa kejadian.

Rombongan yang diketuai oleh Yusuf Azmi dan rakan-rakannya ke rumah suspek berjalan dengan lancar, tetapi hasrat untuk bersemuka dengan salah seorang ahli keluarganya tidak kesampaian. Hal itu menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan memo bantahan kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

BACA: 'You mau pilih Allah atau mau pilih saya?' - Suspek utama rupanya tauke judi online

Menurut pengawal keselamatan berkenaan, majikannya telah ditahan dan ahli keluarganya yang lain juga tiada di rumah dipercayai berada di lokasi lain buat sementara waktu.

Salah seorang saksi kejadian, Edi, pemandu kepada suspek, menjelaskan kejadian itu berlaku di depan rumah suspek di mana dua mangsa yang juga rakan baiknya telah dipukul di depan matanya sendiri. Malangnya, dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana suspek bersenjata.

Dato' Hisham (Biro Undang-Undang Semboyan) berkata, kehadiran mereka ke rumah suspek adalah untuk memberi mesej yang jelas bahawa apa yang berlaku itu telah menyentuh sensitiviti agama sehingga menguris hati umat Islam yang lain.

"Dua saudara Islam kami dipukul di sini. Kalau kami tak datang, muka kami nak letak mana?! Walaupun kami sakit hati, kami datang secara aman dan berpegang kepada undang-undang. Tetapi jangan sampai suatu hari nanti, bila kita terlalu sakit, kita boleh melampau undang-undang walaupun kita tidka berniat berbuat demikian.

"Kita datang bukan nak pukul (suspek) balik, sebaliknya nak menghantar surat bantahan. Nak menyatakan dengan jelas yang hati kita sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia, tersentuh, tercabar kerana dua orang mangsa ini orang Islam, berpuasa. Mereka dipukul kerana berpuasa. Ini sama sekali tidak boleh diterima.

"Dia (suspek) rasa dia berkuasa, ada senjata, dia boleh melakukan tindakan macam binatang kepada orang. Kita boleh buat, tetapi kita tak buat kerana tidak mahu melebihi undang-undang.

"Walaupun tak dapat bantai balik, kami terjemahkan kesakitan hati itu melalui surat yang menyatakan bantahan secara aman dan tidak melebihi undang-undang.

"Kita umat Islam tersentuh hati kerana mereka (mangsa) dipukul di negara sendiri kerana berpuasa. Kita akan mengambil tindakan terhadap dia dengan menyatakan bantahan dan seterusnya tindakan undang-undang. Yang selebihnya diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Semalam, polis telah menahan empat suspek yang terbabit dalam kes itu dan serbuan juga menemukan sejumlah besar jongkong emas dan mata wang asing hampir RM30 juta.

Polis percaya, suspek menjalankan aktiviti perjudian secara online dan disyaki sebagai dalang kepada sindiket yang menjalankan aktiviti itu semenjak lima tahun lalu di beberapa lokasi antaranya di Perak, Kuala Lumpur dan Pahang.

Selain itu, suspek menjalankan kegiatan nombor ekor tidak berlesen dan mengupah pengawal peribadi untuk melindunginya daripada musuh perniagaan.

Suspek dan tiga lagi yang lain telah direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-