Wednesday, June 23, 2021

Ahmad Maslan dedah senarai pemimpin tertinggi UMNO yang buat keputusan keluar PN

tuncarlos.com
June 23, 2021 


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan anggota-anggota Biro Politik UMNO terdiri daripada 26 orang.

Mereka ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; tiga naib presiden, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri.

Selain itu, Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Ketua Penerangan dan Bendahari UMNO, 13 pengerusi perhubungan negeri dan setiausaha kerja.

Ahmad berkata, Biro Politik UMNO telah mengadakan mesyuarat secara maya pada Ahad lalu, dihadiri seramai 25 orang kecuali Datuk Seri Mahdzir Khalid yang tidak sihat.

”Pagi Isnin 21/6/21 Presiden keluarkan kenyataan media berhubung keputusan mesyuarat 20/6.

”Style DS @DrZahidHamidi ialah keputusan besar dibuat secara bersama,” katanya.

Ini senarainya (26 org):

Presiden DS @DrZahidHamidi
Timbalan Presiden
3 Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
SU Agung UMNO
SU Agung BN
Ketua Penerangan
Bendahari
13 Pengerusi Perhubungan Negeri
SU Kerjaumno

Kenyataan beliau dipercayai kenyataan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempertikaikan kenapa Biro Politik UMNO memutuskan kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen dalam masa 14 hari dan bukan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Menurutnya, PNBBC menyokong pengzahiran Agong mahu sidang Parlimen diadakan segera namun berpendapat ia perlu dibuat mengikut peraturan iaitu diberi tempoh selama 28 hari bagi membolehkan ahli Parlimen bersiap sedia dengan soalan dan cadangan bagi membantu kerajaan dalam menangani Covid-19.

Shahidan turut menyelar keputusan UMNO itu yang didakwanya seolah-olah melakukan ugutan apabila memberikan tempoh 14 hari untuk kerajaan membuka semula sidang Parlimen.

MalaysiaGazette


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-